FOLLOW ME


Tuesday, 21 June 2011

DARI MATA JATUH KE HATI (SIKAP MB SELANGOR – TAN SRI KHALID?? UTUSAN MALAYSIA 09/09/2008)

Saya ingin berkongsi catatan saya pada Utusan Malaysia pada 09/09/2008 untuk renungan kita bersama. Ketika itu berlaku bencana banjir di Klang dan inilah sikap sebenar Pemimpin Pakatan Rakyat no. 1 di Selangor ketika itu dan rasa-rasanya sikap beliau masih sama hingga kini.
  
Dari Mata Jatuh Ke Hati (Sikap MB Selangor – Tan Sri Khalid??)

Saya cukup terpanggil untuk menulis luahan hati ini setelah membaca kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Saya rasa rakan Parti Keadilan Rakyat iaitu PAS juga harus menegur Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mana islam sendiri telah memberi contoh melalui keperibadaian Khalifah Islam Saidina Umar R.A yang juga pernah turun kepadang melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat beliau diwaktu malam dan mengambil tindakan sebagai khalifah untuk meringankan beban rakyat beliau.
Ketika dulu sewaktu Selangor di perintah oleh BN kita sering dengar pemimpin BN turun kepadang hanya ketika bencana saja dan mereka dituduh ianya hanya gimik politik dan sebagainya. Budaya ini didalam BN masih dikekalkan walaupun BN telah tumbang di Selangor seperti yang dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.  Seharusnya barisan kepimpinan PKR melakukan yang lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh Pemimpin BN.

Mereka telah berjanji sewaktu pilihanraya ke 12 tempoh hari yang mana sekiranya mereka diberi peluang mereka akan memberikan yang lebih baik dari BN dan rakyat telah memberikan mereka kepercayaan tersebut dengan harapan PKR melakukan apa yang dijanjikan. Sepatutnya kalau pemimpin BN hanya turun kepadang sewaktu bencana atau dekat-dekat pilihanraya, pemimpin PKR seharusnya turun kepadang lebih kerap dari pemimpin BN tanpa mengambil kira ada bencana atau pilihanraya.
Mereka harus sedar untuk memahami masalah dan penderitaan rakyat dan seterusnya membantu menghapuskan atau mengurangkan masalah rakyat mereka harus melihat sendiri apa masalah dan penderitaan rakyat. Tidak mungkin dengan hanya mendengar dari mulut orang atau membaca boleh membuat kita faham masalah rakyat.

Seperti perbandingan melihat buah apple di gambar dengan menjamah sendiri buah tersebut, yang mana lebih terkesan untuk menerangkan kepada kita rasa kesedapan buah apple tersebut. Sudah tentu dengan menjamah sendiri buah tersebut.

Begitu juga dengan memahami penderitaan rakyat khususnya rakyat Selangor, dengan melihat sendiri penderitaan mereka akan membuat kita lebih memahami penderitaan mereka and hati kita juga akan terkesan untuk memastikan kita akan melakukan sedaya kudrat kita untuk membantu.
Fikiran logika kita akan terus tergerak apabila ada bencana sudah pasti ada penderitaan and perkataan bencana tersebut sudah synonim dengan penderitaan. Jadi kalau ada bencana berlaku di Selangor sebagai Menteri Besar Selangor yang diberi mandaat oleh rakyat Selangor, Menteri Besar Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya menjadi orang yang pertama sampai di tempat kejadian kerana beliau seorang yang paling tinggi di pentadbiran Selangor yang boleh membuat keputusan segera yang diperlukan untuk meringankan segera penderitaan rakyat Selangor yang ditimpa bencana.
Kalau dulu semasa berkempen untuk Pilihanraya beliau sanggup turun ke padang dan menganggap perkara tersebut tidak membuang masa dan wang ringgit kenapa sekarang apabila sudah menang perkara yang sama dianggap sebaliknya.

WAJIB BACA!!!