FOLLOW ME


Sunday, 7 October 2012

KABINET BAYANGAN PEMBANGKANG UNTUK RAKYAT ATAU UNTUK JAGA HATI PAKATAN RAKYAT???



Semenjak dua menjak ini kecoh dengan pengistiharan kabinet bayangan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di media masa dan di laman media social di Malaysia ini. Belum pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di tanahair ini hatta Barisan Nasional pun tidak pernah mengeluarkan atau mengistiharkan Bakal-bakal Jemaah Menteri kabinetnya sebelum selesai PRU dan hanya Pengerusi Barisan Nasional jer yang tahu hingga saat-saat akhir pengumuman Jemaah Menteri akan dibuat. Tetapi berbeza dengan Insan yang digelar oleh mereka yang tidak berapa cerdik sebagai Anugerah Tuhan ini atau yang sanggap yang mengelar beliau Imam Mahdi telah sekali melakukan kejutan demi meraih simpati dan sokongan rakyat disaat Bahteranya dah nak karam dengan mengumumkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat.
 



Melenting lah Parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PAS kerana lazimnya siapa yang patut mewakili parti masing-masing untuk menjadi menteri di peringkat pusat akan dinamakan dan dicadangkan oleh Presiden Parti masing-masing. Mana Lim Kit Siang dan Nik Aziz tak melenting sebab ikut suka Anwar jer nak petik wakil dari parti mereka dan lantik jadi menteri. Apakah begitu hebat Anwar ini hingga Presiden Parti PAS dan DAP tidak berani membantah sekiranya Anwar kehendakkan sesiapa sahaja ahli parlimen dari parti mereka untuk dilantik jadi Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tanpa merujuk atau mendapat "blessing" dari mereka?


Namun begitu kalau kita lihat kabinet bayangan Pakatan rakyat ini tidak terlihat ketokohan menteri-menteri yang hendak dilantik ini. Apakah begitu hebat si Rafizi misalnya itupun kalau betullah beliau akan dilantik sebagai Menteri Kewangan II sebab banyak sangat versi Kabinet Bayangan dan berubah-rubah pulak tu tak tahu mana yang betul?

Tapi kalau Si Rafizi ini lah nak jadi Menteri Kewangan alamat lingkup lah. Apa kehebatan Rafizi ini kalau nak dibandingkan dengan Tan Sri Zety Gabenor Bank Negara misalnya. Kalau dibandingkan lah dengan pencapaian di peringkat antarabangsa si Rafizi dan Tan Sri Zety ini macam langit dan bumi. Tapi apa nak kisah Anwar dulu pun lulusan pengajian Melayu jer pun jadi Menteri kewangan dan hampir jahanam ekonomi negara dan bankrap negara sewaktu kegawatan ekonomi 1997 kalau ikut cakap Anwar yang menjawat menteri kewangan ketika itu ketika beliau masih bersama UMNO dan Barisan Nasional. Sudah pasti kalau tiada insan bernama Tun Dr. Mahathir Mohamed Malaysia sudah jadi kepunyaan Soros sahabat baik Anwar Ibarhim. Jadi kalau dia lantik budak mentah Rafizi ini sudah pasti senang dia mengarah dan sudah pasti Rafizi akan tunduk dan ikut cakap boss dia yang telah memberi kepercayaan menjadi Menteri Kewangan Malaysia.


Tapi cuba anda perhatikan betul-betul apakah mereka ini benar-benar mampu dan layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia. Apakah kehebatan mereka dah laku  selaku Ahli Parlimen sekarang ini dalam memperjuangkan nasib rakyat di kawasan masing-masing.

Walaupun bertukar-tukar dari 2008 hingga terkini kabinet bayangan Pakatan Rakyat ini tetapi yang tetap tidak berubah anak Anwar si Nurul Izzah yang masih mentah dan lemah akal tetap mendapat tempat dalam apa jua senarai kabinet bayangan bapak dia ini dan sudah pasti menjadi Menteri. Mungkin lepas ini kalau Anwar dan innalillah nak lepas tahta kepada Nurul Izzah kot sebab itu baru setahun jagung minah ini dalam politik dan baru penggal pertama menjadi Ahli Parlimen beliau telah diberikan post menteri oleh bapak dia walhal masih ramai pemimpin pembangkang baik dari PAS dan DAP hatta PKR sendiri yang lebih layak dan lebih berhak dilantik jadi Menteri kalau lah Pakatan Rakyat Menang PRU 13. Nauzubillah.


Begitu juga si Azmin Ali  misalnya Ahli Parlimen Gombak. tetap akan mendapat tempat jadi Menteri. Jangan kan Parlimen Gombak dia tak jaga dan langsung tak ambil tahu nasib rakyat-rakyat Gombak yang mana telah memberi beliau undi hingga terpilih dan menang PRU12 dan menjadi Ahli Parlimen mewakili rakyat Gombak. Keluarga beliau pun dia tak jaga inikan pula nak jadi Menteri jaga rakyat satu Malaysia dibawah kementerian pula. Tetapi sebab rahsia-rahsia besar Anwar dan sikap serta maklumat tentang peribadi Anwar dan  segalanya diketahui oleh Azmin Ali maka Azmin Ali pasti akan dijaga dan di belai oleh Anwar.

Jadi apakah ini kabinet bayangan demi kepentingan Rakyat untuk mensejahterakan rakyat atau demi kepentingan Anwar dan mensejahterakan Anwar?

Note: MNK tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan secara matang dan hati yang lapang serta akal yang terbuka. Lihat lah dengan mata hati. Kalau susah buat penyokong PAS buat sembahyang Istiharah letak satu senarai kabinet Menteri Barisan Nasional yang ada sekarang dan satu lagi Senarai Kabinet Bayangan insan bernama Anwar Ibrahim ini.....InsyaAllah ia akan memikah kepada UMNO dan Barisan Nasional...tak caya gi buat...

Sekurang-kurangnya Kabinet Menteri Barisan Nasional Kedua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri orang Melayu orang Islam kalau dibandingkan dengan Kabinet Pakatan Rakyat Perdana Menteri Melayu-Islam tetapi Timbalan Perdana Menteri Cina-Kafir. Kalau PM gi luar negara segala urusan dalam negara jatuh atas kuasa TPM kan agak-agak apa si Ca ya nun Alif nie buat bila jadi Pemangku Perdana Menteri? Jahanam!!!

Gombak!!! Gempur!!!






WAJIB BACA!!!