FOLLOW ME


Wednesday 17 October 2012

VIDEO: ANWAR BAKAL BERTANDING PARLIMEN GOMBAK PRU 13?


Terkejut jugak MNK dengar khabar berita ini ada ura-ura Anwar Ibrahim bakal bertanding di Parlimen Gombak pada PRU13 nanti. Yang khabarkan bukan calang-calang orang Penyelaras BN Parlimen Gombak sendiri iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain di suatu majlis perjumpaan bersama Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia di salah satu Program Jelajah PDM oleh  Datuk Hj. Said Anuar di  dalam DUN Gombak Setia. Dari sumber mana beliau dapat MNK tak pasti tapi sudah pasti beliau ini mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Persoalannya kenapa kerusi PKR yang kepunyaan Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Gombak yang merupakan Timbalan Presiden parti PKR terpaksa melepaskan kerusi beliau dan terpaksa mintak bossnya sendiri bertanding di kerusi beliau dan beliau pula lari ke tempat yang mana tembelang beliau tidak diketahui rakyat. Kenapa Azmin Ali takut untuk bertanding di Gombak ini kalau benar khabar berita ini? Jawapannya mudah sahaja... selama 4 tahun selaku Ahli Parlimen Gombak tiada apa yang Azmin lakukan kepada rakyat Gombak ini. Walaupun Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor di bawah kuasa mereka. Ahli-ahli Majlis di Majlis Perbandaran orang-orang mereka tetapi tiada apa penambaikkan malah bertambah teruk adalah.

Azmin tidak yakin  boleh menang di Gombak ini kerana beliau tahu kalau nak dibandingkan diri beliau dan Penyelaras BN Parlimen Gombak atau Penyelaras BN di DUN DUN didalam Gombak punya gerak kerja dan turun padang memang jauh bertiang-tiang Azmin Ali ketinggalan. Beliau tahu rakyat Gombak dah marah dan menyampah dengan beliau yang hanya pandai bercakap dan menipu di pentas ceramah sahaja. Hasilnya tiada. Jadi takan lah nak kelentong lagi rakyat Gombak ini pada PRU 13 nanti sudah tentu tak laku nanti. Jadi terpaksa lah panggil big gun yang tak berapa big tu Si Anwar Ibrahim untuk bertanding di Gombak ini.


 Namun begitu kalau benarlah apa yang dikhabarkan ini oleh Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Megat Zulkarnain di majlis ini UMNO Gombak bersama jenteranya tidak gentar. Pasti kita akan tentang habis-habisan. Jentera PRU UMNO Gombak akan berkerja dan bergerak se ia sekata dalam memastikan kemenangan calon-calon BN di Gombak ini. Kami tidak mahu anak-anak kami rosak dengan budaya LGBT Anwar. Kami tidak mahu anak-anak kami merempat di bumi sendiri. Kami tidak mahu anak-anak kami tidak mendapat pembelaan dari pemimpin kami. Dan yang paling utama sekali kami nak anak-anak kami kekal dalam agama nenek moyang kami iaitu Islam. 

Gombak!!!Gempur!!! 

Note MNK: Kalau Anwar jadi Ahli Parlimen Gombak lagi mundur dan ketinggalan la Gombak ini jawabnya. Anwar bukan anak Gombak dan tiada rasa kasih dan sayang kat Gombak ini. Setakat nak guna rakyat Gombak nak kejar jawatan untuk kepentingan sendiri baik tak payah...gi main jauh-jauh.

WAJIB BACA!!!