FOLLOW ME


Saturday, 18 June 2011

SILAT MEMBINA KEJATIAN DIRI ANAK MELAYU



         Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Ketua Pemuda UMNO Gombak melakukan demo silat bersama anak muridnya.


                                       
" Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati,
ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya,
ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya. "

Semalam saya menghadiri satu program Malam Kesenian Silat Melayu anjuran PDM Pinggiran Batu Caves yang mana program tersebut berjaya menghimpunkan 9 perguruan silat di sekitar dearah Gombak ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN Parlimen Gombak. Tn. Hj. Megat Zulkarnain juga turut sudi memperlihatkan ketangkasan beliau bersilat diakhir program bersama anak murid beliau. Hebat Ketua Pemuda UMNO Gombak ini bersilat.  

Namun yang menarik hati saya adalah ada dikalangan peserta yang menyertai demonstrasi silat tersebut merupakan kanak-kanak seawal umur 8 tahun yang mana beliau telah pun mula mempelajari seni mempertahankan diri silat ini seawal umur 4 tahun dari ayahandanya yang merupakan seorang guru silat. Melihat ketangkasan anak kecil ini bersilat membuat saya terfikir bahawa bagaimana anak sekecil ini begitu tangkas bersilat dan bagaimana beliau begitu mahir membuka bunga silat tanpa ada kecacatan dalam gerak tari silatnya itu. Sudah pasti ini hanya akan dapat dikecapi melalui latihan yang kerap dan juga displin yang cukup tinggi. Sedang ramai anak-anak zaman sekarang ini leka mengadap TV atau bermain computer game, anak ini tadi lebih gemar berlatih gerak tari silatnya. 

Silat merupakan salah satu budaya yang hanya ada pada orang Melayu. Silat dan Melayu itu tidak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama. Namun anak muda zaman sekarang agak kurang minat dengan Silat. Malah ada yang tidak pernah lihat silat dan tahu apa itu silat. Di sekolah-sekolah misalnya anak-anak melayu lebih kenal Teakwando dari Silat. Ramai diantara kita lebih gemar menghantar anak kita belajar teakwando dari menghantar mereka belajar silat. Mengapa kita lebih gemar anak kita belajar budaya bangsa lain dari mempelajari budaya bangsa kita sendiri? Kalau kita amati anak muda yang mengamalkan atau belajar silat ini kita dapat lihat jati diri yang cukup tinggi pada anak muda itu tadi. Ketertibannya, hormatnya serta peradaban anak muda tadi amat berbeza dari mereka yang tidak belajar silat. 

Sudah pasti kalau kita belajar silat ada pantang larangnya dan kita terikat dengan janji sumpah kita pada guru kita. Silat Melayu ini juga berlandaskan pada syarak dalam pengamalannya. Kita tidak boleh lari dari melakukan tuntutan agama sekiranya kita benar-benar beramal dan mempraktikkan ilmu silat ini. Seperti pesan ayah saya walau hebat mana pun ilmu kita dalam persilatan ini pokok utama ialah kita dilarang sama sekali menderhaka pada kedua orang tua kita terutama ibu kita. Jika tidak segala ilmu kita itu akan tidak menjadi. Ini secara tidak langsung akan menerapkan budaya mentaati kedua orang tua kita. Pesilat itu tadi sudah pasti akan cuba sedaya menjadi anak yang soleh untuk memastikan ilmu silat yang dipelajari sebati dan berkesan.

Melihat keberkesanan silat melatih anak muda menjadi seorang yang mempunyai jati diri kemelayuan yang cukup tinggi serta tahap displin dan peradaban yang hebat maka wajarlah silat ini dijadikan satu aktiviti yang patut dipraktikan oleh setiap anak melayu. Anak silat juga sudah pasti seorang yang taat dan amat menghormati guru, terutama guru silatnya sendiri.

Kita harus memikirkan bagaimana caranya  agar kalau boleh setiap kampung perlu adanya gelangang silat. Alangkah indahnya kalau setiap cawangan UMNO membuka gelanggang silat memberikan kelas silat kepada anak-anak muda kampung di cawangan tersebut. Mungkin pandangan ini agak tidak munasabah tapi kalau ianya dapat direalisasikan nescaya ianya akan mendatang lebih kebaikkan dari keburukkan jika ada. Sudah pasti akan lahir anak-anak muda yang tinggi jati diri kemelayuannya. Akan lahir anak muda yang tinggi imannya. Akan lahir anak muda yang taat kepada Raja dan pemimpinnya. Akan lahir anak muda yang setia pada Negara.

Memandangkan nilai-nilai ini hampir pupus atau telah mula terhakis dari jiwa anak melayu zaman sekarang adalah wajar kita memikirkan bagaimana caranya hendak kita tanam kembali kedalam jiwa anak-anak muda melayu nilai-nilai ini dan jawapannya mungkin ada pada silat. Sesuatu harus dilakukan agar silat ini tidak akan terus hilang dan seharusnya silat ini dekat pada jiwa setiap anak melayu.


Gombak Gempur!!!

WAJIB BACA!!!