FOLLOW ME


Sunday, 11 November 2012

VIDEO KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERIHATIN MASALAH KAUM INDIA


Jelas dan nyata parti mana yang benar-benar membantu dan menjaga kebajikan rakyat khususnya rakyat Selangor dan rakyat Gombak ini. Walaupun Kerajaan negeri Selangor sekarang ini ditangan pembangkang tetapi yang benar-benar membela dan menjaga kebajikan rakyat di Selangor dan Gombak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Barisan Nasional. Lihat sahaja video dibawah ini yang mana hingga ke hari ini tiada pun bantuan dan sumbangan diberikan oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor ini ataupun mana-mana wakil rakyat atau ahli Parlimen Pakatan Rakyat Gombak atau Wakil Rakyat Pakatan Rakyat di ketiga-tiga DUN di Gombak ini. Sebaliknya Sumbangan disampaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional melalui Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin kepada seluruh masyarakat India di dalam DUN Gombak Setia yang telah dilangsungkan di Taman Samudera.

Kata kononnya Kerajaan Negeri Selangor selama 4 tahun dibawah pentadbiran mereka telah mentadbir kewangan dengan begitu baik sekali hingga mempunyai surplus dan sebagainya. Jadi sepatutnya mereka lebih hebat dalam memberi sumbangan dan kebajikan kepada rakyat Selangor ini berbanding pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Gombak ini tetapi kenapa sebaliknya yang terjadi. Kemana duit Kerajaan Negeri semua itu pergi yang diwar-warkan itu hilang dan lesap? Kata Perjuangkan negara Kebajikan dan sebagainya tetapi tiada pun kebajikan yang diberikan kepada masyarakat India yang susah sempena Hari Perayaan Deepavali ini.

Siapa yang bagi dan siapa yang jaga kebajikan rakyat? Barisan Nasional jugak. BN jugak yang bagi segala sumbangan, subsidi dan pertolongan.


WAJIB BACA!!!