FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Tuesday, 21 June 2011

RUKUN PERJUANGAN PAK LAH

Ramai kita telah lupa dengan perjuang - perjuang terdahulu didalam UMNO baik diperingkat bahagian atau pun nasional. Walhal mereka ini sepatutnya dijadikan idola, prinsip mereka dijadikan panduan, kata-kata meraka dijadikan pegangan. Wahai rakan seperjuangan amati dan hayati lah kata kata Tokoh pemimpin kita yang lepas, Tun Abdullah Badawi.

''Pesanan orang tua-tua, usah kami diberi nasi setelah dimakan habislah ia, usah kami diberi kain, sudah dipakai usanglah ia, berilah kata nasihat, kata pedoman menjadi panduan hidup sepanjang jalan.

''Maka dengan perjalanan hidup, untuk meninggalkan kata pesanan ini dinamakan Rukun Perjuangan,'' kata Pak Lah

-         Rukun perjuangan adalah mencapai matlamat sejagat, agama dimuliakan, negara didaulatkan, bangsa dimartabatkan dan ekonomi dimakmurkan.

-         Ia perlu berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, Perlembagaan negara, Rukun Negara, adab dan adat.

-         Berpandukan kepada iman dan takwa kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara dan keabdian kepada rakyat.

-         Ia perlu bersandarkan kepada prinsip-prinsip keikhlasan, kejujuran, keadilan dan integriti.

-         Menghormati hak sah semua rakyat dari segi memelihara kedudukan istimewa orang orang Melayu, Bumiputera dan menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

-         Memperjuangkan kehidupan dan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.

-         UMNO wujud bukan untuk memenuhi kepentingan diri tetapi sebagai wadah membolehkan ahli berkhidmat kepada bangsa dan negara.

-         Kembali kepada perjuangan asal, membebaskan warga dari belenggu kemiskinan.
-         Laksanakan keadilan kepada mereka yang lemah, memastikan kesaksamaan kepada semua dan menjamin kemakmuran rakyat jelata.

WAJIB BACA!!!