FOLLOW ME


Tuesday 3 July 2012

SELANGOR SCANDAL 1 BILLION - KHALID GAGAP BUKTI KEPAKARAN KOPARAT BELIAU???


Luar biasa dan mengejutkan! Tan Sri Khalid Ibrahim - anda benar-benar cemerlang. Talam Corporation Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye berhutang negeri Selangor RM392 juta tetapi melalui kecemerlangan dan kepakaran koparat anda, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat kini berhutang kepada kroni  Tan Sri Chan Ah Chye.

Apakah hubungan istimewa anda dengan Tan Sri Chan Ah Chye ini?

Cube beri penjelasan bagaimana yang pada awalnya bahawa Talam Corporation yang kepunyaan Tan Sri Chan Ah Chye berhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM392 juta namun kini atas kebijaksanaan Khalid Gagap ianya telah menjadi RM1 bilion - Tetapi yang peliknya dan perbezaannya adalah bahawa kerajaan negeri kini berhutang kepada Tan Sri Chan Ah Chye dan bukan sebaliknya!

Apa yang berlaku ini "reversed" kan pemiutang ini adalah hasil dan merupakan satu langkah cukup bijak dan licik yang terancang dalam apa yang boleh diklasifikasikan sebagai "penipuan dan pengaburan korporat"  abad ini.

Tiga Syarikat GLSs yang dimaksudkan iaitu Universiti Selangor dan Permodalan Negeri Selangor Bhd sebanyak RM277 juta, dan SAP Holdings Bhd RM115mil, anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor jumlah keseluruhan RM 392 juta tetapi mereka tidak mendapat satu sen pun dari Chan Ah Chye. Maknanya hutang RM 392 juta kepada mereka belum berbayar.

Anda memberitahu orang yang mengundi kerajaan negeri PR ke tampok kuasa yang anda perbodohkan bahawa Unisel tidak mempunyai wang dan perlu untuk menjual aset-aset UNISEL. Mereka sudah tentu percaya semua yang anda beritahu mereka.

Portal ini telah lama mendengar cerita urus niaga yang melibatkan urus niaga tanah yang telah membawa berjuta-juta ringgit kepada Khalid Ibrahim dan Chan Ah Chye.

Kami telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar telah menggunakan wang kotor ini untuk membeli sebuah banglo yang berharga berjuta-juta pound di bahagian yang berprestij dan mewah di Central London. Kami mencabar MB untuk menafikan atau menyangkal kenyataan ini!


Gambar Hiasan
Rumah teres Di Central London - Pada Pasaran Untuk GBP 100 Juta
Pandangan am 10 Belgrave Square, sebuah rumah teres enam tingkat yang telah diletakkan harga untuk dijual sebanyak 100 juta GBP pada 15 April, 2009 di London, England. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang pemaju Lubnan Musa Salem dan ianya mempunyai keluasan lebih daripada 21,000 kaki persegi.
KLIK SINI!!!

Super kroninya Chan Ah Chye pula telah cuba untuk mengubah dirinya menjadi seorang "Super Kudus",  mengubah syarikatnya yang sudah bankrap  itu kepada Trinity Corporation Bhd dalam susah untuk mengaburi orang ramai.

Sudah tiba masanya Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia  menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin Parti MCA yang juga ahli Parlimen Labis iaitu Chua Tee Yong ini kerana ia melibatkan wang pemegang saham biasa dan rakyat yang mempunyai saham daripada ketiga-tiga GLC ini malah ada GLC ini yang yang tersenarai awam.

Skandal ini lebih mengejutkan Penasihat Ekonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim akan tetapi beliau memberitahu kita dia tidak mengetahui apa apa dan berada dalam kegelapan soal perkara ini.

Pemimpin DAP termasuk Teresa Kok dan Ronnie Liu juga perlu bertanggung-jawab juga kerana mereka yang terlibat dalam meluluskan bajet Tambahan, meluluskan geran sebanyak RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated on Nov 9, 2009. Atau mereka begitu bodoh dan mereka tidak tahu apa yang telah mereka luluskan? Adakah Hannah Yeoh pula terlalu sibuk dengan perkara remeh-temeh seperti Facebook beliau? Terdapat 13 melaun DAP di dalam sana....

Terjemaahan daripada Stop The Lies. Baca versi English dan selanjutnya di Klik Sini...

TQ Stop The Lies
Note MNK: Macam magic daripada berhutang dengan kerajaan Negeri Selangor RM 392 juta boleh terbalikkan Kerajaan Negeri pulak berhutang 1 billion??? Hebat Kerajaan Negeri Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat ni....

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!