FOLLOW ME


Sunday, 18 November 2012

VIDEO NAJIB RAZAK 11 (NRC 11) BERSAMA RAKYAT LADANG KAM SENG BT 8 GOMBAK?


Lihat sahaja Video di bawah ini. Inilah bukti Perdana Menteri kita yang kita sayangi yang ada pihak lagi satu dok doakan mintak turunkan bala dan hancurkan beliau bersama dengan Parti UMNO dan BN itu bekerja. Tak cukup dengan beliau sendiri memberi dan meluluskan peruntukkan-peruntukkan Kerajaan Barisan Nasional serta merangka dasar-dasar Kerajaan bagi membela bangsa Melayu, India dan Cina di tanahair ini secara terus ada pula gerakan NGO-NGO yang lahir kerana kasih dan sayang mereka terhadap insan bernama Dato' Seri Najib Tun Razak ini maka mereka melakukan kerja-kerja kebajikan dan amal membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik tanpa mengira bangsa ataupun agama. Malah mereka tidak melakukannya dengan niat politik atau ada agenda politik tetapi hanya semata-mata ingin membantu dan menolong rakyat Malaysia bersesuaian dengan slogan Rakyat Didahulukan itu.

Dibawah ini Pertubuhan NGO NRC 11 yang membawa maksud Najib Razak Club 11 telah turun padang ke Bt. 8 Gombak di Ladang Kam Seng dan menaja kesuluruhan Program membuat "Kolam" di Ladang Kam Seng tersebut. Ladang Kam Seng ini adalah salah satu Kampung India tertua di Gombak Setia ini yang mana sekarang ini sudah sampai ke generasi ke lima anak pekerja ladang satu ketika dahulu. Mereka disini rata-rata terdiri dari golongan yang agak ketinggalan dari sektor ekonomi dan perlu kan pembelaan. Pada sehari sebelum program membuat Kolam ini, Penyelaras BN DUN Gombak Setia, Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad telah turun ke padang dan memberikan sumbangan kepada setiap keluarga sempena Deepavali dalam bentuk bahan-bahan mentah dan makanan yang mana sumbangan itu juga dari Dato' Seri Najib dari Kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat India. Ini dari NRC 11 pula menaja penuh untuk pembikinan "Kolam" ini yang mana sinonim dengan masyarakat India apabila meraikan hari-hari kegembiraan dan perayaan seperti Deepavali ini. 


Walaupun kos untuk pembuatan "Kolam" ini agak tinggi bergantung pada size dan jenis serta bilangan warna  yang digunakan namun begitu tanpa di duga bantuan secara tidak langsung dari Dato' Seri Najib Tun Razak melalui Kelab NRC 11 ini sampai juga kepada penduduk Ladang Kam Seng yang mana mereka telah dihadiahkan 2 Kolam yang agak besar sizenya dan beraneka warna. Walaupuan NRC 11 ini adalah Kelab dan duitnya tajaan ini datang dari tabung Kelab dan sumbangan pribadi ahli Kelab namun begitu kerana Kelab ini ditubuhkan atas semangat minat dan mendokong inspirasi Dato' Seri Najib Tun Razak dengan cara dan corak pemerintahan kerajaan Malaysia ini maka secara tidak langsung sumbangan dan tajaan ini adalah dek kerana insan bernama Najib Tun Razak melalui sebuah Kelab yang bernama Najib Razak Club 11 singkatannya NRC 11. Inilah kalau Insan yang baik dan dirahmati Allah maka kebaikkan dari namanya sahaja akan dapat kita rasai dan kali ini ianya dirasai oleh penduduk dan masyarakat India Ladang Kam Seng. Terima Kasih Najib Razak dan terima Kasih Najib Razak Club 11 (NRC 11)

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!