FOLLOW ME


Tuesday 23 October 2012

MB SELANGOR KHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU SELANGOR?


Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin minggu lalu mendedahkan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Yayasan Selangor menyerahkan tanah seluas 18.51 ekar di Klang kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Berdasarkan surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dimuatnaik dalam blog berkenaan, Elizabeth telah memohon kepada Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan tanah tersebut kepada Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor untuk cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Agama dan Kesenian.

Khalid secara ringkas mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki untuk menyerahkan tanah berkenaan.

‘Sdr. Ilham, sudah dibincang di lembaga, sila uruskan’,” memetik blog Malaysia-Today. Baca Selanjutnya....

Note MNK: TQ Bro Jinggo...

Orang kampung seluruh Negeri Selangor khususnya Kampung Tradisi di Gombak tiada pula diberikan geran atau hak milik tanah oleh kerajaan negeri kepada mereka yang bertaraf tanah T.O.L di kampung-kampung ini.  Tahu-tahu Khalid Gagap ini pakat bagi kat Cina sewenang-wenangnya tanah-tanah di dalam Selangor ini. Habis lah tanah-tanah di negeri Selangor ini kalau Pakatan Haram tak bagi depa jual. Jom kita pakat tolak Pakatan Haram di Selangor ini pada PRU13.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!