FOLLOW ME


Wednesday 15 June 2011

RETREAT PEMUDA GOMBAK 2011


RETREAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK 2011

Pada 10hb hingga 12hb Jun 2011 tempoh hari Biro Latihan Pemuda UMNO Gombak telah mengadakan program Retreat Pemuda UMNO Gombak 2011 bertempat di CoolPoint Hotel Cameron Highland. Matlamat Retreat ini adalah disamping merapatkan silahturrahim antara ketua-ketua pemuda cawangan di Bahagian Gombak ianya juga bertujuan untuk memperkemaskan Pasukan Pemuda UMNO Gombak bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi. Idea Retreat yang diilhamkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Tuan Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin ini telah direalisasikan oleh Biro Latihan Pemuda UMNO Gombak yang dipengerusikan oleh Saudara Saharuddin Muhammad Sharif @ Begar bersama Ajk-ajk biro.


Program Retreat ini dibuka hanya kepada ketua-ketua Pemuda Cawangan UMNO Bahagian Gombak. Namun ada diantara Ketua-ketua Pemuda yang tidak dapat hadir ke program Retreat ini dan telah dibenarkan untuk mewakilkan kepada Naib Ketua Pemuda Cawangan atau Setiausaha Pemuda Cawangan. Lebih kurang 110 Pemuda telah menghadirkan diri ke program ini dari sasaran yang di letakkan iaitu seramai 120 orang peserta. Walaupun Program ini bertindih dengan kunjungan Perdana Menteri ke Dun Hulu Kelang, namun memandangkan persiapan dan segala perancangan yang lebih awal telah dijalankan dan program ini pernah ditunda beberapa kali maka kali ini program ini diteruskan jua.

Program Retreat ini telah diuruskan dari mula hingga akhir oleh Ajk-ajk Biro Latihan Pemuda UMNO Gombak sendiri tanpa mengambil tenaga facilitator dari luar. Ini merupakan satu landasan dan bentuk latihan yang amat baik kepada Ajk-ajk biro dalam mendalami ilmu melaksanakan program/kursus seumpama ini yang mana biasanya kita sebagai peserta dan ianya dilaksanakan oleh tenaga-tenaga dari Agensi Kerajaan. Penglibatan dan kerjasama dari perserta kursus juga amat menggalakkan mungkin kerana diantara peserta dan facilitator (ajk biro) saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Walaupun program Retreat ini dijalankan dalam keadaan santai namun ianya amat memberikan impak yang berkesan kepada peserta mahupun fasilitator. Ketua-ketua pemuda diberi peluang meluahkan segala ketidak puasan hati, cadangan, pandangan serta teguran malah kritikan kepada sesiapa sahaja didalam institusi Pemuda UMNO Gombak bagi membaiki, memperkuatkan serta menjernihkan segala permasalahan sekiranya ada didalam Institusi Pemuda UMNO Gombak bagi kita menghadapi PRU ke-13. Hatta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak sendiri telah memberitahu kepada ajk-ajk biro kalau boleh biar peserta bangun dan berani menegur atau bersuara hatta kepada diri beliau sendiri dan Exco-exco Pemuda yang lain. Hanya dengan cara ini sahaja kita tahu samada diakar umbi Pemuda menyukai atau ada perasaan tidak puas hati dengan corak pentadbiran atau gerak kerja Pemuda UMNO Bahagian Gombak.

Satu kaji selidik juga telah dijalankan sewaktu Retreat ini dimana semua peserta telah dipecahkan kepada 6 kumpulan yang mana satu kumpulan terdiri dari lebih kurang 15 peserta. Peserta tadi telah bersama-sama meluahkan apa saja kelemahan dan kekuatan Pemuda UMNO Bahagian Gombak didalam laporan kaji selidik tersebut. Ini satu langkah dan usaha murni serta ikhlas kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dalam mengenal pasti kelemahan untuk diperbaiki. Syabas Pemuda UMNO Gombak!


Namun begitu segala hasil dan usaha yang dilaksanakan dalam mengadakan Program Retreat ini tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya setiap peserta yang hadir dan kepimpinan-kepimpinan Pemuda UMNO Gombak tidak merealisasikan serta mengabadikan dalam jiwa kita apa yang telah kita pelajari, insafi, sedari serta berikrar dan berjanji. Ibarat jawapan yang diberikan dalam satu jawapan kepada soalan dalam sessi soal jawab " Dimanakah terletaknya kekuatan Pemuda UMNO Gombak?" Jawapan Ketua Pemuda Bahagian Tuan Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin..."Ianya terletak pada setiap ahli Pemuda itu sendiri...kalau ahlinya kuat maka kuat lah Institusi Pemuda UMNO Gombak ini".


Tumbuh Melata Sipohon Tebu,
Pergi Ke Pasar Membeli Daging,
Banyak Harta tidak Berilmu,
Ibarat Rumah Tidak Berdinding.

Gombak!!! Gempur!!!.....

WAJIB BACA!!!