FOLLOW ME


Sunday, 7 October 2012

WARGA GOMBAK BERJUANG DI ROHINGYA...


Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana beliau adalah orang yang tidak sukakan populariti dan selalu berada di belakang tabir dalam apa-apa program namun bagi mereka yang mengenali beliau tahu betapa pentingnya peranan beliau dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang dan dilaksanakan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Aji dikalangan yang mengenali beliau kini berjuang di Rohingya.
 
Bersama berjuang dengan Kelab Putera 1 Malaysia dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam Misi Kemanusiaan membantu mangsa keganasan di Rohingya.




Jelas misi ini seperti misi-misi KP1M yang lain di luar negara tidak bermotifkan politik atau ingin memancing undi kerana mereka yang dibantu itu bukan boleh mengundi pun kerana bukan rakyat Malaysia. Tetapi kenapa KP1M yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Azeez dan petugas-petugas KP1M bersusah payah membantu rakyat-rakyat negara luar? Kadang-kadang MNK terdengar sendiri suara-suara sinis mengatakan masih ramai rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan bantuan kenapa dok sibuk-sibuk pergi bantu rakyat negara lain? Inilah sikap kita kadang-kadang yang kita tidak mahu ubah dan perbetulkan. Kalau kita tak mampu laksanakan kenapa kita kutuk dan sindir orang yang nak dan mampu laksanakan. Apa kita lupa Islam ini bukan disempadan kan dan dikekang dengan sempadan kenegaraan. Islam itu global, umatnya tidak dipandang dan dinilai oleh Allah mengikut negara. Islam itu bersaudara bukan hanya didalam negara Malaysia sahaja tetapi di ceruk mana pun di bumi Allah ini kalau ada hatta seorang individu yang mengucap kalimah shahadah maka beliau adalah saudara kita. Islam mengajar kita membuat baik kepada semua agama dan semua insan apatah lagi saudara seagama kita Umat Islam Rohingya yang dilanda kesusahan dan penindasan.


KP1M ini sebuah NGO tetapi kerana mereka menggunakan nama Malaysia diakhir nama pertubuhan ini maka sudah pasti usaha murni mereka ini kalau tak banyak sedikit akan pasti mengharumkan nama negara kerana jelas memperlihatkan Negara Malaysia negara Islam mengambil berat dan membela nasib saudara Islam di dunia ini. Syabas MNK ucapkan kepada KP1M dibawah pimpinan Datuk Abdul Azeez dan petugas-petugas KP1M dibelakang tadbir dan sukarelawan yang lain yang terlibat dalam misi ini. Baca Selanjutnya...

Kepada Abang Aji dari Gombak ini, teruskan perjuangan Tuan walaupun hanya dibelakang tadbir tanpa sebarang publisiti atau ingin mengejar nama namun Allah menilai setiap sumbangan Aji dan pasti Allah akan membalasnya kalau tidak didunia di akhirat nanti.

Note MNK: Bango Den ado urang awak macam nie. Warihhh den tuu.

Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!