FOLLOW ME


Wednesday, 22 June 2011

MAJORITI RAKYAT GOMBAK FAHAM TETAPI RAKYAT TEMPAT LAIN FAHAM KE???

Rakyat Gombak keluar beramai-ramai menyambut kunjungan
     Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak sewaktu "Walkabout"
YAB PM di Hulu Kelang pada tanggal 10hb Jun 2011

Tidak dinafikan ada beberapa tindakan atau dasar kerajaan yang baru digubal atau dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah memberi dan meletakkan bebanan kepada rakyat namun bebanan itu adalah merupakan bebanan jangka masa pendek yang mana kerajaan telah pun mengantikan alternative untuk meringankan bebanan jangka masa pendek rakyat itu tadi seperti dengan kenaikkan gaji dan imbuhan tahunan dan sebagainya.

Seperti re-subsidi program yang mana subsidi gula telah dikurangkan. Ianya merupakan bebanan jangka masa pendek bagi rakyat buat ketika ini namun kita harus lihat kenapa kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi gula ini?

Mungkin kita tidak sedar  yang mana majority pengunaan gula adalah syarikat syarikat besar dan kilang kilang besar seperti Nestle, Milo, FN dan sebagainya yang menggunakan hampir 80-90 peratus gula yang mana kerajaan turut menanggung subsidinya. Selebihnya digunakan oleh rakyat sebagai bahan asas harian yang jumlahnya tidak sampai dari 20 peratus jumlah keseluruhan penggunaan gula Negara. Jadi bila kerajaan menstrukturkan semula subsidi gula ini kerajaan telah berjaya menjimatkan dari terpaksa memberi subsidi gula kepada syarikat syarikat besar yang membeli gula itu tadi dengan quantiti yang begitu banyak untuk digunakan sebagai bahan mentah pemprosesan mereka. Bayangkan kilang coklat di Malaysia ini akan menggunakan berapa ribu tan gula sehari untuk mengeluarkan coklat-coklat mereka dalam sehari?

Maka dari penjimatan tadi kerajaan boleh menyalurkan kepada perancangan dan perbelanjaan lain yang mana akan menjana pertumbuhan ekonomi yang akhirnya akan dirasai dan dinikmati oleh rakyat juga dalam jangka masa panjang. Jadi ini yang  di maksudkan tadi bebanan jangka masa pendek yang terpaksa di tanggung oleh rakyat tetapi akan dinikmati keuntungan oleh rakyat juga pada jangka masa panjang. Namun ini semua mungkin tidak disalurkan penerangan yang jelas kepada rakyat atau mungkin tidak dipahami oleh rakyat tentang alasan dan penimbangan atau kajian yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum sesuatu tindakan itu diambil. Juga faktor manipulasi maklumat oleh setengah tengah pihak yang tidak bertanggung-jawab yang mana ianya mengelirukan rakyat lantas rakyat merasa begitu tertekan dan marah kepada kerajaan.

Jadi imej kerajaan yang memerintah harus diberikan satu perlindungan dan pengimejan yang sepatutnya agar rakyat dapat melihat “the fact and the reason on the government action” bukan kerajaan melaksanakan sesuatu dasar atau tindakan tanpa mengkaji implikasi dan bebanan rakyat untuk jangka sebulan atau jangka masa pendek tetapi kajiannya mengkaji pulangan atau implikasinya dalam jangka masa kadang-kadang mencapai sepuluh tahun.

Rakyat mungkin tidak dapat menggarap atau terfikir hingga sebegitu lama kerana mungkin tanpa mekanisma dan sumber yang betul menyebabkan rakyat agak sukar untuk memahaminya. Namun ini hakikat dan kebiasaanya bila dasar atau tindakan kerajaan dilaksanakan ianya akan dilaksanakan demi kebaikkan sejagat dan untuk memastikan ianya memberi pulangan, bukan keesokkan harinya atau minggu depan tetapi mungkin selepas 3-4 tahun atau lebih.

Mungkinkah kerajaan patut mengambil tindakan dengan mengwar-warkan atau memberi penjelasan terlebih dahulu kepada rakyat tentang sesuatu perkara apa "significant" nya atau atas alasan apa kerajaan merancang untuk melakukan sesuatu perubahan dasar sebelum dasar itu dimuktamadkan atau dilaksanakan dahulu. Sekurang-kurangnya kerajaan akan mendapat sedikit maklum balas dan feedback dari rakyat tentang apa perasaan atau pandangan rakyat. Cuba mendapat "buy-in" dari rakyat dahulu sebelum terus melaksanakan sesuatu perubahan dasar.

Namun Tahniah kepada Rakyat Gombak kerana memahami dan masih terus menyokong kerajaan. Ini dizahirkan dengan kehadiran ribuan rakyat Gombak menyambut kedatangan YAB Dato' Seri Najib ke Gombak pada 10hb Jun 2011 tempoh hari. Syabas Gombak!!!!

Gombak...Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!