Pada tanggal 24hb Jun 2012, telah berlangsung satu program pameran dan konsert hiburan oleh para-para kartunis terkemuka tanah air di Central Market. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada hari sabtu dan kemuncaknya pada hari Ahad tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan Konsortium Cartonist Art Work (CAW). Pelbagai acara menarik dan galeri pameran persatuan-persatuan kartunis dan para-para kartunis serta animator diadakan. Namun apa yang menarik ialah kunjungan tetamu istimewa iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dalam keadaan santai dan cukup bersahaja tanpa banyak protokol dan birokrasi.
Memang jelas YAB Perdana Menteri kita ini seorang yang cukup "sporting" dan dalam bahasa kartunnya "sempoi" apabila beliau turut menyanyikan bersama-sama lagi tersebut bersama artis dan dua tunggak utama program ini iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerui Kelab UMNO Putera 1Malaysia dan juga Datuk Sohaimi Shahdan.
Lebih daripada 10 Anugerah telah diberikan kepada para-para pengiat kartun dan animator tanahair atas sumbangan mereka selama ini yang jarang sekali kita dengar pengiktirafan diberikan kepada mereka. Kartunis dan animator seperti Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia). Mereka menerima anugerah berbentuk trofi dan sijil serta wang tunai sebanyak RM10,000 telah diberikan dan Anugerah utama iaitu Anugerah Kartunis Sepanjang Zaman telah diberikan kepada Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid yang terkenal dengan karya Lat "The Kampung Boy"
Turut dilancarkan pada program ini satu Yayasan Penggiat Kartun 1 Malaysia yang peruntukan dana permulaan yayasan ini oleh kerajaan melalui Kelab Putera 1Malaysia sebanyak RM300,000.00 untuk permulaan yayasan ini yang bertujuan untuk menjaga dan membantu kebajikan serta perkembangan kartunis-kartunis tanahair dan kerajaan akan membantu dan menambah dana sekiranya perlu dari masa ke semasa. Jelas nasib pihak kartunis akan bertambah baik lagi dan akan mendapat perhatian serta pembelaan sewajarnya dari masa ke masa.
Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini terutama kepada Ajk-ajk Kelab Putera 1 Malaysia dan pengerusinya Datuk Abdul Azeez Rahim, Dato' Sohaimi Shahadan dan CAW.
Bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan sendiri oleh YAB PM kita bersama rakan artis yang lain iaitu Stand By Me itu tadi. Bukan sahaja para kartunis "Stand By You" malah rakyat Malaysia akan berdiri teguh bersama YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak yang "sempoi".
Gombak!!! Gempur!!!