FOLLOW ME


Sunday, 26 June 2011

KENAPA KERAJAAN BERLEMBUT DALAM ISU BERSIH? PEMUDA UMNO BERHENTI BERLEMBUT JOM PATRIOTS?



Kenapa pembangkang beriya-iya nak berdemonstrasi dan alasan digunakan ialah menuntut system Pilihanraya yang Bersih maka diadakan Perhimpunan Bersih kononnya. Ini tidak lain tidak bukan sebab dorongan politik Pembangkang yang dah mula lemah dari sokongan rakyat dan terpaksa melakukan sesuatu yang drastik bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka. Inikah politik matang?

Mereka tahu bila berdemo haram ini mesti polis dan fru akan melakukan tugasan dan tanggung-jawab mereka dan akan ambil tindakan untuk meleraikan perhimpunan itu. Pembangkang pula jaja satu Negara kononnya suruh makcik-makcik bawak anak kecil mereka berdemo, mereka suruh perempuan mengandung berdemo atas alasan agar pihak berkuasa tidak akan berbuat apa-apa atas rasa kesian dan supaya Pemuda mereka boleh berlindung dibelakang makcik-makcik dan perempuan mengandung ini.

Walhal masa perhimpunan ini nanti Pemuda 'Gangster' mereka ini akan 'provoke' dan lakukan keganasan dan akan menyebabkan Polis dan FRU bertindak balas dan ini yang mereka mahukan tanpa mengira keselamatan dan kebajikan makcik-makcik dan wanita mengandung tadi, nyawa dan kesihatan bayi dalam kandungan jadi taruhan demi matlamat hendak ke Putrajaya dia sanggup nyawa bangsa, pengikut, dan penyokongnya digadaikan macam binatang.

Bila polis bertindak  mereka jaja satu Negara dan dalam Media Cyber kata polis zalim..kerajaan zalim...UMNO zalim. Mereka akan gunakan hasil dari himpunan ini dan tanam kebencian rakyat pada kerajaan agar rakyat membenci kerajaan dan mereka minta rakyat terjemahkan pada PRU 13 nanti. Ini sebenar tujuan Himpunan Bersih….

Ramai penyokong Pakatan Rakyat terutama dari Parti PAS mempunyai pahaman sempit berhubung dengan Akta ISA bahawa ianya hanya untuk Komunis. Malah Pemimpin mereka yang pendek akalnya pun sering menggunakan pemansuhan Akta ISA perlu kerana sekarang negara bukan lagi dalam ancaman Komunis and kononnya akta ini wujud adalah untuk membendung pahaman Komunis. Ini hasil dakyah DAP yang mengaburi PAS untuk memansuhkan ISA atau PAS dah tahu dan mereka nak perlindungan dari akta ini bila akta ini tiada mereka boleh anjur dan rancang demonstrasi umpama Demo BERSIH ini malah yang ganas pun boleh.

Akta ISA ialah akta pencegahan bermakna sesorang itu hanya baru merancang utk melakukan tapi belum melakukannya. Jadi macam-mana nak bawa dan dakwa di mahkamah sedangkan dia belum melakukan apa-apa hanya merancang nak melakukannya. Jadi Akta ISA ini penting untuk membendung gejala ini dari berlaku.

Seperti contohnya DEMO BERSIH, seorang merancang hendak menghancurkan Islam kat Malaysia, nak tukar agama rasmi Islam di Malaysia atau Tubuh Persatuan Pemurtadan Islam Malaysia. Akta apa yang boleh diguna pakai kalau bukan Akta ISA untuk menghalang perkara diatas dari dapat dilaksanakan oleh mereka-meraka yang tidak bertanggung jawab ini. Mana mungkin kita akan tunggu dan lihat sahaja Islam hancur atau pertumpahan darah akibat rusuhan perkauman berlaku dan baru dakwa mereka ini di mahkamah?

Di mahkamah pun belum tentu di sabit atau didapati bersalah kerana kalau peguambela bagus mereka ini akan terlepas. Kalau hingga Islam akan tergugat atau institusi raja-raja terjejas,  kita pakai ISA. Kita ada ISA , inilah senjata kita tidak kira Pas ke UMNO ke, kalau mereka mengancam keselamatan negara, asalkan kerajaan dan kuasa ada pada kita biar Akta ISA ini wujud dan diguna pakai ketika itu. Cuma kalau setengah pemimpin yang salah guna ISA, kita perbaiki supaya tidak boleh disalah gunakan seperti saranan YAB Perdana Menteri untuk dikaji semula ISA.

Apa yang mengecewakan ialah UMNO sudah lembut tidak seperti pada Zaman TUN Dr. Mahathir dulu, salah kata sikit saja sudah kena ISA, salah buat sikit saja pasti kena ISA namun pada Zaman Tun Dr. Mahathir tidak pula ada ahli dan parti pembangkang bising-bising sebab takut kena ISA. Bila orang UMNO berlembut ini jadinya.  Kita pula membiarkan pembangkang ambil kesempatan dengan fikiran sempit mereka itu.

Kalau benar ISA ini adalah alat UMNO untuk menganiya orang-orang yang tidak bersalah khususnya pembangkang kenapa Nik Aziz, Karpal Singh dan terutama Anwar Ibrahim yang Timbalan Presiden UMNO mengelar beliau  sebagai “pengkianat Negara” sekali pun tidak ditahan dibawah Akta ISA? Rasa-rasanya hampir semua kesalahan telah dilakukan untuk menganggu-gugat keselamatan negara, kestabilan politik negara, nama baik dan maruah negara, ekonomi Negara dan bermacam-macam lagi kesalahan dan pihak berkuasa telah pun tahu maklumat mengenai perancangan ini sebelum ia dilakukan namun Akta Pencegahan atau dikenali sebagai ISA ini masih tidak diguna pakai dan membiarkan ianya berlaku dan mengakibatkan perkara-perkara tersebut terjadi. Kenapa?

PAS sekarang sudah jadi tungangan DAP,  ahli DAP tidak pun turun berdemo untuk GMI, semua melayu. Kalau ada pun berapa kerat sahaja, sebab apa? Apa scenario berbeza ker pada himpunan Bersih 9 Julai 2011 nie?  Marilah kita muhasabah diri dan berfikir secara rasional untuk kepentingan semua orang Melayu bukan ahli parti kita sahaja. Apakah kebaikkan dan keburukan Demo Bersih ini. Berapa ramai sangat ahli parti politik yang turun berdemo Bersih ini terutama DAP dan PKR berbanding mereka-mereka dari PAS. Cuba lihat kenapa ahli politik tersebut tidak turun? Mereka berehat dan bersantai dirumah Bunglow mereka lihat kamu diperbodohkan oleh mereka hanya dengan kata-kata fitnah mereka….sedar lah wahai bangsaku….

Dimanakah Pemuda UMNO yang sepatutnya memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak dan barisan hadapan dalam memperjuangkan bangsa.

Adakah kita takut pada pembangkang atau pemimpin-pemimpin pembangkang? Tindakan pembangkang menuntut ISA dimansuhkan hanya umpama “Anjing menyalak Gunung”, selagi kuasa kerajaan di tangan Barisan Nasional khususnya UMNO, hanya UMNO yang mampu memansuhkan ISA atau mengekalkan serta mengguna pakai dengan tegas AKTA ISA ini.  Kekal namun tidak diguna pakai juga tidak mempunyai apa apa nilai pada AKTA ISA lebih baik dimansuhkan sahaja.


Dalang Bersih!!! Kenakan ISA!!!
Gombak!!! Gempur!!!!





WAJIB BACA!!!