FOLLOW ME


Sunday 15 July 2012

IM4U - CERITA SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU....



 Kelmarin satu lagi bukti keperihatinan YAB Perdana Menteri terhadap belia-belia negara telah direalisasikan dengan terlancarnya IM4U yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Puluhan Ribu Remaja Muda Belia berkumpul di Perkarangan Taman KLCC yang mana perlbagai aktiviti menarik telah disediakan. Dari pagi hingga ke petang ribuan anak muda tidak berganjak dari perkarangan KLCC itu yang mana pentas dan ruang pameran serta perlbagai persembahan telah disediakan. Ada pentas yang mempersembahan tarian kesenian pelbagai bangsa, ada pentas tarian "shuffle" yang digilai sebilangan besar anak muda, ada pentas "live" jamming session oleh artis-artis terkemuka tanahair. Ada ruang untuk mat-mat motor berhimpun di perkarangan masjid KLCC pula yang mana "topi keledar" IM4U percuma telah di berikan kepada mereka.



 Jelas terpampang kepuasan hati YAB Perdana Menteri kepada kejayaan program semalam yang mana hingga selesainya majlis semalam dalam perjalanan ke kereta beliau para-para VVIP masih bercakap tentang kejayaan program IM4U ini malah bukan hanya bercakap sampai bernyanyi-nyanyi lagi hatta sebelum YAB PM masuk ke kereta di pintu masuk utama Mandarin Oriental Hotel para VVIP bertepukan tangan dan benyanyi lagu rasmi IM4U...IM4U..IM4U...IM4U....IIIIMMM444UUU...


Namun ramai yang tidak tahu kerja kuat dan pengorbanan mereka -mereka yang berada dibelakang tabir untuk menjayakan program ini. Ramai yang memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan program ini. Petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan yang terlibat baik agensi-agensi kerajaan mahupun NGO-NGO. MNK terlibat secara langsung dengan sukarelawan dan petugas dari Kelab Putera 1Malaysia yang bertanggung-jawab menyediakan dan  mengedarkan helmet IM4U itu. Bayangkan lah hampir 42,000 helmet yang tiba seawal 2 minggu sudah dari kilang terpaksa di siapkan sebelum semalam pagi kesemuanya kerana akan diedarkan di perkarangan KLCC sewaktu pelancaran IM4U ini.  

Segak barisan helmet IM4U lorong laluan YAB PM

42,000 helmet ini melibatkan 5250 kotak yang mana setiap kotak boleh memuatkan 8 biji helmet. 5250 kotak ini pula memerlukan lebih kurang 20 trailer untuk penghantaran ke pusat simpanan sementara disekitar Lembah Kelang dimana setiap trailer boleh memuatkan max 288 kotak. Petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia pula melaksanakan kerja-kerja penurunan kotak-kotak ini dari atas trailer ke pusat simpanan sementara, kemudian mengeluarkan setiap topi keledar ini untuk di tampalkan pelekat Sirim setelah ianya lulus ujian Sirim yang mana sample awal kumpulan topi keledar tersebut telah pun dihantar untuk ujian Sirim. Turut bersama pegawai Sirim yang sepanjang masa memantau tugas-tugas menampal sticker Sirim itu tadi oleh petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia. Setelah selesai menampal sticker Sirim dan Sticker IM4U , topi keledar tersebut dimasukkan semula kedalam kotak dan disusun semula menunggu hari pemunggahan untuk dibawa ke KLCC untuk majlis pelancaran IM4U nanti. Sehari sebelum hari perlancaran bermula awal pagi hingga jam 6 pagi hari keesokkannya iaitu di pagi hari perlancaran tersebut kerja pemunggahan dari tempat simpanan sementara ke dalam trailer dan lori untuk dibawa KLCC baru selesai.

Barisan Pemuda UMNO Sg. Chinchin di malam terakhir

Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim boleh dikatakan setiap hari selepas beliau selesai dengan program dan tugasan harian beliau akan melawat tempat-tempat simpanan helmet ini dan melihat sendiri perkembangan kerja-kerja menyiapkan helmat IM4U ini agar tidak ada masalah atau apa apa perkara yang tidak di ingini berlaku yang boleh menyebabkan helmet tersebut tidak dapat disiapkan. Kadang-kadang jam 3-4 pagi pun beliau masih bersama petugas di tempat simpanan helmet sambil berbincang dengan penyelia-penyelia tugasan ini.

Datuk Abdul Azeez Rahim Pengerusi Putera 1Malaysia melihat sendiri helmet yang telah siap ditampal. Ala-ala "Spot check" ke ni Tok?

Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin juga tidak ketinggalan membantu dan menjadi petugas-petugas sementara Kelab Putera 1Malaysia bermula dari trailer pertama yang sampai 2 minggu sudah hingga trailer terakhir yang sampai sabtu malam ahad, malam sebelum hari perlancaran IM4U di KLCC oleh YAB PM. Batch terakhir yang membawa 288 kotak terakhir yang perlu di punggah dari kontena ke ruang simpanan dikeluarkan ditampal sticker Sirim dan disusun semula telah disempurnakan oleh petugas-petugas dari Pemuda UMNO Sungai Chinchin. Kumpulan  Pemuda UMNO Sungai Chinchin juga lah merupakan petugas yang terakhir meninggalkan pusat simpanan apabila helmet terakhir yang siap ditampal sticker Sirim dan dipunggah semula keatas lori sekitar jam 6am hari pelancaran IM4U.

Ini baru satu pusat simpanan nie ada lagi 3 pusat simpanan lagi besar seumpama ini kat pusat simpanan yg sama. Tu Belum masuk yang kat Gudang Kompleks SMS PDRM tu.

Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada petugas-petugas Kelab Putera 1Malaysia dan juga Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana telah bertungkus lumus siang malam untuk menyiapkan dan menyediakan puluhan ribu helmet IM4U untuk menjayakan pelancaran IM4U kelmarin. Tidak lupa petugas-petugas dari kalangan Pemuda UMNO Sungai Chinchin sendiri, ini sedikit sumbangan kita bagi perjuangan kita selaku Pemuda untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan kita pada PRU 13 nanti. Kita pun ada pegangan Janji Di Tepati,  iaitu  janji kita pada pucuk pimpinan untuk bekerja kuat memastikan kemenangan BN.


Gombak!!! Gempur!!!


MNK Note: Tok nak satu Helmet IM4U... lawa la Tok. Petugas Pemuda Sg. Chinchi..janji abg pun InsyaAllah ditepati..nanti kita pegi bercuti....

YAB PM Note -  "Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menggerakkan idea ini, anggaplah 1M4U ini gerakan untuk kita dan saya sebagai Perdana Menteri bersama rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini akan terus menyumbang dan membantu para belia tanah air," katanya.-Utusan "


WAJIB BACA!!!