FOLLOW ME


Tuesday, 16 October 2012

VIDEO: ZIKIR UMNO SAMA TAK DENGAN ZIKIR PAS?


Lihatlah sendiri betapa kusyuknya umat Islam berzikir memuji kebesaran Allah di Surau ini yang mana kalau dilihat perkara ini bukanlah satu perkara yang asing atau ganjil bagi umat Islam di mana-mana surau atau Masjid di negara kita ini di Malaysia. Malah zikir ini jugalah kebiasaan kita dengar di Masjid-masjid di seluruh dunia. Kelazimannya zikir ini akan dibaca selepas solat ataupun ketika bertahlil untuk mengikat dan menguatkan hati serta iman kita kepada Allah dengan melafazkan perjanjian yang setiap umat islam lafazkan sewaktu syahadah.

Jadi apa istimewa video dibawah ini? Untuk pengetahuan semua MNK berkesempatan turut serta dalam majlis ilmu ini yang telah diadakan disebuah surau yang mana semuanya mereka yang hadir didalam majlis ini adalah terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Cawangan UMNO. Program ini yang bermula dengan solat maghrib, tazkirah, solat Isyak dan disudahi dengan solat hajat adalah satu program anjuran UMNO. Kalau dilihat orang UMNO pun bersembahyang, orang UMNO pun berzikir orang UMNO pun masih mendirikan syariat Hablul min Allah.

Apa yang MNK nak kongsi ialah Tazkirah yang disampaikan. Ustaz bertanya kepada jemaah yang hadir. Kenapa Iblis itu Kafir?... jawapan mudah yang bermain dalam kepala MNK ialah kerana tentu lah sebab Iblis tidak sujud kepada Nabi Adam. Apabila Allah jadikan Nabi Adam untuk menjadi Khalifah di muka bumi dan disuruh para malaikat sujud kepada Nabi Adam. Iblis Engkar perintah Allah dan enggan sujud kepada Adam. Tetapi Ustaz ini mengupas lebih mendalam lagi. Katanya Iblis itu kafir sebab dia tidak taat dan patuh itu betul. Tetapi kenapa dia tidak taat dan patuh seperti malaikat yang dicipta dari cahaya mengapa Iblis yang asalnya juga malaikat yang dicipta dari Api yang mana ianya juga paling kuat beribadah dan menjaga Hablul min Allah berbanding dengan malaikat lain yang engkar? Kata ustaz yang memberi ceramah itu sebab dia rasa dia hebat, dia rasa dia lagi baik dari Nabi Adam yang akan hanya membawa kerosakkan di muka bumi. Dia rasa dia lebih alim dan lebih kuat ibadah kalau nak dibandingkan dengan Nabi Adam. Dia lagi mulia kerana dicipta dari Api kalau nak dibandingkan dengan Nabi Adam yang dicipta dari Tanah. Dia persoalkan segala-gala perbandingan yang dibuat tentang dirinya dengan Nabi Adam.

MNK terfikir dimuka bumi ini adakah kita mewarisi sifat iblis ini yang enggan taat dan patuh dan suka membandingkan diri kita dengan manusia lain dalam hal-hal Hablul min Allah ini? Siapa dok la ni kata depa lebih Alim, Depa lebih Islam depa lebih baik, depa la segala kebaikkan dok kat depa dan segala keburukkan segala kejahatan segala kemaksiatan duduk kat orang lain takde bezanya dengan sifat iblis tadi dan maknanya mewarisi sifat iblis tadi?

Ustaz tersebut  juga membacakan sepotong ayat Quran

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu  kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Kemudian dibaca pula sepotong Hadith

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."  Riwayat Bukhari

Maknanya kata usztaz  Kita disuruh taat bukan kerana Ulil Amri itu baik dan tidak melakukan maksiat baru kita nak taat kepada Ulil Amri. Tetapi selagi mana dia tidak menyuruh kita berjudi, tidak menyuruh kita minum arak. Selagi dia tidak menyuruh kita berbuat maksiat hatta dia sendiri melakukan maksiat kita sebagai rakyat wajib taat kepada Ulil Amri. Lihat hadis tersebut. Selagi tiada perintah semua umat Islam di Malaysia ini harus minum arak  selagi tiada perintah seumpama kita wajib taat kepada Ulil Amri.

Siapa Ulil Amri kita ini? Siapa pemerintah di Malaysia ini? Siapa ketua Pemerintah Kerajaan Malaysia ini? Banyak persoalannya lagi nanti-nanti MNK sambung lah lagi. Cukup lah dulu buat masa ini kita fikirkan lah apa yang MNK luahkan ini. Pesan buat diri MNK dan seluruh umat Islam amnya....Jangan kita ikut sifat Iblis yang dok fikir dia jer yang paling baik sokmo. Dio paling hebat paling layak jadi Khalifah di bumi dan bukan Nabi Adam. Kalau konteks manusia ini jangan lah kita rasa kita lebih hebat sembahyang dari si anu atau si polan, kita lebih hebat puasa dari pagi sampai ke subuh agaknya dari orang lain, semua tak alim tak se islam macam kita kerana itu hanya Allah yang tahu dan kalau kita mula dah rasa sebegitu, itu tanda-tandanya sifat Iblis itu tadi kitalah yang mewarisinya. Jangan lah kita ingat PAS lebih Islam dari UMNO atau sebaliknya. Wallahuwallam....




MNK Note: Ya Allah golonglah aku daripada golongan yang taat dan patuh pada Allah, Rasul ku dan Ulil Amri ku dan bukan mereka yang mewarisi sifat Iblis yang engkar ya Allah. Kalau ada sebelum ini MNK engkar pada Ulil Amri MNK, MNK mohon maaf dan ampun pada Ulil Amri MNK dan Ya Allah Kau Ampunkan lah dosaku ya Allah sekiranya aku engkar pada Ulil Amri ku. Amin.

WAJIB BACA!!!