FOLLOW ME


Wednesday, 31 October 2012

VIDEO: SIAPA ORANG UMNO?


Semalam berakhir sudah sessi jelajah PDM-PDM Dun Gombak Setia oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad bersama Jentere peringkat Dun beliau. MNK sempat mengikuti lebih kurang 7 dari 9 siri jelajah ini yang dibuat untuk kali ke-dua ini. Pelbagai maklumat dalaman dan info serta taklimat diberikan kepada bakal-bakal panglima perang Barisan Nasional dan UMNO DUN Gombak Setia bagi menghadapi PRU 13 yang paling maksima lagi 5 bulan akan berlangsung. Jelas di peringkat DUN Gombak Setia komitmen Jentera DUN Gombak Setia dan Pengarahnya Datuk Hj. Said Anuar tidak dinafikan begitu komitet untuk memastikan kemenangan DUN Gombak Setia memihak kepada Barisan Nasional dan UMNO pada PRU 13 nanti.
 

Namun begitu kekuatan dan kepastian kemenangan tidak bergantung kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia sahaja. Menyedari betapa pentingnya setiap jentera di peringkat PDM dan Cawangan-cawangan memainkan peranan dan tanggung-jawab masing-masing sebaik munkin maka setiap kali Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang juga merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak berucap dan memberi taklimat dalam jelajah PDM ini beliau akan menekankan betapa pentingnya perancangan yang teratur serta strategi kita untuk memastikan kemenangan pada PRU13 nanti tanpa mengenepikan ikatan perpaduan dikalangan jentera-jentera PRU.

Petikan kata-kata dari Saidina Ali Karamallahuwajha dan petikan ayat Quran dibawah ini pasti tidak akan ketinggalan dibacakan setiap kali diadakan perjumpaan untuk mengingatkan setiap jentera dan sebagai pedoman dan iktibar yang boleh dikongsi bersama.

"Kebatilan yang terancang akan mengatasi kebenaran yang tidak terancang".

 Firman Allah SWT di dalam surah Al- Saf ayat: 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai mereka yang berjihad pada jalan Allah dalam satu barisan yang tersusun kukuh”.


Dalam siri jelajah ini juga segala permasalahan dan segala isu-isu PDM dapat disampaikan terus kepada Pengarah Jentera. Pendekatan Datuk Hj. Said Anuar ini juga jelas memperlihatkan ketelusan untuk memastikan Jentera dan PDM dapat bergerak dan berkerja tanpa ada perasangka atau rasa tidak puas hati dikalangan jentera di akar umbi. Maka sebab itu setiap kali selesai memberi taklimat akan dibuka sesi soal-jawab serta dialog di mana setiap jentera PDM tersebut boleh memberi cadangan, teguran, pertanyaan apa sahaja kepada siapa sahaja. Hanya dengan cara ini segala kelemahan dapat diperbaiki dan kebaikkan dapat ditingkatkan. Dalam siri jelajah ini juga Jentera Peringkat DUN dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan memantau persiapan di peringkat PDM yang mana secara terus segala bantuan atau keperluan tunjuk ajar serta bahan-bahan infra dapat di sediakan atau dibantu bagi PDM-PDM yang kekurangan atau belum mencapai "KPI" persiapan PDM.


Usaha ini MNK  rasa amat perlu diteruskan hingga ke PRU 13 nanti agar PDM-PDM mungkin selaku routine sekurangnya-kurangnya sebulan sekali untuk berjumpa dengan jentera tertinggi peringkat PDM. Selain memantau ia merupakan satu suntikan semangat kepada setiap jentera peringkat PDM yang mana hanya dengan cara ini dapat melahirkan suatu perasaan atau bayangan dalam hati setiap jentera-jentera bahawa PRU sudah hampir. Kita kena kerja lebih kuat, kita kena kerja mati-matian, kita kena bangkit dari tidur yang lena kita sudah tidak punya masa. Ibarat kata Perdana Menteri serta Presiden kita bahawa PRU 13 ini nanti adalah "Do or Die" bagi setiap ahli UMNO. Kalau kita kalah maka UMNO dan Melayu akan berkubur di Malaysia ini. Jadi ayuh kepada semua jentera PRU DUN Gombak Setia dan Parlimen Gombak khususnya kita bangkit.  Kita ketepikan apa sahaja perasaan negatif seperti tidak puas hati, marah, dengki, malas dan sebagainya kerana kalau kita rasa begitu itu maknanya ia adalah untuk kepentingan pribadi kita tetapi kalau kita sanggup ketepikan perasaan itu dan sanggup berkorban, berkerja walau tiada siapa yang tahu, berbuat walau tiada siapa yang nampak, melaksanakan walau tiada siapa yang mengiktiraf, maka itu adalah kerana kecintaan kita kepada parti dan keutamaan yang kita berikan pada parti demi survival bangsa kita dan agama kita mengatasi segalanya. Maka itu lah tandanya kita orang parti, kita orang UMNO.


Gombak!!! Gempur!!!


NOTE MNK: Soalan dilontarkan oleh "Otai" UMNO Gombak  Dato' Kaharudin Momin kepada yang hadir dalam siri terakhir. Katanya beliau di beritahu bahawa "UMNO Gombak boleh menang tapi ada orang UMNO Gombak yang tidak mahu menang".  Apa maknanya itu? Fikir-fikirkanlah.

WAJIB BACA!!!