FOLLOW ME


Monday 1 October 2012

PEMBANGKANG BERTAMBAH PENING DENGAN RAKYAT MELAKA MENJELANG PRU 13



Pada PRU ke 12, Negeri Melaka merupakan negeri yang mana PAS dan PKR telah gagal sama sekali dalam usaha untuk menambahkan kerusi DUN mahu pun Parlimen. Pendek kata prestasi parti PAS dan PKR di Melaka boleh dikatakan total failure kerana apa.
 
Walaupun banyak negeri Barisan Nasional dan UMNO kalah teruk atas alasan Tsunami politik tetapi Melaka tidak terjejas dengan Tsunami politik tersebut. Bayangkan di Peringkat DUN PAS bertanding 13 kerusi manakala PKR bertanding 7 kerusi dan berapa kerusi DUN yang PAS mahupun PKR menang? Jawapan nya zero, telur ayam, kosong. Satu kerusi pun kedua-dua parti ini tidak menang.

Di peringkat Parlimen pula, PAS bertanding 1 dan PKR bertanding 3 kerusi dan berapa mereka menang? Jawapannya sama dengan DUN telur ayam, kosong.  Lihat keputusan PRU 12 negeri Melaka dibawah ini.


BN

Pas

DAP

PKR
Parlimen5
(6)
0
(1)
1
(2)
0
(3)


BN

Pas

DAP

PKR
DUN23
(28)
0
(13)
5
(8)
0
(7)


Persoalannya kenapa dan mengapa sedang kebanyakkan negeri hatta Negeri Selangor yang dianggap salah satu kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional pun kecundang di tangan pembangkang akibat kononnya Tsunami politik dan faktor Nasional tetapi Melaka tetap kukuh dan teguh yang mana PKR dan PAS langsung tak menang satu kerusi pun baik Parlimen mahupun DUN? Apakah Melaka yang adanya Selat Melaka yang mana kalau nak diikutkan negeri pertama yang patut dilanda Tsunami ialah Melaka tidak langsung terjejas dengan Tsunami Politik 2008 ini? Apakah formula yang diguna pakai oleh Pak Ketua Menteri Melaka dalam menjaga hati rakyat hingga rakyat Melaka begitu sayang kepada UMNO dan Barisan Nasional di Melaka? Mungkin negeri-negeri lain boleh menjadikan Melaka sebagai contoh dan pemimpin2 negeri lain boleh lah berbincang dan bertanyakan tips serta pandangan atau formula yang diguna pakai oleh pemimpin BN dan UMNO di Melaka ini. Pasti ada yang betul yang dilakukan oleh mereka-mereka ini di Melaka kerana lihat sendiri hasil dan keputusannya.

Cuba lihat Video dibawah ini... mungkin ini salah satu cara dalam memenangi hati rakyat Melaka dan mebuat mereka cukup sayang dengan Ketua Menteri mereka. Sedangkan ramai diantara kita membuat Majlis perkahwinan anak kita dihotel 5 bintang atau 6 bintang yang menelan belanja ratusan ribu ringgit untuk sejumlah kecil tetamu khas atau VIP, Ketua Menteri Melaka membelanjakan wang yang mungkin kurang daripada tersebut tetapi untuk ribuan malah pulahan ribu rakyat jelata dan dibuat di Dewan milik kerajaan negeri yang percuma cuma kena tanggung kos khemah dan makan sahaja.


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!