FOLLOW ME


Sunday, 30 September 2012

BAJET 2013 SIAPA YANG TAHU?


2-3 Hari ini sibuk di serata ceruk di bandar dan di kampung, di kedai-kedai kopi dan di warung-warung orang memperkatakan hal berhubung dengan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak tempohari. Ramai yang terpaku di depan kaca tv menonton siaran langsung pembentangan Bajet 2013 oleh YAB PM kita dan tidak kurang pula yang tonton di PC di pejabat atau di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan Wifi.
 
Namun begitu masih ramai yang tidak sempat atau tidak dapat mengikuti pembentangan tersebut dan terpaksa mendapatkan salinan atau download teks ucapan tersebut dari laman-laman kerajaan seperti Perbendaharaan Malaysia dan lain-lainnya seperti contoh :  Untuk downlaod teks ucapan Bajet 2013 YAB PM sila Klik Sini


Persoalannya bagaimana pula mereka yang tidak berinternet dan tidak mempunyai kemudahan internet seperti mereka di kampung-kampung dan perdalaman? Jadi disini MNK rasa sudah tiba masanya media-media perdana selain dari suratkhabar iaitu Radio dan Television memainkan peranan secara menyeluruh untuk menyampaikan maklumat berhubung Bajet 2013 ini kepada orang ramai. Misal kata mengambil satu-satu keypoint dalam ucapan Bajet 2013 YAB PM tempoh hari dan menjadikan nya tagline dalam siaran-siaran radio dan TV seperti contoh berikut harus lah di mainkan atau di keudarakan berulang-ulang kali agar maklumat ini lekat dan sebati dan dapat sampai kepada rakyat seluruhnya.

Penjaja Kecil dan Perniagaan secara Tradisional dengan struktur perniagaan kecil

Bagi 1.5 juta penjaja kecil seluruh negara Kerajaan mencadangkan dan akan menampung kos insurans berkelompok bernilai 16 juta ringgit setahun memberikan had perlindungan maksimum sehingga RM 5,000 ringgit sebagai tanda perihatin kerajaan sekiranya berlaku kemudaratan diri, hilang upaya serta kematian.


Penggunaan Mediamasa kerajaan ini harus dimaksimakan untuk mewar-warkan Bajet 2013 ini yang mana ianya seperti kata YAB PM dari rakyat untuk rakyat dan demi kesinambungan kesejahteraan rakyat. Pada pandangan MNK proses mengwar-warkan informasi berhubungan Bajet 2013 ini harus dimainkan berterusan 1-2 bulan di semua radio dan television dan sebagai selingan dengan seperti segmen iklan atau segmen khas lepas berita misalnya seperti segmen  Tahukah anda? Dan terus paparkan VT singkat berhubung tajuk bajet yang ingin disampaikan dan  sedikit penjelasan berhubung tajuk Bajet 2013 yang ingin disampaikan tersebut.


Disamping itu segmen khas bagi membicarakan sesuatu tajuk yang dibincangkan atau telah dibentangkan dalam Bajet 2013 ini juga harus diperbanyakkan dan cuba pula disamping menjemput tokoh-tokoh ekonomi dan tokoh-tokoh politik kita  menjemput ahli-ahli panel diluarkalangan  ahli politik atau ahli ekonomi tapi lebih kepada rakyat biasa rakyat jelata seperti penjaja kecil, driver taxi dan juga golongan belia remaja yang mana mereka ini akan memberi pandangan serta luahan dari hati dan kaca mata rakyat berhubung dengan Bajet 2013 ini tanpa mempunyai sebarang kepentingan.

Kalau ini dapat dilaksanakan sudah pasti seluruh rakyat Malaysia baik yang muda atau yang tua akan lebih mudah mendapat maklumat berhubung dengan Bajet 2013 dan dapat memahami dan menyelami ideologi dan jiwa perjuangan kerajaan Barisan Nasional dalam melaksanakan Bajet 2013 ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.


Gombak!!! Gempur!!!




WAJIB BACA!!!