FOLLOW ME


Thursday, 1 November 2012

MANA PAS SELANGOR NAK LETAK MUKA???


Masih terngiang-ngiang di telinga MNK pada kempen PRU 12 PAS di Selangor dahulu apabila PAS melaungkan ingin menegakkan negara Islam dan menyucikan kerajaan negeri Selangor ini kononnya dari segala rasuah, perkara yang haram dan segala kemungkaran. Islam sebagai Ad-din dan sebagainya. Rasa-rasa semua di Selangor ini khususnya orang Melayu dan Islam pasti masih ingat laungan sekiranya kita dapat tawan Selangor sebelum ayam berkokok kita akan tutup Kilang Calsberg di Shah Alam itu. Tapi hingga ke hari ini kilang itu masih beroperasi.
 
Malah penjualan arak bertambah hebat sewaktu pemerintahan PAS bersama Pakatan Rakyat di Selangor ini. Siap buat lawatan kerja lagi tu kot rasanya. Baca Selanjutnya


Terkini isu judi, kerajaan Selangor PAS bersama Pakatan Rakyat  menggalakkan perjudian dan bersubahat dengan perjudian. Baik di peringkat kecil-kecilan seperti bertambah dengan pesatnya pusat-pusat judi haram video games di Selangor ini hinggalah secara besar-besaran dan koporat dengan pemilikan saham 25 peratus PKNS dalam Genting Sanyen iaitu anak syarikat Genting Group.


Kalau benar memperjuangkan Islam PAS patut mendesak dan memastikan PKNS boleh melupuskan pemilikan saham dalam kumpulan itu kerana tidak mahu bersubahat dengan perjudian. Sahut lah cabaran Ketua Pemuda UMNO Malaysia kepada Penasihat Selangor si Anwar tu.

Apa kata KJ di Parlimen buat Anwar ketar lutut?


Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau. Baca Selanjutnya

Note MNK: Alasan budak sekolah si Khalid Samad ini tak mempertahankan pemilikan saham ini makna menyokong dan bersubahat dengan perjudian. Apakah PAS berkata tak perlu jual sebab tak nak jual pada kroni maka perjudian dan bersubahat dengan perjudian menjadi halal? Jual jer la pada tokey-tokey Cina lain yang bukan kroni. Kalau jual pada kroni langgar prinsip konon habis tu Parti anak beranak tu bukan kroni ker???? Ehhh Jalan daaa....

TQ Melayu Berwawasan & MyKmu.net

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!