FOLLOW ME


Tuesday, 21 June 2011

SURAT KEPADA YAB DATO' SERI NAJIB



Ingin berkongsi surat yang telah dihantarkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak pada tanggal 13hb Januari 2011. Entah YAB Dato Seri Najib dapat ke tidak atau dibaca atau tidak saya sendiri tidak pasti.

Assalamulaikum YAB Dato Seri’

Didoakan Dato Seri dan keluarga berada dalam keadaan sihat waalafiat dan diberi perlindungan serta hidayah oleh Allah S.W.T dalam menjalankan tanggung-jawab YAB Dato Seri’ selaku khalifah Negara Malaysia ini.
Terlebih dahulu biarlah saya memohon maaf kerana tulisan ini mengganggu jadual yang cukup sibuk YAB Dato’ Seri dan izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Naguib b. Dato’ Kaharudin bekas Pengerusi Kelab UMNO Jordan 2002/2004 dan ahli biasa Pemuda UMNO Gombak.
Tergerak hati saya untuk menulis kepada YAB Dato Seri’ ini kerana secara Ikhlas saya amat terhutang budi dan sayang kepada UMNO serta perjuangan UMNO ini. Dibesarkan didalam keluarga UMNO saya secara ‘hands on’ melihat perit jerih serta keindahan perjuangan UMNO khususnya UMNO Selangor yang mana bapa saya sendiri amat aktif sewaktu ketika dulu dari saya kecil hingga lah kehari ini. Saya dibesarkan didalam perjuangan serta hasil dari perjuangan UMNO itu sendiri.
Namun sejak kebelakangan ini setelah keputusan mengejutkan kita semua pada PRU12 banyak kedengaran ketika itu isu-isu masalah pemimpin-pemimpin UMNO yang merupakan satu faktor penyumbang kepada kekalahan yang kita alami.  Setelah pemilihan UMNO yang baru  dan selepas PRU12 saya berpeluang berkenalan dan terlibat secara dekat dengan Pemuda UMNO Bahagian Gombak walaupun sebagai ahli biasa. Saya begitu tertarik dan timbul rasa hormat kepada Pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Gombak Tn. Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Omardin.
Beliau membawa suatu perubahan yang saya rasa amat sihat dalam mengembalikan imej pemimpin UMNO serta UMNO itu sendiri khususnya UMNO Bahagian Gombak. Pada pendapat saya sekiranya saya yang baru hendak mengenali perjuangan UMNO ditanahair setelah sekembalinya dari perantaun pada 2004 dan mula mendekati UMNO Gombak sekitar 2008  boleh timbul rasa hormat dan minat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak saya percaya golongan  seangkatan dengan saya pasti juga akan merasai perasaan yang sama sekiranya mereka berpeluang mengenali beliau secara dekat.
Tetapi dimana-mana, politik pasti ada “politiking”. Ramai anak-anak muda yang berpotensi telah menjadi mangsa sepak-terajang politik dan akhirnya mereka menyepi diri. Ini mungkin kerana anak muda pasti mempunyai semangat perjuangan serta keberanian muda yang baik untuk suatu perjuangan tetapi kurang baik,bijak atau mungkin memudaratkan untuk “politiking”. Ini amat menyedihkan malah merugikan UMNO itu sendiri. Anak muda yang begitu berpotensi dan yang mempunyai jati diri serta prinsip dan perjuangan yang murni telah terpinggir.
Akhir kata salam Ikhlas dari saya kepada YAB Dato’ Seri dan harapan saya agar janganlah Pemimpin Muda seperti Saudara Megat ini kita pinggirkan dari UMNO khususnya UMNO Gombak kerana UMNO Gombak dan Selangor khususnya amat memerlukan pemimpin muda seperti ini untuk memastikan UMNO Gombak dan Selangor kembali kepada landasan perjuangan yang hakiki. Ini adalah tulisan ikhlas dari hati saya dalam usaha saya membalas semampu mungkin budi UMNO kepada saya dan keluarga saya.

Ikhlas dari ahli marhean Pemuda UMNO Gombak,
Muhammad Naguib b. Dato’ Kaharudin

WAJIB BACA!!!