FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Thursday, 7 June 2012

KELAB PUTERA 1MALAYSIA TURUN HULU KELANG


07/06/2012 - Semalam satu lagi bukti Kerajaan Malaysia menjaga kebajikan rakyat dinegara ini khususnya rakyat Selangor apabila melalui Kelab Putera 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Hulu Kelang pula yang melibatkan seramai 150 orang mangsa banjir. Sumbangan berbentuk 2 tilam bersize "Queen" , bahan mentah stok makanan dan dapur akan diberikan kepada setiap seorang mangsa banjir tersebut.

Sebelum ini seramai 180 orang mangsa banjir di Rantau Gombak dari Batu 7 Jalan Gombak hingga ke Batu 11 Jalan Gombak telah pun menerima sumbangan yang sama dari Kelab Putera 1Malaysia. Semalam giliran mangsa banjir sekitar Hulu Kelang pula. MNK difahamkan mangsa-mangsa banjir yang melibatkan kawasan dari Taman Melawati Jalan J, Kampung Fajar dan Kampung Pasir merupakan antara kawasan-kawasan yang telah dilanda banjir.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sewaktu Program Pelancaran Puncak di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. 6 Penerima telah menerima sumbangan tersebut dari YAB TPM yang mana mereka ini terdiri dari 2 mangsa berbangsa Melayu, 2 mangsa berbangsa India dan 2 mangsa berbangsa Cina. Baki mangsa akan diberikan sumbangan tersebut pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Seketeriat Mangsa Banjir Hulu Kelang.

Kalau dulu di Rantau Gombak Datuk Abdul Azeez Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia sendiri telah turun menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tetapi kali ini di Hulu Kelang atas sebab beliau terpaksa berada di Baling di kawasan Parlimen beliau pada tarikh yang sama, Kelab Putera 1Malaysia telah diwakilkan oleh Tuan Abdul Mutalib Abdul Rahim Bendahari Kehormat Kelab Putera 1Malaysia sewaktu penyerahan sumbangan tersebut bersama YAB TPM.


MNK mewakili rakyat Parlimen Gombak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Kelab Putera 1Malaysia atas keperihatinan kepada rakyat Gombak dan juga atas sumbangan yang telah dihulurkan yang mana sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang dilanda banjir ini.

Serangkap pantun untuk Kerajaan Barisan Nasional dan Kelab Putera 1Malaysia.

Elok sairiang jo juru mudi,
Elok saiyo jo sakato,
Kok pandai bamain budi,
Nan lia jinak malakok.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!