Berakhir sudah demam Euro 2012 awal pagi tadi apabila pasukan Spain telah menewaskan pasukan Italy dengan 4 - 0 seterusnya mejadi pasukan pertama yang memenangi 3 kejohanan besar berturut-turut dan dalam masa yang sama pasukan pertama yang berjaya mempertahankan Kejuaraan Eropah. Dengan berakhirnya kejohanan Euro 2012 ini juga maka berakhirlah siri-siri mata lebam dan bengkak di pejabat atau tertidur didepan komputer atau waktu bekerja anak-anak muda yang sanggup bercekang mata menyaksikan perlawanan-perlawanan pasukan pilihan mereka pada awal pagi antara jam 2.45 pagi hingga 4.30 pagi.
Atas kegilaan bolasepak yang begitu mendalam pada anak-anak muda khususnya anak muda Rantau Gombak, maka Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad mengambil langkah bijak dan pendekatan yang boleh dikatakan "out of the box" apabila menganjurkan 3 siri program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" di perkarangan Pejabat Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia.
Bermula dengan Perlawanan Kumpulan di antara France menentang Ukraine pada 15/06/2012. Baca Selanjutnya.....
Kemudian Germany menentang Italy pada 29/06/2012 dan kemuncaknya Final Euro 2012 pada 02/07/2012 ini.
Anak muda Rantau Gombak bukan saja diraikan dengan diberi kemudahan untuk menonton secara live perlawanan Euro pada layar besar tetapi mereka juga di sajikan dengan jamuan seperti nasi lemak serta "free flow" teh o dan kopi o untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika menonton perlawanan tersebut. Disamping itu pada siri 1 dan siri 2 telah diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utama berupa 2 helai jersey pada pada setiap siri telah diberikan pada para pemenang hadiah-hadiah utama yang bernasib baik.
Pada kali ini untuk Perlawanan Final ini pula lebih banyak hadiah utama dan lebih banyak acara telah disediakan. Sebelum sepak mula perlawanan akhir Euro ini telah diadakan 2 pertandingan yang terbuka kepada sesiapa sahaja. Pertama Pertandingan Timbang Bola dan kedua Pertandingan Sepak Berliku. Untuk Pertandingan Timbang Bola para peserta akan menimbang bola dengan apa cara sekali pun dan kiraan timbangan terbanyak akan menjadi johan. Manakala Pertandingan Sepak Berliku pula para peserta dikhendaki untuk menjaringkan gol secara sepakan leret yang mana bola tersebut terpaksa mengharungi laluan yang berliku dan struktur tanah yang tidak rata sebelum sampai ke pintu gol kecil. Siapa yang dapat menjaringkan gol pada cubaan pertama akan lepas ke saringan seterusnya dan pada saringan kedua, jaringan terbanyak akan dinobatkan sebagai juara.
Namun acara kemuncak iaitu cabutan bertuah adalah acara yang amat mendapat perhatian para anak muda dan merupakan acara yang dinanti- nantikan kerana hadiah utama berupa "Boot" Bola jenama Adidas Predator yang terbaru menjadi rebutan disamping beberapa helai jersi pasukan-pasukan ternama liga Perdana Inggeris.
Kesimpulannya Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia menepati cita rasa anak muda Rantau Gombak Utara dengan menganjurkan program yang anak muda minati dan gemari seperti ini apabila hampir 80 orang anak muda rantau berkumpul pada malam final ini bermula jam 1.30 pagi hingga jam 5.00 pagi walaupun pada hari bekerja. Rata-rata dikalangan anak muda rantau Gombak ini wujud keakraban dan perpaduan serta silahturrahim yang erat diperlihatkan pada pagi tadi melalui acara-acara yang di anjurkan dan sorakan serta gurau senda sewaktu menonton perlawanan akhir Euro 2012 ini. Tahniah dan Syabas kepada Penyelaras Barisan Nasional Dun Gombak Setia serta ahli jawatankuasa penganjur program "Nonton Bola Dun Gombak Setia" kerana telah berjaya membuktikan Barisan Nasional lah pilihan anak muda rantau Gombak....
Gombak!!! Gempur!!!