FOLLOW ME


Thursday, 1 November 2012

BADRUL AMIN HASUT AL-ARQAM BENCI KERAJAAN BN?




 
Seperti yang semua maklum Pertubuhan Al-Arqam ini telah diharamkan oleh kerajaan satu ketika dulu. Markaz Pusat mereka di Sungai Pencala telah dikosongkan. Ramai para pengikut Ustaz Ashaari atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya telah diberikan kesedaran melalui program kaunseling dan penerangan oleh pihak-pihak dan agensi kerajaan yang bertanggung-jawab. Ramai dikalangan para pengikut Al-Arqam dahulunya telah kembali menjalani kehidupan seperti rakyat biasa dan mula bercampur kembali dengan masyarakat. Namun begitu masih ramai juga yang masih tetap dengan pegangan dan ajaran Al-Arqam yang mengamalkan Tareqat Muhammadiah ini. Apa hal pula Badrul Amin yang mengelarkan Anwar sebagai Al-Mahdi ini bersama dengan Al-Arqam ini?
 

MNK rasa sudah pasti tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan sokongan dan undi mereka sebab Badrul Amin ini orang politik, Ketua Penerangan PKR. MNK rasa kalau mengikut logik akal mereka pasti ingin menanamkan kebencian kepada para Pengikut Al-Arqam agar membenci kerajaan dan menyokong mereka pada PRU yang akan datang yang mana seperti kita tahu Al-Arqam ini tidak melibatkan diri dalam politik dan lebih kepada kerja-kerja dakwah dan agama sahaja. PKR dah terdesak dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengeliru dan mengaburi mata rakyat agar menyokong mereka. Mereka sanggup merosakkan dan menyesatkan bangsa dan agama Islam itu sendiri dan menghalalkan apa cara sekali pun asalkan Anwar dapat jadi PM. Biar agama tergadai, negara terjual yang penting Anwar dapat jadi PM.

Badrul Amin lupa ker yang mengikut Ajaran Al-Arqam  dan fahaman pengikut Al-Arqam yang masih belum insaf dan sedar, "Abuya" mereka itu adalah Pemuda Bani Tamim yang mana akan menyerahkan panji-panji kekuasaan kepada Imam Mahdi ketika tiba masa kebangkitan Islam nanti. Siapa Imam Mahdi dalam fahaman Al-Arqam ini? Mereka berkeyakinan Imam Mahdi itu adalah Pengasas Tareqat mereka Sheikh Muhammadiah yang sebenarnya tidak wafat dan akan kembali sebagai Imam Mahdi bukan Anwar Ibrahim. Apakah Badrul Amin ini nak yakin kan pengikut Al-Arqam ini bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya Imam Mahdi dan menipu Pengikut Al-Arqam dan menggunakan mereka dengan menyesatkan lagi kononnya bahawa Imam Mahdi dah lahir dan akan mendapat panji kekuasaan pada PRU13 nanti maka semua pengikut Al-Arqam harus menyokong Imam Mahdi Anwar Al Juburi  ni? Baca Selanjutnya


Ke ada sebab lain Badrul Amin ini bersama pengikut Al-Arqam yang cuba menghidupkan kembali gerakan mereka itu? Apakah Anwar mastermind dibelakang tabir??

Kalaulah benar jelas Anwar dan Badrul ini spesis yang paling rendah mertabatnya kerana sanggup merosakkan akidah umat Islam semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka. Nauzubillah....

Berita semalam...

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di Rawang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron. Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut. Baca Selanjutnya


Note MNK: Ya Allah Kau tunjukkan lah jalan yang lurus kepada para pengikut Al-Arqam ini dan kau bukalah hati mereka untuk menerima nur dan hidayah. Amin....

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!