FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Thursday, 16 June 2011

AMANAT MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN - 2010


Saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Gombak yang ke-16 pada tahun lepas yang mana buat julung-julung kalinya perasmian serentak ketiga-tiga sayap diadakan oleh Sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak. Namun apa yang lebih menarik adalah amanat yang telah diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak didalam ucapan beliau sewaktu majlis perasmian tersebut. Masih terngiang-ngiang di telinga bait-bait amanat beliau itu. Disini saya sertakan amanat tersebut untuk dikongsi bersama kepada anak-anak muda khususnya anak-anak muda Gombak.
 
Marilah kita menghayati dan memahami sebaik-baiknya bait-bait amanat itu dan jadikanlah ia pakaian diri. InsyaAllah pasti kita menjadi anak muda Gombak yang berwibawa, bermaruah serta berjaya....Gombak!!! Gempur!!!

Wahai adinda-adindaku

Apa tanda Melayu beradat
Pantang duduk meninggalkan muafakat
Pantang tegak membuang sepakat
Pantang berjalan tidak seniat
Pantang berkayuh tidak sebuat
Pantang memakai tidak seadat

Wahai adinda dengarlah amanat
Jangan sekali meninggalkan muafakat
Elok berunding sebelum berbuat
Supaya kerjamu jadi selamat

Wahai adinda dengarlah wasiat
Duduklah engkau dalam muafakat
Supaya Ringan beban yang berat
Sebarang Kerja mendapat berkat

Wahai adinda kekasih ibu
Duduk musyawarah janganlah jemu
Didalamnya banyak terkandung ilmu
Disanalah tempat engkau berguru

Wahai adinda intan terpilih
Tulus dan ikhlas jangan dialih
Berkorban jangan memilih kasih
Semoga menjadi amalan soleh

Apalah tanda batang durian
Buahnya berduri sedap dimakan
Apalah tanda orang budiman
Ke tengah Ke tepi rela berkorban

Wahai adinda kanda beramanat
Bekerjalah engkau selagi sempat
Jangan menunggu berlambat-lambat
Supaya bangsamu hidup selamat


Wahai adinda dengarlah nasihat
Beranikan diri kuatkan semangat
Peganglah petua serta amanat
Supaya selamat dunia akhirat

Wahai adinda pukulkan niat
Kepada kebaikan engkau berhajat
Mana yang salah hendaklah kerat
Beranikan hati melawan yang jahat

Banyak kuini perkara kuini
Kuini berbau tandanya masak
Banyak berani perkara berani
Berani Melayu pantang diinjak


Kalau hendak Mengekalkan Melayu
Tunjuk dan ajar hendaklah tahu

Supaya Melayu kukuh dan besar
Tunjuk dan ajar jadikan pagar

Supaya Melayu tetap terbilang
Petua amanah jadikan tiang

Supaya Melayu tetap terpuji
Tunjuk dan ajar pemayung diri

Supaya Melayu tak hilang muka
Tunjuk ajar wajib dijaga

Supaya Melayu tak jadi hamba
Tunjuk dan ajar wajib ditimba

Supaya Melayu tak jadi sampah
Jangan tinggalkan petua amanah

Supaya Melayu tak jadi bangkai
Petua amanat wajib dipakai

WAJIB BACA!!!