FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Thursday, 23 June 2011

PENGKIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA



 
Halal dan haram semua dipeluk
Harta tamak pangkat kemaruk
Budi rendah akal pun bengkok
Negara kacau rakyat beramuk

Menjadi pemimpin ianya haram
Menyalahi adat mengingkari Islam
Hati busuk fikiran kelam
Janji dikubur sumpah dipendam
Rakyat sengsara negara pun karam

Sebagai pemimpin ia jahanam
Akalnya  busuk hatinya kejam
Sifatnya buruk iri dan dendam
Berbuat maksiat siang dan malam

Menjadi pemimpin bagaikan gincu
Pemanis bibir sepintas lalu
Duduknya goyah tidak berkuku
Dipandang indah tetapi palsu

Aib tak ada muka pun tebal
Bercakap tidak berujung pangkal
Janji lupa sumpah tertinggal
Jadi pemimpin negara terjual

Nafsu besar suka mencabul
Berbuat maksiat akalnya timbul
Kepada kebajikan hatinya mantul
Hati busuk perangai tak betul.

Beriman di mulut, hatinya berlumut
Beriman di lidah, hati menyalah.
Lidah bercabang, langkah menyilang.
Cakap berlecoh, perangai tak senonoh.

Halal dan haram semua dicampur
Menipu mencuri ia mengatur
Rakyat sengsara maruah pun hancur
Harta binasa nama pun luntur.

Sebagai pemimpin ia fasik
Akal tak betul cakap munafik
Di dalam maksiat ia berbilik
Di dalam nista ianya asyik
Negara rosak rakyat terindik

Jadi pemimpin buruk perangai
Baunya busuk bagaikan bangkai
Halal diambil haram dipakai
Tubuh berulat akal merempai

Memimpin rakyat hanya dibibir
Sumpah lupa janji pun mungkir
Membujuk menipu mulutnya mahir
Rakyat dianggap dungu dan pandir

Akal berbelit fikiran pesong
Hidupnya hanya mengejar untung
Rakyat tergadai malang menuntung
Negara rosak lenganglah kampung

Jadi pemimpin terjual kampung
Jadi ketua umat menanggung
Dijadikan induk celakalah untung
Negara rosak rakyat pun binggung

Melihat harta ia menggila
Menipu orang ia biasa
Hidup semata menurutkan selera
Rakyat hidup dalam sengsara

Kaki menendang tangan menampar
Syarak dilanda adat dilanggar
Cakapnya bohong tak dapat didengar
Negara binasa rakyatnya lapar.


Ya Allah Kau jauhkan lah dan lindungi lah kami dan pemimpin2 kami dari sifat-sifat diatas dan Kau berilah kami hidayah, petunjuk dan bimbingan dalam kami mengalas tanggung-jawab memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara kami ini Ya Allah! Dan Kau berilah kami kekuatan melawan pengkianat-pengkianat Agama, Bangsa dan Negara in Ya Allah! Amin Ya Rabb!

WAJIB BACA!!!