FOLLOW ME


Wednesday, 3 October 2012

#TANYA NAJIB BAJET 2013... MENTALITY PENGIKUT DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG 2 x 5...



Buat pertama kali Dato' Seri Najib telah mengambil langkah terbuka untuk perbincangan berhubung dengan Bajet 2013 dengan rakyat yang memberi peluang setiap lapisan masyarakat mahupun latar belakang untuk bertanya kepada beliau jika mereka punyai apa-apa masalah atau sebarang pertanyaan berhubung dengan Bajet2013 yang telah dibentangkan tempohari.
 
Belanjawan ini  yang mana di buat atas semangat mengutamakan kesejahteraan rakyat ini telah mendapat sambutan cukup memberangsangkan dari rakyat dan jelas menampakkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib rakyat dan kesejahteraan rakyat dinegara ini.


Sedang ramai yang serius dan ambil berat dengan bertanyakan soalan-soalan seperti contoh :

Adakah Kerajaan akan menambah peruntukkan untuk pelajar tempatan dan luar negara kerana peningkatan taraf hidup,

Namun begitu masih ada segelintir juak-juak pencacai pembangkang yang tidak memandang serius berhubung Bajet2013 ini. Bagi mereka apa sahaja tindakan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional adalah buruk dan jahat semata-mata. Hatta dimana salah satu platform yang digunakan untuk kemudahan rakyat untuk bertanya kepada DS Najib iaitu laman Twitter #TanyaNajib telah digunakan oleh mereka ini untuk main-main dan tidak langsung menampakkan mereka ini serius dan mengambil berat terhadap masa depan mereka sendiri atau apa dasar dan langkah yang kerajaan cadangkan dan akan laksanakan melalui Bajet2013 ini.

Segelintir juak pencacai pembangkang ini bertanyakan soalan-soalan seperti:-

Nak Buat hairstyle macam Rosmah, Boleh?
Awak ada crush?
Suka Oppa Gangnam style ke, shuffle ke, breakdance ke or lapdance?


Kalau tidak berminat atau memang jenis tak ambil kisah tak perlulah menyemak dalam #TanyaNajib itu. Jangan lah melihatkan kebodohan anda sendiri dengan bertanyakan soalan bodoh macam pemimpin pembangkang dalam Parlimen sewaktu membahaskan Bajet 2013 tu.

Tapi nak buat macam mana tak boleh nak salahkan mereka ini kerana sudah pasti mereka ini mengikut idola-idola mereka iaitu pemimpin-pemimpin pembangkang yang mewakili mereka dalam Parlimen tu. Mujurlah majoriti besar mahasiswa-mahasiswi tempatan dan luar negara kini yakin dengan pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dibawah DS Najib seperti yang dizahirkan dalam keputusan Pilihanraya Kampus baru-baru ini.

Buat anda yang serius dan ambil berat serta ingin tahu lebih lanjut berhubung dengan Bajet 2013. Jom sertai sesi bertanya Dato' Seri Najib seperti berikut:-

Hangout ini pada 3 Oktober jam 9 malam secara langsung di YouTube YOUTUBE TANYA NAJIB

Anda juga masih boleh menghantar soalan melalui cara-cara berikut,

1.   Twitter  TWITTER NAJIBRAZAK  dengan menggunakan
      #TanyaNajib

2.   Facebook FACEBOOK NAJIBRAZAK

3.   Google Moderator GOOGLE #TANYANAJIB BAJET 2013

Maklumat lanjut sila layari laman ini http://1malaysia.com.my/

Jemputlah keluarga serta sahabat handai anda untuk turut sama dalam sesi #TanyaNajib yang sungguh istimewa ini malam ini bermula jam 9.00mlm.

Jumpa disana!

Gombak!!! Gempur!!!




WAJIB BACA!!!