FOLLOW ME


Thursday 26 April 2012

BLOGGERS PEMBANGKANG TAK DAPAT BAYARAN??? KETANDUSAN IDEA???


Jelas Blogger Pembangkang dah ketandusan idea untuk mencelar imej YAB Perdana Menteri yang disayangi rakyat Malaysia kerana usaha dan kerajinan yang gigih beliau memberikan yang terbaik untuk rakyat. Melalui program transformasi beliau dalam Gagasan 1Malaysia yang mana Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan itu kita telah dibuktikan oleh YAB PM sendiri bagaimana beliau bekerja keras siang malam dalam mengepalai transformasi itu sendiri. Lihat sahaja hasil-hasilnya yang kita telah mula nikmati walaupun baru 4 tahun beliau di pertanggung-jawabkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lihat pula selama 4 tahun Negeri yang jatuh ke tangan pembangkang apa hasil dan kejayaan yang boleh mereka banggakan?

Jadi kerana tiada isu yang boleh dimainkan oleh blogger pembangkang berhubung dengan gerak kerja Perdana Menteri kita maka mereka terpaksa menyerang dan fitnah jahat atas peribadi beliau hingga kan isu selendang pun hendak dipertikaikan. Sampai sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak tahu bunga silat ker tidak, pernah belajar silat ker tidak pun nak dijadikan isu? Kenapa beri anugerah serta gelaran Laksamana Negara kepada beliau kononnya beliau satu bunga silat pun tidak pandai? Kalau inilah isu yang mereka ada untuk menyakinkan rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat baik hentikan lah rakyat bukan bodoh, rakyat bukan kisah kalau Dato' Seri Najib belajar silat atau tidak? Mereka melihat usaha Dato' Seri Najib mengutamakan Rakyat hinggakan Budaya dan Persilatan turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia kerana anak-anak silat dan pendekar ini pun adalah rakyat Malaysia. Oleh kerana pembelaan dan perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam membela dan mengembalikan kemasyhuran alam persilatan itu lah beliau diberikan anugerah tersebut. Atas Jasa dan sumbangan beliau kepada dunia persilatan negara lah Beliau dianugerahkan dengan anugerah Laksamana Negara tersebut. Itu yang rakyat mahu melihat dan itu sebab kenapa Anugerah itu diberikan kepada beliau. Bukan kerana beliau pandai bersilat atau pernah belajar silat atau tidak?  

Apa Amenoworld tulis..

Cuma yang tak boleh blah tue ialah bila masa tah dia jadi pesilat apa seme.. ek? Tahu2 jek dapat anugerah apa seme. Senang betul dapat gelaran laksamana negara walaupun satu apa langkah silat dia taktahu. Patutlah dulu2 ada orang marah bila ummi dapat anugerah srikandi. Orang lain yang bersusah payah pertahankan silat orang lain pula yang senang2 dapat gelaran.

Nie nak tanya puak depa sikit. Habis tu Nuar tu bila masa dia belajar ekonomi, apa kemahiran dia dalam ekonomi? Sebab dia lah Malaysia nyaris-nyaris bankrap dan berhutang 7 keturunan sebab nyaris ambik pinjaman IMF dulu masa kegawatan ekonomi tu kalau tidak tentangan Tun M yang bijaksana. Setakat lulusan Sastera dalam Pengajian Melayu layak ker jadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tu tidak pulak dia orang pertikaikan? Sekurang-kurangnya YAB PM hanya membawa gelaran Laksamana Negara bukan jawatan jadi "No Harm Done" setakat gelaran nak bagi gelaran Panglima ker Bendahara Diraja ker itu hanya gelaran. Tetapi Anwar tu diberi jawatan yang mana beliau boleh membuat keputusan yang ala-ala arahan dalam bentuk nasihat yang perlu di patuhi lah kan. Mana lagi teruk akibatnya kalau beri gelaran sahaja kepada orang yg tidak arif atau beri jawatan kepada orang yang tidak arif? Ini depa tak pula pertikaikan ya...

Mana depa tahu Dato' Seri Najib tidak pernah belajar silat. Orang yang hebat dalam persilatan ini kalau belajar pun dia tak cakap dia belajar.  dia hebat pun dia tak cakap dia hebat...Lagi dia tunduk lagi dia berisi....
Anwar pun belajar bersilat apa...tak percaya tengok gambar ni..


Itu belum lagi gambar "bersilat".....tuuutttt





Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!