Pada tanggal 18/07/2012 bersamaan hari Rabu malam bermula dari jam 8.30 malam, telah diadakan perjumpaan kesemua Ketua-ketua Jentera Pilihanraya Parlimen Gombak bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dan juga Penyelaras-Penyelaras Barisan Nasional DUN-DUN didalam Parlimen Gombak seperti Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia dan Encik Jayakumar Penyelaras BN DUN Batu Caves. Wakil parti-parti komponen juga turut hadir pada program yang julung-julung kali diadakan ini yang mana buat kali ini Hulu Kelang menjadi tuan rumah perjumpaan ini yang mana program ini telah dilangsungkan di KK Club Taman Melawati, Hulu Kelang. Penyelaras BN DUN Hulu Kelang Tuan Hj. Rahim Kamaruddin tidak hadir.
Semua yang hadir pada malam itu telah diberikan penjelasan serta penerangan malah suntikan semangat baik dari Ketua Puteri, Wakil Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Pimpinan parti komponen yang hadir, Penyelaras-penyelaras DUN dan akhir sekali dari Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Sessi soal jawab turut diadakan pada akhir program tersebut untuk memberi ruang kepada sesiapa saja untuk bertanya apa sahaja soalan atau ingin melontarkan ketidak puas hatian mereka kepada sesiapa sahaja baik Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN ataupun pimpinan sayap atau parti komponen. Di peringkat awal perjumpaan ini, kata persetujuan telah tercapai yang mana perjumpaan ini adalah perjumpaan keluarga yang mana kita semua dianggap sebagai adik beradik dan kita ingin dengar pendapat luahan apa sahaja secara ikhlas untuk satu matlamat dan satu objektif iaitu untuk kita semua memenangkan siapa jua calon Barisan Nasional di semua kerusi di Parlimen Gombak pada PRU13 nanti.
Tak perlu lah MNK ceritakan apa yang dilontarkan, apa yang ditanyakan cukup lah untuk pengetahuan mereka yang hadir mengetahuinya tetapi yang menarik perhatian MNK ialah ucapan dari Timbalan Ketua Gerakan Gombak yang mana beliau menyatakan kita semua dalam Barisan mesti ikhlas bekerja sebagai 1 keluarga. Jangan kita menyalahkan atau menyoalkan kerja parti masing-masing atau kita mengata parti itu buat kerja parti ini buat kerja. Semua pun buat kerja. Kita ini mesti bantu membantu dan kalau PM kita laungkan 1Malaysia. "Saya ingin melaungkan 1Barisan!!". Jelas semua menyambut baik saranan beliau apabila beliau melaungkan Saatuuu!!!! terus disambut oleh para hadirin....Baarrrissaannnn!!!!
Ucapan dari Wakil Gerakan dengan konsep 1Barisan |
Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak pula, Datuk Hj. Megat Zulkarnain pula membuka ucapan dengan menyatakan terima kasih kepada begitu ramai Ketua-ketua PDM dan Ketua PDM Pemuda,Wanita dan Puteri yang turut hadir dari ketiga-tiga DUN yang mana beliau menekan kita tujuan kita dan kenapa kita bekerja adalah semata-mata nak menangkan calon Barisan Nasional hatta siapa sekali calon itu. Beliau juga memohon tunjuk ajar daripada veteran-veteran UMNO yang cukup berpengalaman dalam menghadapi Pilihanraya ini. Sebagai anak muda beliau mohon tegur beliau sekiranya ada perkara-perkara yang beliau lakukan yang tidak kena atau tidak sesuai atau salah sama sekali. Tegurlah beliau.
Mesej dan matlamat program tersebut pada hemah MNK berjaya apabila melalui soalan dan penjelasan yang diberikan semua bersepakat yang penting sekarang ini ialah memenangkan Calon Barisan Nasional pada PRU13. Itu matlamat kita. Kita akan tolak segala usaha untuk mensebotaj atau usaha yang akan mengakibatkan parti kita lemah dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU akan datang nanti. Kita sudah tidak sanggup di perintah dibawah Pakatan Rakyat. Kita perlu bersatu dan yang penting sekarang ini ialah mengekalkan perpaduaan dikalangan kita semua jentera-jentera parti yang akan bekerja mati-matian pada PRU 13 nanti sebagai 1Barisan.
Note MNK :- Jangan lah kita cantas dan kita patahkan semangat anak-anak muda ini. Seperti di peringkat Jentera cawangan, ramai anak anak muda yang berminat nak bekerja sebagai jentera PRU tetapi sekiranya tidak diberi ruang dan peluang oleh Ketua-ketua cawangan, sekiranya tidak dilatih atau ditunjuk ajar oleh Ketua Cawangan mana mungkin anak-anak muda ini dapat belajar dan dapat perbaiki kelemahan mereka dan kita takut kalau budaya ini diteruskan makin lama anak anak muda yang selama ini melihat dan sentiasa memerhatikan kita ini akan makin terpinggir dan akhirnya menjauhkan diri terus dari perjuangan UMNO ini.
Gombak!!! Gempur!!!
Gombak!!! Gempur!!!