FOLLOW ME


Tuesday 30 October 2012

INGATAN DS NAJIB KHAS UTK WANITA SAHAJA....


Harap semua wanita ambil perhatian dan ambil berat pesanan Dato' Seri Najib Tun Razak ini untuk kebaikkan anda semua. Jangan ambil remeh perkara ini kerana sekiranya anda ambil lewa dan ambil mudah perkara ini dan tidak mengambil tindakan segera sudah pasti akan mengundang bencana kepada diri anda dan keluarga anda. Alhamdullillah kita mempunyai Perdana Menteri yang begitu perihatin kepada rakyatnya tak kira golongan tua, muda, baik lelaki mahu pun perempuan. Jadi apa tunggu lagi selepas anda membaca perutusan dan ingatan Y.A.B Perdana Menteri kita ni MNK harap terus mengambil tindakan yang sewajarnya..... 
Apa pesan Dato Seri Najib Razak?.....

Setiap tahun bulan Oktober akan diingati sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara di kebanyakkan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.  

Kanser payudara sering menghantui setiap wanita tidak kira bangsa mahupun etnik dan sebab itulah kerajaan telah melakukan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara melalui pelbagai inisiatif.

Untuk itu, saya mahu berkongsi infografik yang mempunyai maklumat berguna termasuk statistik, pengesanan dan juga cara untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang telah disediakan kerajaan. Sebarkan maklumat itu kepada pasangan anda, ibu, keluarga mertua, saudara mara dan sahabat handai anda!

Najib Razak



Note MNK: Perjuangan penting tetapi kesihatan kita khususnya Srikandi-srikandi dan Puteri-puteri UMNO kena dijaga juga ya demi meneruskan perjuangan murni kita ini.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!