FOLLOW ME


Thursday, 15 November 2012

TAHNIAH DATUK AHMAD MASLAN!!!



Barisan Kepimpinan ALUMNI KULN 2012/2014

Pada tanggal 11/11/2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 Alumni Kelab UMNO Luar Negara di Bilik Kedah PWTC Kuala Lumpur. Apa yang menarik pada mesyuarat agung tahunan kali ini ialah ada pemilihan untuk barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui Alumni Kelab UMNO Luar Negara ini.

Pada peringkat awalnya keadaan agak mendebarkan kerana khabarnya akan ada pertandingan untuk jawatan tertinggi Alumi KULN ini yang mana kerusi Pengerusi akan dilepaskan oleh Mantan Pengerusi Dato Rais Zainuddin dan khabar angin kencang ketika itu mengatakan bahawa Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang ketika itu memegang kerusi Timbalan Pengerusi Alumni dicadangkan untuk menerajui Alumni KULN ini. Namun begitu ada khabar yang lain mengatakan Dato Kamarul Rashdan Bendahari Alumni ketika itu yang juga merupakan  Pengarah Urusan SPNB akan turut bertanding kerusi Pengerusi Alumni KULN pada kali ini.

Barisan Kepimpinan ALUMNI KULN 2010/2012

Hebat ini kalau khabar ini benar berlaku sorang Timbalan Menteri yan berpengalaman dan berpengaruh sorang lagi tokoh korporat, anak muda yang dinamik. Mana satu pilihan para perwakilan yang terdiri lebih kurang 100 orang. Apakah akan terjadi dan impak kepada UMNO sekiranya Ketua Penerangan UMNO tewas dalam pemilihan ini? Apakah ini tanda kebangkitan anak muda dalam UMNO itu sendiri? Apa akan jadi pada selogan Yang Tua di Hormati dan yang Muda disayangi? Pelbagai persoalan bermain dikepala para perwakilan sehari sebelum Mesyuarat ini diadakan termasuk dikepala MNK sendiri yang juga merupakan salah sorang perwakilan? Takde ker wakil kedua-dua kem menghubungi MNK untuk memastikan undi MNK kepada boss-boss depa? Aikk pelik kalau pemilihan sudah pasti semua perwakilan akan dihubungi atau sekurang-kurangnya sms untuk meraih sokongan. Ini tidak pula walhal kedua-dua jentera kedua-dua team MNK kenal. hmmmm

Namun pada hari mesyuarat walaupun pada sesi pemilihan akan dijalankan dan kedua-dua nama dicadangkan dan disokong, namun kerana kepentingan perpaduan dan hala tuju Alumni diutamakan Dato Kamarul Rashdan telah menarik diri bertanding dan telah memberikan kemenangan tanpa bertanding pada Datuk Ahmad Maslan manakala Dato Kamarul Rashdan telah dicadangkan dan disokong sebulat suara oleh para perwakilan ke kerusi Timbalan Pengerusi Alumni KULN dan telah menang tanpa bertanding juga. Maknanya kerusi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi  Alumni Kelab UMNO Luar Negara tiada pertandingan. Syabas kepada para perwakilan kerana mengutamakan Alumni dari kepentingan individu dan begitu matang dalam soal pemilihan ini.

Kepada kedua-dua gandingan mantap ini MNK rasakan akan pastinya  mencetuskan kebangkitan dan semangat baru Alumni KULN bagi membantu menterjemahkan aspirasi Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO pada rakyat. Kepada Mantan Pengerusi Dato' Rais Zainuddin dan AJKnya, terima kasih atas segala jasa dan bakti anda semua kepada Alumni KULN namun begitu khidmat da keringat tuan-puan masih diperlukan bak kata MNK, bukan bermakna berjawatan baru kita nak buat kerja, tanpa jawatan pun kita boleh bantu dan sama-sama berkerja bersama Alumni KULN ini.


Note MNK: Syabas Dato Kamarul Rashdan kerana membuktikan mempunyai jiwa besar dan sanggup menarik diri dari pertandingan dan mengekalkan tradisi Alumni KULN yang tiada pertandingan merebut jawatan Pengerusi selama ini. Zaman sekarang ini agak susah juga nak carik orang berjiwa besar apatah lagi anak muda berjiwa besar....
Hidup Alumni KULN!!!


WAJIB BACA!!!