Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, MNK minta maaf yer kalau ada penulisan MNK dalam Blogg ini selama ini yang tanpa sedar atau secara sedar merupakan fitnah atau tipu daya dunia semata mata. Malah bukan Hanya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sahaja..siapa siapa lah yang ada terkeluar artikel dalam Gombak Gempur ini benar atau tidak kisahnya itu MNK minta maaf ya. Salam Ramadhan!!!
Ulamak pondok tersebut tidak berumah besar dan tidak berjawatan dalam mana-mana parti. Beliau tidak bekerja dengan kerajaan mahu pun menjadi penceramah bebas yang dibayar. Beliau ulamak yang orang tidak tahu kecuali anak murid beliau yang pergi belajar bersama beliau atau di surau atau masjid yang beliau mengajar. Oppss bukan Nik Aziz yer... beliau adalah Tuan Guru kepada MNK sendiri.
MNK masih ingat antara banyak dosa-dosa yang cukup ditakutinya ialah dosa antara manusia kerana hati manusia ini kita tidak tahu. Katanya kalau tak silap MNK la yang paling susah nak kita jaga adalah Habblul MinnaNass iaitu Hubungan dan Dosa kita dengan manusia daripada Habblul minnAllah iaitu Hubungan dan dosa kita dengan Allah. Dosa kita dengan Allah kita boleh bertaubat dan memohon ampun kepada Allah yang mana ianya terletak atas jemala diri kita sendiri untuk berusaha mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. Dan Allah itu Maha penyayang lagi Maha Mengasihani.
Selagi Roh tidak meninggalkan jasad kita pintu taubat kita masih terbuka dan sekiranya kita ikhlas bertaubat dan minta ampun kepada Allah nescaya Allah akan ampunkan.
Hadith : Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:
”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)
Tetapi Habblul minna Nass iaitu hubungan kita dengan Manusia, dosa kita pada manusia. Ia bergantung kepada sama ada manusia itu masih hidup atau dah mati. Kalau dah mati memang pintu keampunan dosa kita terhadap si polan itu tidak akan terbuka lagi hinggalah hari pembalasan nanti. Kalau masih hidup kita tidak boleh pakat niat dan berdoa kepada Allah supaya si polan itu mengampunkan dosa kita atau pun kita berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita pada sipolan tersebut.
Hanya tuan diri sendiri sahaja yang boleh mengampunkan kita dan memaafkan kita. Jadi kita kena mengadap dan memohon ampun atas segala fitnah dan apa sahaja tomahan kita terhadap sipolan itu. Itu pun kalau sipolan nak maafkan dan ampunkan dosa kita. Kalau dia tak nak maafkan atau ampunkan itu hak dia dan dia berhak untuk menuntut kepada kita di padang masyar nanti. Jadi kan lebih berat untuk terima keampunan dari Manusia tentang dosa kita pada manusia berbanding Allah S.w.t.
Jadi MNK nasihatkan kepada mereka yang sering fitnah Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ini. Hentikanlah dan pergilah mohon sungguh-sungguh kemaafan daripada beliau selagi beliau masih hidup.
Tengok tu korang tak tahu apa dia buat dimasa lapang beliau di rumah pada bulan Puasa ini. Hanya perempuan yang baik-baik dan dekat dengan Penciptanya atau berusaha untuk mendekati dengan Penciptanya akan melakukan sesuatu seperti ini di setiap pagi. Kot-kot di tengah malam hari beliau bangkit bertahjud dan bermunajat mana kita nak tahu kan. Gambar ini jelas bukan lakonan semata-mata dan Gambar ini benar. Sama ada kita berhati lapang dan bersangka baik di bulan Ramadhan ini menerima kenyataannya terpulanglah kepada kita. Kita cermin diri kita. Apa kita bertadarus setiap pagi? Apa sempurna dan kita layak berkata keji dan menfitnah orang? Apakah kita insan kamil yang Mahsum?
Note MNK: Oppss MNK bukan Blogger Pembangkang...cuma harapan MNK kepada mereka-mereka sahaja dan sebagai peringatan untuk diri MNK dan juga saudara seIslam yang lain.
Gombak!!! Gempur!!!