FOLLOW ME


Monday, 20 June 2011

ADAKAH INI AZMIN ALI (AHLI PARLIMEN GOMBAK) DAN ANWAR SAMPAI KETEPI AGAMA KERANA TURUTKAN DAP????



Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". - Surah Al-Kafirun

Saya berkesempatan melihat satu visual sewaktu Program Retreat Pemuda UMNO Bahagian Gombak 2011 tempoh hari di Cameron Highland. Dalam banyak klip tayangan visual tersebut yang membuka pekung kepincangan pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga tindak tanduk pemimpin pembangkang yang sanggup melakukan dan mengatakan apa sahaja demi undi dan kuasa. Namun satu klip amat membuat saya begitu sedih dan sesal bercampur marah terhadap pemimpin utama parti PKR.

Didalam klip tersebut pemimpin ini telah melakukan upacara sembah tunduk sebanyak tiga kali kepada gambar si mati yang berbangsa Cina ini. Beliau berbaris dibarisan hadapan bersama beberapa pemimpin tertinggi parti DAP di upacara pengkebumian si mati dan telah melakukan sembah tunduk terhadap simati. Apakah ini dibenarkan oleh Islam walaupun sekadar menghormati majlis? Apa jadi pada akidah kita kerana mengia dan membenarkan upacara keagamaan agama lain selain Islam? Adakah pemimpin begini yang kita mahukan di Gombak ini?

Kalau diperhatikan pada gambar diatas ada seorang tidak tunduk ketika upacara itu di lakukan? Kenapa?

Tidak perlu bertanya pada ulama atau berdolak-dalih dengan berbagai nas dan dalil, saya dari kecil dulu pun sudah diajar oleh ustaz saya ketika itu. Katanya apa apa perkara dalam agama yang menyerupai amalan agama lain adalah haram.  Contoh pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) kerana ini merupakan salah satu upacara keagamaan kaum nasrani dan ahli fasiq maka peralatan muzik ini diharamkan dalam Islam. Imam Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq.

Penyalaan lilin dalam mengingati si mati atau tanda hormat pada si mati pada hemah saya yang kurang ilmu agama ini adalah haram kerana menyerupai upacara keagamaan agama lain selain Islam. Ianya diterjemahkan kepada kita menyokong, menyetujui dan percaya kepada upacara agama tersebut yang mana ianya bukan upacara agama Islam.  Saya juga ada terlihat satu lagi visual  seorang pemimpin pembangkang yang mana konsep partinya memperjuangkan Islam melakukan penyembahan serupa dengan memegang colok. 

Kalau ikutkan sejarah nyalaan lilin adalah amalan agama Yahudi iaitu upacara penyalaan lilin Hanukah Menorah juga dipanggil Hanukkiah adalah  upacara utama dalam perayaan Yahudi dipanggil Hanukah.  Lilin Hanukah dinyalahkan untuk mengingati atau meraikan keajaiban kemenangan Maccabees’ dan keajaiban minyak yang bernyala selama 8 hari didalam kuil. Oleh sebab itu didalam Islam dalam apa upacara perayaan atau ibadah tidak ada melibatkan penyalaan lilin. Jangan lah pula pemimpin PAS  dan pemimpin PKR beragama Islam sanggup mengenepikan hukum dan agama hanya kerana ingin menjaga ikatan politik dalam Pakatan Rakyat dan semata-mata demi mendapat undi bangsa lain.

Mereka harus ingat bahawa ada dikalangan mereka merupakan idola bagi generasi muda dan apa saja tindakan mereka di anggap baik dan betul walaupun hakikatnya ia adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Saya bimbang sekiranya apa yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi pembangkang ini hanya kerana nak mendapat undi bangsa lain di anggap betul dan disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS, apa bezanya sekira golongan muda masa kini yang turut meraikan hari Valentine dengan menghadiahkan bunga kepada kekasih dan bercumbu atau  mesra seperti kebiasaan dilakukan oleh agama lain.

Kita harus ingat Hari Valentine adalah hari mengingati Paderi Saint Valentine dan ia melibatkan kerohanian. Sedangkan Nabi-nabi didalam Islam pun kita tidak raikan inikan pula paderi. Dan jikalau kita menegur anak muda tadi dia akan cakap yang memperjuangkan Islam pun bersetuju dengan upacara dilakukan oleh pimpinan pembangkang tadi kenapa kami tidak boleh lakukan perkara yang sama? Menghormati upacara keagamaan lain?

Saya rasa perkara yang mana boleh menimbulkan syak dan salah tafsir harus tidak dilakukan dan saya rasa penganut agama lain tidak akan kecil hati kerana kita tetap hadir memberi penghormatan dan ini sudah cukup memadai tanpa perlu melakukan ritual keagamaan mereka.


Begitu juga dengan agama lain dalam upacara keagamaan orang Islam bila bacaan doa dilakukan oleh orang Islam dengan menadah tangan, orang-orang bukan Islam tidak mengangkat tangan membaca doa atau mengaminkan doa tesebut dan kita orang Islam tidak kecil hati atau berperasaan marah kerana kita paham mereka  bukan beragama Islam.  Hanya dengan senyap dan tunduk sudah cukup untuk memberi penghormatan dan sebagainya. walllahuawallam.

Gombak Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!