FOLLOW ME


Wednesday 20 June 2012

AZMIN ALI NAIK TOCANG, PKR SELANGOR AKAN BERKUBUR???



Lagi cerita perpecahan dikalangan pemimpin tertinggi Pakatan Haram di Selangor ini yang mendambarkan kerusi Menteri Besar Selangor. Kalau sebelum ini cukup banyak cerita tentang pergolakkan dan tidak kesefahaman diantara Menteri Besar Selangor Khalid Gagap dengan Timbalan Presiden Parti Azmin Ali dipaparkan baik diblog-blog, kini timbul lagi kisah terbaru yang mana Azmin Ali dikatakan telah mula naik tocang dan mengarahkan serta cuba menjadi Menteri kepada Menteri Besar apabila beliau mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya dibawah bidang kuasa Menteri Besar sepenuhnya. Walaupun Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan dan Khalid Gagap merupakan Adun Parti Keadilan namun kuasa tadbir Negeri Selangor bersesuaian dengan jawatan yang disandang selaku Menteri Besar Selangor yang ada pada Khalid Gagap itu tidak boleh dicampuri oleh Timbalan Presiden Parti sekali pun kerana ini tiada kena mengena dengan hal-hal parti. Mentadbir Negeri Selangor adalah berkenaan dengan Rakyat Selangor. Untuk kepentingan, kebajikan, kemakmuran dan hak rakyat Selangor yang mana tak semuanya pun ahli parti atau menyokong Pakatan Haram. Tak tahu lah pulak kalau Selangor ini ditadbir untuk kepentingan Parti Keadilan dan Pakatan Haram jadi selaku Timbalan Presiden, Azmin Ali ada hak untuk mengarah dan menentukan perjalanan pentadbiran negeri Selangor. Cuba bayangkan sehinggakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin pun Azmin Ali nak campur tangan dan suruh Khalid Gagap pecat.

Faekah ini berkhidmat kepada Menteri Besar Selangor Khalid Gagap selaku Setiausaha Politik Menteri Besar. Sudah pasti yang boleh menilai dengan lebih tepat ialah Khalid Gagap sendiri. Kenapa Azmin Ali sibuk mencampuri pula hingga suruh Khalid Gagap pecat Faekah Husin ini?

Kalau Faekah ini tak 'perform' pun yang tahu dan yang menjaga KPI Fekah ialah Khalid Gagap bukan Azmin Ali. Tak ker malu bila Khalid Gagap dengan selamba menjawab Faekah ini perform dan beliau tidak mahu memecat Faekah.

Kata Khalid Gagap

“Dalam politik,terdapat orang-orang yang merasakan bahawa Faekah agak agresif. Dia melakukan tugasnya kepada saya, kepada negeri ini dan juga kepada Pakatan (Rakyat) dengan menerangkan kebenaran.Tetapi kadang-kadang, kebenaran menyakitkan.Jadi,saya fikir ada orang yang merasakan bahawa Faekah tidak boleh terlalu terbuka tetapi ini adalah selaras dengan dasar ketelusan kami.Akauntabiliti dan kecekapan,” katanya seperti dilaporkan Antarapos

Mana Azmin Ali nak taruk muka? Seorang Timbalan Presiden punya arahan diperlekehkan oleh Ahli Parti merangkap ADUN Parti sendiri.

Kalau kita tidak boleh command ahli parti kita sendiri maka ini membuktikan kita tidak layak menjadi pemimpin. 

Bak kata orang minang kat Gombak... "If you can't command, you are not fit to be a leader".

Jadi cara mana lagi nak laksanakan kehendak hati yang mana kita ini menjawat kerusi Timbalan Presiden Parti kalau ahli parti kita sudah tidak mahu lagi mendengar arahan kita?

Ini peluang kepada Barisan Nasional untuk meningkatkan lagi prestasi untuk menjamin kemenangan PRU 13 nanti khususnya di Gombak kawasan Azmin Ali.

Mungkin pada masa pembubaran Parlimen untuk PRU 13 nanti, masa nak finalized senarai calon PKR, masa itu Azmin Ali akan membalas dendam atas tindakan Khalid Gagap ini memalukan beliau dan mencampak maruah Azmin Ali ke tandas. Apa Azmin Ali ini level pemimpin tandas ker?

Masa ini baru lah Azmin Ali boleh dan layak memainkan peranan beliau selaku Timbalan Presiden Parti dalam soal menamakan dan memilih calon-calon PKR untuk bertanding pada PRU 13 dan masa itu mungkinkah nama Khalid Gagap ini tidak tersenarai sebagai calon? Ataupun kalau tersenarai pun mungkin bukan dalam Selangor kot. Masa tu Khalid Gagap akan tahu langit itu tinggi atau rendah bila bermain api dengan Azmin Ali.

You don't play play haaah Khalid Gagap.

Pembaca bolehlah baca lagi dipautan dibawah ini kalau nak tahu lagi mendalam kisah pergelutan kuasa PKR di Selangor.

KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan...



TQ Badutrakyat

Note MNK: Jentera BN Gombak apa lagi? Kita kasi Gempur lah sebab PKR Selangor dan Gombak khususnya dah pincang dah ini...


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!