FOLLOW ME


Wednesday, 17 October 2012

UMNO NIKMAT ALLAH NO.2 KEPADA MELAYU SELEPAS ISLAM.



Seperti yang dijanjikan sambungan dari kisah penulisan MNK Zikir UMNO sama tak dengan zikir PAS tempoh hari. Siapa Ulil Amri nie? Siapa Ulil Amri kita? Sudah pasti Ulil Amri Malaysia ialah Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia dalam soal-soal pentadbiran. Khalifah yang menjalankan hal tadbir urus negara Malaysia ini. Ditangan beliau keputusan eksekutif untuk menentukan nasib rakyat Malaysia, nasib umat Islam di Malaysia. Beliau lah yang diangkat oleh Allah melalui untuk menjadi Ulil Amri di Malaysia ini melalui proses atau penyebab(syariat) pilihanraya dan pemilihan parti UMNO itu sendiri untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri.
 
Bukan sekelip mata beliau diangkat menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO oleh Allah tetapi dengan tempoh yang agak panjang bermula dengan menjadi Ahli Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Exco, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya Perdana Menteri. Apakah pernah kita terfikir itu adalah suratan dan dah tertulis di Loh Mahfuz bahawa inilah perjalanan beliau yang sudah pasti terikat dengan Qada' dan Qadar Allah. Bukan kah ini rezeki yang telah Allah tetapkan untuk insan atau hambanya bernama Mohammad Najib bin  Abdul Razak atau kita kenali sebagai Dato' Seri Najib Tun Razak. Ibarat persiapan dalam perjalanan untuk menjadi Ulil Amri Malaysia yang mana perjalanan itu telah dirancang oleh Allah S.W.T. Sudah pasti perancangan Allah akan mengatasi perancangan Dato' Seri Najib. Betapa hebat perancangan atau percaturan Dato' Seri Najib dalam politik tanahair ianya tidak akan dapat mengatasi perancangan Allah untuk diri beliau.


Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Ulil Amri Negara Malaysia maka wajib bagi setiap umat Islam di Malaysia ini mentaati Ulil Amri Malaysia. Hatta kita suka atau tidak, hatta Ulil Amri ini baik atau tidak selagi mana beliau tidak memerintahkan kita untuk melakukan maksiat. Bersesuaian dengan ayat Al-Quran :-

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu  kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Kemudian mungkin mereka akan bertanya siapakah Ulil Amri ini. Siapa yang dimaksudkan dalam Ayat Quran ini sebagai Ulil Amri? Nah lihat pula pengukuhan siapa dia Ulil Amri yang dimaksudkan dengan sepotong hadith atau penjelasan oleh Rasullullah berhubung dengan Ulil Amri yang dimaksudkan seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."  Riwayat Bukhari


Disebut taat kepada pemerintah, siapa pemerintah di Malaysia ini kalau bukan Parti UMNO yang menjadi tonggak kepada Barisan Nasional, siapa pula Pengerusi Barisan Nasional parti pemerintah negara Malaysia? Siapa pula Presiden UMNO Tongak Barisan Nasional? Siapa kalau bukan insan yang bernama Mohammad Najib bin Abdul Razak atau lebih kita kenali sebagai Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Jadi jelas terjadinya UMNO sebagai Parti yang menolak Malayan Union atau penjajahan kafir keatas Tanah Melayu, Memerdekakan seluruh Umat Islam dan negara Islam dari penjajahan pihak Kafir, Bersatunya kesemua Melayu Islam dari negeri-negeri di bawah UMNO membentuk kerajaan Melayu Islam pertama di Malaysia mengikut pilihanraya dan memerintah negara Malaysia selama 55 tahun lamanya sudah pasti adalah terikat dengan Qada' dan Qadar oleh Allah. Sudah pasti ini perancangan Allah untuk bumi bertuah ini melalui syariat kepada hamba-hambanya melalui UMNO dan pemimpinnya. Turunnya rezeki Allah yang melimpah ruah kepada bumi Malaysia ini melalui pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah memakmurkan Malaysia ini hingga di kenali dan dihormati serta diiktiraf oleh negara-negara lain baik negara Islam atau bukan adalah sudah pasti kerana Allah redha dengan pemimpin UMNO dan Parti UMNO di Malaysia ini. Melalui UMNO dan Ulil Amrinya lah Hablul Min Naas di imarahkan di bumi Malaysia ini dengan perlbagai kemajuan dan pembangunan yang di lakukan oleh kerajaan UMNO untuk mengimarahkan tanggung-jawab sebagai khalifah di muka bumi  mengembangkan serta melaksanakan ibadah Hablul min Naas, Fardu Kifayah itu. Siapa yang bina Sekolah, siapa yang bina jalan untuk kesekolah, siapa yang bina dan beri peralatan untuk air dan api disalurkan ke pelusuk kampung, siapa yang bina surau dan masjid, siapa yang bina dan menyediakan hospital dan tenaga doktor dan lain lain bidang profesional yang mencipta dasar untuk menghantar anak-anak Melayu Islam belajar ke luar negara? Siapa yang buat segalanya untuk Malaysia selama 55 tahun ini?


Ingatlah pesan Allah :-

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” Ibrahim:7.

Para ulama mendefinisikan Syukur sebagai ungkapan aplikatif dengan menggunakan segala apa yang dianugrahkan Allah swt sesuai dengan tujuan penciptaan anugrah itu. Karena itu syukur terbagai pada tiga bagian; syukur i’tiqodi (bersyukur dalam bentuk keyakinan), syukur qauli (bersyukur dalam bentuk ucapan) dan syukur ‘amali (bersyukur dalam bentuk perbuatan dan prilaku). Jadi untuk mensyukuri suatu nikmat secara sempurna, seseorang harus mengetahui terlebih dahulu untuk apa nikmat tersebut diciptakan dan dianugrahkan Allah swt. Misalnya, untuk apa mata, telinga, akal dan alam ini diciptakan Allah swt. Jika telah ditemukan jawabannya, maka gunakanlah nikmat itu sesuai dengan tujuan dimaksud.

Persoalannya untuk apa Allah jadikan UMNO sebagai parti yang pertama diwujudkan di muka bumi ini di Malaysia ini? Untuk Apa Allah jadikan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu Islam menentang penjajahan dan Malayan Union di muka bumi Malaysia ini? Apakah ini bukan nikmat Allah kepada bangsa Melayu Islam? Apakah kita orang Melayu sudah lupa untuk mensyukuri nikmat Allah? Apakah sekarang ini kita sudah mula asyik bertanya kepada diri kita apa yang kita tiada dan bukan apa yang telah kita nikmati dan ada selama ini? Apakah kita sengaja ingin menjadi umat yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah no.2 kepada bangsa Melayu selain nikmat Allah no.1 iaitu Islam?


Wahai bangsaku khusus Melayu Islam Gombak ayuh janganlah kita lalai dan kufur nikmat Allah dan wajib kita syukuri nikmat Allah kepada kita dengan sempurna. Syukur i’tiqodi (bersyukur dalam bentuk keyakinan), syukur qauli (bersyukur dalam bentuk ucapan) dan syukur ‘amali (bersyukur dalam bentuk perbuatan dan prilaku). Kalau tidak dapat ketiga-tiganya kita syukuri Amali dan laksana tanggung-jawab kita sewaktu PRU nanti.

Gombak!!! Gempur!!!






WAJIB BACA!!!