FOLLOW ME


Thursday 23 June 2011

MARI KITA MENGENALI ASAL USUL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.


Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tak bersetuju terhadap saranan agar kerajaan untuk mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Menurutnya, di bawah Perlembagaan Persekutuan, terdapat peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1).

Tetapi berhubung Perlembagaan Perkara 149 Pihak Pembangkang Parti Pakatan Rakyat dok sibuk suruh pinda. Mengapa? Kenapa? Dan Pasal Apa?....Mari kita mengenali asal usul Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya didalam perlembagaan terdapat banyak peruntukan yang jelas untuk kebaikkan rakyat Malaysia yang telah digubal oleh cerdik pandai dan pemimpin pemimpin hebat terdahulu. Masa perlembagaan digubal pun tiada kepentingan politik dimasa itu sebab parti yang ada pun Parti UMNO mewakili Melayu..Pas wujud ketika itu pun selepas keluar dari UMNO pada tahun 1955 kerana pilihanraya pertama tahun 1955..PKR langsung tidak ada dalam kamus parti politik tanahair ketika itu. Jadi perlembagaan di gubal untuk menjaga hubungan baik antara Melayu, Cina dan India.


Di bawah adalah petikan contoh pindaan yang dibuat pemimpin ternama UMNO dahulu untuk kepentingan orang Melayu. Semuanya untuk melindungi hak-hak Melayu. Tetapi sekarang ini orang Melayu yang digelar pengkianat bangsa ini juga lah yang ingin meminda perlembagaan dan tidak lagi berpegang pada keluhuran perlembagaan Rukun Negara yang ketiga yang digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969 Perlembagaan Negara untuk memastikan kesejahteraan semua.

Sedikit sejarah berhubung dengan Perlembagaan Malaysia secara ringkas seperti berikut;-

Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara.

Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Ahli Suruhanjaya Reid

Lord William Reid - Pengerusi
Hakim B Malik - India

Pindaan laporan Suruhanjaya Reid

Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima.

Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri.

(Sebagai agama rasmi hanya Islam akan mendapat peruntukan kerajaan dan 'funding' untuk pembangunan masjid-masjid dan hal-hal keagamaan sebab Islam agama rasmi kerajaan.) Kalau UMNO tidak memperjuangkan Islam seperti gembar-gembur pembangkang kenapa dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu?

Lihatlah sendiri pada Perlembagaan dimana pemimpin-pemimpin UMNO yang telah meletakkan Islam di suatu makam yang tinggi di Malaysia ini dan mendapat keistimewaan tersendiri sebagai Agama Rasmi Malaysia). Setiap hari dan setiap saat selama 52 tahun pemimpin-pemimpin UMNO berpolitik dan bersilat menangkis serta meniliti agar tidak terperangkap didalam permainan politik dan desakan sama ada dari parti komponen sendiri atau parti pembangkang agar hak-hak orang Melayu tidak dilepaskan secara tidak sengaja atau tanpa disedari apatah lagi secara sengaja dan disedari.

Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun kita merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

(Yang tersirat disini adalah termaktub 'atas arahan Yang di Pertuan Agong'. Yang di Pertuan Agong mestilah orang Melayu dan Islam. Mana mungkin Cina atau India jadi Yang di Pertuan Agong. Jadi kita bangsa Melayu dan Islam sekali lagi di lindungi. Insyallah)

Persoalannya kenapa ada pihak yang ingin meminda perlembagaan berhubung ISA? Berapa ramai pemimpin Melayu kena tahanan ISA dan atas kesalahan apa? Awat takut sangat kat ISA ini?

Akta ISA Perkara 149 didalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Masa itu Melayu tidak berpecah kepada 3 kelompok seperti sekarang ini iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR. Herannya sekarang ini Melayu yang tak sedar diri ini meminta beberapa akta dalam perlembagaan ini digubal dan dikaji semula kerana terpedaya dan telah di kuasai oleh Parti politik bukan Melayu. Melayu sendiri yang tidak berfikiran panjang  dan kurang cerdik ini telah di peralatkan agar menuntut hak mereka dilepaskan… keistimewaan mereka dan perkara perkara yang tersirat yang termaktub didalam perlembagaan yang mana telah dibuat untuk melindungi mereka dihapuskan… Mengapa?

WAJIB BACA!!!