Terkejut MNK apabila menerima sekeping gambar ini dilaman FB MNK kerana rasa macam ada yang tidak kena? Betul ker mereka ini semua lahir di Singapura dan apakah benar mereka ini mempunyai KN pada IC mereka sama iaitu 71? Baiklah kita biarkan dulu perkara ini dan kita lihat pula fakta dibawah ini. Nanti MNK sambung balik apa kaitan ceritakan diatas dan tajuk artikel ini diakhir penulisan ini
Sebelum ini kita banyak terdengar kononnya Anwar ini ajen CIA yang ditanam didalam arena politik negara kerana pihak Amerika ingin mencatur perjalanan negara Malaysia yang berdaulat ini kerana belah Timur ini hanya Malaysia lah satu-satu negara Islam yang tidak tunduk pada kehendak Amerika. Maka mereka mula mencari siapa yang boleh mereka tarik, didik dan mereka tanam dalam satu organisasi hatta kerajaan sebuah negara berdaulat itu sendiri. Ini memang cara pihak Barat yang kecanggihan teknologi yang mereka ada dan sumber kewangan dan pengaruh mereka ianya tidak mustahil benar berlaku atau amat mudah dapat dilakukan oleh mereka.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL PRESIDEN PKR ISTERI KEPADA ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71 |
AZMIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PKR .....KEPADA ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71 |
ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN KETUA WANITA PKR. "BIG MAMA aka MAK LAMPIR" ANWAR IBRAHIM. KOD NEGARA 71 |
SAIFUDDIN NASUTION SETIAUSAHA AGUNG PKR. "OFFICE BOY" ANWAR IBRAHIM KOD NEGARA 71 |
Seperti cerita yang direka dan diada-adakan serta propaganda yang mereka mainkan di Iraq tentang kewujudan Longokkan Senjata Kimia (weapons of mass destruction (WMD) kononnya yang akhirnya menghalalkan mereka menyerang Iraq hingga runtuhnya satu tamaddun Islam dan kerajaan Iraq yang berdaulat hanya atas rekaan dan propaganda yang dimainkan dan ditanam kepada rakyat Iraq sendiri untuk membenci dan menyokong tindakan mereka untuk menjatuhkan kerajaan berdaulat Iraq dan menggulingkan Saddam Hussien. Namun terbukti hingga ke hari ini tiada satu pun Longokkan Senjata Kimia (weapons of mass destruction (WMD) dijumpai di Iraq.
KERAJAAN DAN TAMADUN IRAQ YANG DIGULINGKAN AKIBAT SERANGAN TENTERA US DAN NATO BERDASARKAN PROPAGANDA SEMATA-MATA UNTUK MENGUASAI DASAR KERAJAAN IRAQ. |
Setelah berjaya di Iraq mereka telah mula sedar ada cara lagi mudah dari pada perlu berperang dan menyerang serta menghabiskan berbillion-billion ringgit termasuk nyawa dan keselamatan rakyat mereka untuk menjatuhkan kerajaan negara berdaulat. Belanja mungkin hanya mencecah ratusan jutaan sahaja malah puluhan jutaan sahaja.. Bagaimana? Melatih dan merekruit warganegara kerajaan tersebut sendiri dan rampas atau jatuhkan kuasa kerajaan yang ada sekarang ini samada melalui process demokrasi atau autocrasi bergantung kepada sistem kerajaan tersebut dan akhir sekali demonstrasi atau revolusi. Lihat sehaja kejatuhan kerajaan-kerajaan Arab di Timur Tengah selepas Iraq. Mesir, Libya, dan terbaru ini Syria semuanya dengan meniup api kebencian dan fitnah dengan mengunakan warga negara itu sendiri dan akhirnya negara itu pecah terbahagi kepada dua yang setia menyokong atau menentang dan akhirnya berlaku perang saudara. Walaupun mereka gagal menjatuhkan kerajaan yang ada namun akibat kesan perang saudara itu kerajaan yang ada itu tadi telah menjadi lemah dan banyak usaha perlu untuk membaik pulih negara akibat kesan perang saudara untuk kembali bangkit menjadi pesaing negara maju misalnya. Apa pun keputusannya itu tadi negara tadi tidak lagi menjadi ancaman kepada mereka dan mereka dikira berjaya.
MUAMMAR GADDAFI MEMERINTAH LIBYA HAMPIR 41 TAHUN. PEMENANG ANUGERAH ORDER OF GOOD HOPE AKHIRNYA MATI SEPERTI BINATANG DIDERA DAN DITEMBAK OLEH RAKYAT SENDIRI (ORDER OF GOOD HOPE BACA SELANJUTNYA) APA BENAR BELIAU ZALIM? |
Jadi cuba pembaca simpulkan lah sendiri apakah ini satu kebetulan atau kebenaran yang terancang? Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail Kod IC negara beliau 71 sama kesemuanya 71 termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pun Kod Ic Negara Beliau 71, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pun 71 malah Setiausaha Agung PKR pun Kod Negara pada IC 71??? Semua lahir Singapura??? Kod negara itu menandakan tempat negara atau negeri kelahiran. Jadi kalau di situ kita lahir bermakna pada azali kita ini rakyat kawasan tersebut atau negara/negeri tersebut. Bumi Malaysia ini pun tidak terima mereka lahir di tanah bertuah ini. Takdir dah menentukan.
Padanlah mereka tak heran apa yang berlaku kat Malaysia ini asal matlamat mereka tercapai. Mereka ini bukan lahir di bumi bertuah ini pun. Kalau lahir di Wilayah atau Selangor akan ada Kod Negeri macam 10 Selangor 14 Wilayah Persekutuan. Mereka ini lahir luar semuanya ini.
Jadi Anwar Ibrahim dikelilingi oleh mereka ini dalam PKR...??? Jadi anda boleh lihat sendiri dan buat penilaian sendiri samaada ianya kebetulan dimana kesemua pimpinan dan pentadbiran PKR ini Kod Negara pada IC mereka 71 ataupun iainya satu yang terancang untuk memastikan Anwar dikawal dan terus diperalatkan atau sebaliknya?
Nak tahu pasal Kod IC 71 ini cuba tanya sendiri pada JPN.....
Gombak!!! Gempur!!!