Pelbagai janji manis dari PKR telah kita dengari sewaktu PRU 12 dulu. Siap dengan manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang sekiranya mereka diberi kepercayaan oleh rakyat. Tidak cukup dengan itu dipentas-pentas ceramah mereka melaungkan betapa Kerajaan Barisan Nasional khususnya di Selangor ini mengamalkan pembaziran dan tidak telus dalam mentadbir kerajaan negeri Selangor. Kalau mereka yang memerintah jutaan ringgit dapat diselamatkan dan dijimatkan. Istilah seperti ketirisan dan "unnecessary expenditure" kerap kali kedengaran sewaktu pentadbiran Negeri Selangor di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Betapa Kerajaan Negeri Selangor bawah Barisan Nasional membazir dan menyalah gunakan duit rakyat.
Nie MNK nak tanya berpesta dan meraikan semata-mata PKR memerintah Kerajaan Negeri Selangor baru 4 tahun dengan mengeluarkan perbelanjaan lebih 1juta ringgit ini apa cerita? Ini duit rakyat jugakan? Apa ini tidak merupakan satu pembaziran? Kalau kena pada Barisan Nasional macam-macam mereka kecam dan kata tetapi bila mereka lsendiri yang lakukan semuanya halal belaka dan benar belaka dan tiada apa apa salahnya.
Tak percaya cuba lihat sendiri dan baca sendiri!
Pendedahan panas dalam kerajaan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim Selangor! Sila baca : 7 April 2012, Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor....
TQ Dr. MIM.
GOMBAK!!! GEMPUR!!!