07/06/2012 - Hari ini Parlimen Gombak telah dikunjungi oleh tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melancarkan program Puncak peringkat Parlimen Gombak. Ribuan rakyat telah hadir menyambut kedatangan YAB TPM kita di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati. Program yang dianjurkan oleh Badan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak bersama PEMBINA ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi.
Apa yang menarik buat MNK ialah kejayaan program PUNCAK ini dan sambutan belia dan remaja di Gombak terhadap Program PUNCAK yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dan PUTERI UMNO Gombak ini bersama Sekateriat PUNCAK Daerah Gombak ini. Difahamkan setakat hari ini lebih kurang 313 pemuda, belia dan beliawanis Gombak telah menyertai Program PUNCAK ini.
Apa itu Program Puncak???
Program Puncak ini ialah satu program yang di initiatifkan oleh Kerajaan Barisan Nasional semata-mata untuk membantu dan memberi peluang kepada Anak-anak muda kita tidak kira bangsa untuk berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka tidak cemerlang didalam SPM. Kalau Yang Cemerlang ditempatkan di IPTA, kurang cemerlang di IPTS dengan memberi pinjaman dan kini yang gagal dan tidak berjaya disediakan pula program PUNCAK ini. PUNCAK ini terbagi kepada 3 Skim.
SKIM A (Menyertai Latihan Kemahiran)
- Peserta akan ditempatkan di GIATMARA atau Kolej Komuniti (sesi kemasukan Julai 2012) untuk mengikuti program sijil kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan bakat yang dimiliki.
- Tempoh latihan adalah selama 6 - 24 bulan.
- Peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM200/RM250 sebulan.
- Sepanjang tempoh latihan ini, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.
- Setelah tamat program sijil kemahiran ini, peserta akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki.
SKIM B (Bekerja di Syarikat Swasta)
- Peserta akan bekerja di Syarikat Kumpulan DRB-HICOM secara ‘on-the-job training’ dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan kebolehan yang dimiliki.
- Peserta akan melalui tempoh percubaan selama 6 bulan sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap.
- Sepanjang tempoh percubaan peserta akan menerima gaji bulanan, elaun dan asrama serta layak mendapat upah kerja lebih masa (OT) dan lain-lain faedah mengikut skim-skim perkhidmatan yang ditetapkan.
- Dalam tempoh 2 tahun pertama bekerja, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.Peserta akan bekerja di Syarikat Kumpulan DRB-HICOM secara ‘on-the-job training’ dalam bidang-bidang yang bersesuaian dengan kelayakan, minat dan kebolehan yang dimiliki.
SKIM C (Menjadi Usahawan Mikro)
- Peserta akan dibantu untuk membuka perniagaan kecil yang bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran, minat dan sumber yang dimiliki.
- Peserta akan mendapat pembiayaan modal daripada TEKUN Nasional dan diwajibkan mengikuti program-program pembangunan usahawan yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional.
- Dalam tempoh 2 tahun pertama berniaga, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang kaunselor dan diberi peluang mengikuti program-program latihan untuk meningkatkan ketrampilan diri secara berkala.
Jelas sekali betapa Kerajaan Barisan Nasional memang mengambil berat dan berusaha merancang dan merangka dasar serta menyediakan peluang-peluang kepada rakyat untuk khususnya golongan muda untuk memajukan diri mereka dan meningkatkan taraf mereka agar walaupun mereka tertinggal dari segi pelajaran namun peluang-peluang tetap disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk mereka meningkatkan taraf kehidupan mereka agar menjadi lebih baik.
Disamping program di atas didalam ucapan perasmian YAB TPM beliau turut menyebut mulai tahun ini Sekolah-sekolah Vokasional akan mula mengeluarkan sijil kelulusan Diploma yang mana pelajar-pelajar sekolah Vokasional yang mengambil kelulusan Diploma sudah pasti boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti atau mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan tangga gaji pemulaan yang lebih tinggi. Gembira MNK mendengar ucapan YAB TPM tadi kerana usul ini juga pernah dibawa oleh Wakil Pemuda UMNO Bahagian Gombak didalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Gombak 2011 kalau tak silap MNK. Baca Selanjutnya!!!
Apa pun tahniah Kerajaan Barisan Nasional atas initiatif PUNCAK ini dan juga kepada mereka yang telah menjayakan program PUNCAK hingga terturunnya YAB TPM melancarkan program ini di Gombak. Terima Kasih kepada YAB TPM kerana sudi datang ke Gombak ini. Semangat ribuan tetamu yang hadir menyambut kehadiran YAB TPM khususnya golongan muda menterjemaahkan BN Pilihan Anak Muda di Gombak ini. Anak-anak muda Gombak akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN di Gombak dan Selangor pada PRU13 nanti tanda terima kasih kami kepada Kerajaan Barisan Nasional. InsyaAllah BN akan kembali menguasai Kerajaan Negeri Selangor dan Gombak kita tawan kembali 4-0.
Gombak!!! Gempur!!!