FOLLOW ME


Sunday 4 November 2012

VIDEO BANJIR GOMBAK: AZMIN ALI TAK PEDULI NASIB RAKYAT GOMBAK?



Mangsa Banjir: "Rumah saya naik air lagi bang...banjir sampai paras peha. Habis semua barang rumah rosak.
MNK: Berapa rumah kali ini adik yang terlibat?
Mangsa Banjir: Sama macam hari tu bang. Dalam 10 rumah di belah paya ini.
MNK: Pihak kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) atau Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali ada datang melawat tak?
Mangsa Banjir: Takde Bang yang datang pun 2 orang iaitu Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi bersama sorang lagi saya tidak kenal.
MNK: Ada tak diberi apa-apa bantuan? Takde bang dengan Boot getah baru dibeli dia hanya melihat dan boleh dia cakap Banjir ya!... hmm memang lah banjir bang takan itu pun nak tanya.
MNK: Lepas tu?
Mangsa Banjir: Dia blah jer bang takde pun kata apa-apa pasal apa-apa bantuan pun.
MNK: Biasalah tu dia tidak boleh buat apa-apa kalau yang boleh buat pun ialah Azmin Ali sebab dia Ahli Parlimen. Wakil Rakyat PAS dah kena pecat Hassan Ali dah kena pecat dik. Takpa nanti Abg cuba mintak tolong dekat Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain.

MNK menghubungi Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak.

Truuttt truttt...truttt truttt deringan talipon.....
 

MNK: Assalamulaikum Aji(Nama panggilan dikalangan Ahli Pemuda UMNO Gombak kepada Datuk Hj. Megat Zulkarnain Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak)

Datuk Megat: Ya Jib...(Nama Panggilan MNK oleh Datuk Megat)

MNK: Aji ada mana Aji.

Datuk Megat: Saya ada jumpa orang kat luar (luar kawasan Gombak) Jib. ada apa tu Jib.

MNK: Kampung saya dan Rantau Gombak banjir Aji.
Datuk Megat: Naik Air lagi?

MNK: Ya Aji.

Datuk Megat: Teruk Jib?

MNK: Teruk macam hari tu Aji.

Datuk Megat: Ko ada kat mana Jib?

MNK: Saya kat Sungai Chinchi Aji.

Datuk Megat: Ko bagi abang 15-20 min boleh?

MNK: Boleh Aji, 30 min pun takpa.

Datuk Megat: Baik ko tunggu Abang ok.

MNK: Baik Aji.

Selepas 37 minit MNK bersama beberapa Pemuda UMNO Sungai Chinchin menunggu akhirnya Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak tiba bersama Lan yang kebiasaannya akan menemani beliau.

Subahanallah, Datuk Megat Zulkarnain ketika menerima panggilan MNK itu beliau berada di Seremban 2 bertemu kenalan beliau disana dan sebaik menerima panggilan MNK dan dimaklumkan hal banjir tersebut beliau terus bergegas ke Gombak dan masa yang dicatatkan oleh beliau bersama saudara Lan ialah 37 min untuk sampai ke Gombak dari Seremban dua. Dah dari Seremban keadaan hujan pun agak tahan sepanjang perjalanan ke Gombak. Alhamdullillah tiada apa-apa perkara yang ditidak diingin berlaku. Inilah semangat dan sikap seorang pemimpin yang rakyat mahu khususnya rakyat di Gombak ini yang benar-benar ikhlas dan perihatin terhadap permasalahan rakyat dan akan melaksanakan serta berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan menyelesaikan masalah dan bebanan rakyat. Kesemua mangsa banjir di Sungai Chinchin menerima sumbangan segera berbentuk makanan untuk seiisi  keluarga pada malam itu dari Datuk Hj. Megat Zulkarnain dan menerima kunjungan dan diziarahi sendiri oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain untuk melihat keadaan mangsa-mangsa banjir. Bantuan susulan akan diusahakan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional Parlimen dan Dun Gombak Setia kepada mangsa banjir.


Azmin Ali ada kunjung? Apakah beliau berada di luar negara? Apakah beliau mempunyai perkara yang lebih penting dan lebih mustahak sehingga tidak membenarkan beliau untuk melawat dan meninjau keadaan mangsa banjir di Gombak pada kali ini? Apakah sebagai Ahli Parlimen Gombak ini bukan satu tanggung-jawab serta amanah yang perlu di laksanakan oleh Azmin Ali selaku Ahli Parlimen Gombak?

Jom saksikan sendiri Video ini.....

Note MNK: Difahamkan kampung Batu 9 dan hingga ke Batu 11 juga telah menerima bantuan makanan dari Penyelaras BN Dun Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Tahniah!!!

Kepada Azmin Ali...  tunggu lah pada PRU13 nanti sudah pasti rakyat Gombak akan menghukum kamu kerana kamu tidak melaksanakan amanah dan tanggung-jawab kamu kepada kami selaku Ahli Parlimen kami....


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!