FOLLOW ME


Wednesday 4 April 2012

NASIB BELIA SELANGOR BAWAH PAKATAN RAKYAT.....


Sedih dan sesalan yang tidak terkata dengan sikap Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor ini. Marah jangan cakap lah apa tidaknya takpa lah kalau habis dewan-dewan, peluang perniagaan kepada masalah sosial yang berleluasa sengaja di wujudkan di Selangor dengan terbinanya begitu banyak sekali rumah-rumah urut, permis judi dan sebagainya baik yang haram atau pun yang sah. Gejala Murtad dan isu berhubung kait dengan keagamaan di pandang remeh, kini satu-satu nya pusat dan pertubuhan yang ada yang berusaha untuk membendung masalah dan gejala social orang melayu khususnya anak-anak muda belia melayu pula di sekat dan di sebotaj agar tidak ada lagi mana-mana ruang dan peluang yang boleh kita gunakan untuk menyekat atau membendung anak-anak muda melayu ini dari terlibat dengan gejala social yang semakin teruk.

Maksud MNK ialah Badan Induk Belia di Selangor ini yang bertanggung-jawab menjaga hal-ehwal ribuan anak muda belia di Selangor ini pula ditindas dan disekat atau lebih jelas lagi disebotaj agar Pertubuhan ini lumpuh dan segala aktiviti sihat belia dan pergerakan dalam berpesatuan anak muda melayu dalam belia ini lumpuh sama sekali. Dulu dia naikkan sewa PKNS untuk menghalau peniaga melayu di Kompleks PKNS. Berapa ramai peniaga-peniaga melayu yang terpaksa gulung tikar akibat tindakan itu, kini sewa di Kompleks belia di mana terletak Pejabat Majlis Belia Selangor pula dinaikkan lebih 300%. Inikah negara kebajikan? Inikah kononnya mereka akan beri yang lebih baik kepada rakyat berbanding kerjaaan BN. Inikah yang dikatakan suara dan kehendak rakyat? Apakah ini kehendak rakyat Selangor khususnya Belia agar Persatuan Belia di seluruh Selangor ini dibubarkan dan dihapuskan? Tak perlu lagi Belia-belia di Selangor ini berpersatuan.





Sumber rasmi memaklumkan bahawa kerajaan negeri hanya memberi RM 100 ribu setahun sahaja kepada Majlis Kebudayaan Selangor bersamaan dengan RM 8,333 sebulan sebagai dana untuk menjalankan aktiviti mereka. Selepas di tolak sewa RM 4,520 baki yang tinggal kepada Majlis Kebudayaan Selangor adalah sebanyak RM3,813 sahaja. Baki ini sahajalah yang digunakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor untuk menjalankan aktiviti mereka. Ini belum termasuk untuk membayar gaji kakitangan. Adakah kerajaan negeri merasakan kakitangan tersebut bekerja secara sukarela? Tidaklah perlu aku bercerita panjang tentang individu tertentu yang masih berada di dalam Majlis Kebudayaan ini tetapi mengaut keuntungan daripada kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi. Sedarlah bahawa Adat Melayu perlu dipertahankan dan kepentingan peribadi jangan disamakan dengan wasiat yang bakal kita wariskan kepada anak cucu sendiri.

Sepatutnya kalau Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini bijak dan ikhlas serta adil nak naik naik lah sewa itu tapi naikkan jugaklah peruntukkan tersebut dari RM100 ribu kepada RM136 ribu setahun tambahan  36 ribu bagi menampung kenaikkan sewa pejabat mereka itu yang dinaikkan dari RM 1,977 sebulan kepada RM 5,280 sebulan ini baru adil dan jelas Pakatan Rakyat Selangor membela nasib belia-belia anak-anak muda di Selangor ini. Mereka lupa Belia bukan persatuan Politik, Belia bukan Pemuda UMNO, kenapa mereka begitu dengki dan busuk hati terhadap belia Selangor? Kita paham lah mereka cukup anti dan benci serta dengki kepada Pemuda UMNO yang mana mereka ini juga dalam lingkungan umur belia tapi takpa mereka ini musuh politik depa kita paham... tetapi Persatuan Belia, mereka ini kumpulan anak muda yang tidak minberpolitik.




Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS) adalah sebuah projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Rancangan Malaysia ke Lapan. Pembinaan kompleks ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada pergerakan belia dan kebudayaan serta gabungan badan kedua-dua majlis itu. Selain itu, KBKNS adalah mercu tanda utama pembangunan di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Berkuatkuasa pada 1 Disember 2011, pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd telah diberi mandat untuk mengambil-alih pengurusan KBKNS. Antara kemudahan yang terdapat di KBKNS adalah seperti berikut : dewan raja muda musa, bilik mesyuarat, kemudahan padang bola, gelanggang badminton, padang futsal, dataran karyawan dan sebagainya.


Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS) adalah sebuah projek mega yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia ke Lapan. Pembinaan Kompleks ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada pergerakan belia dan kebudayaan serta bada-badan gabungan kedua-dua majlis itu. Selain itu Kompleks Belia dan Kebudayaan ini juga adalah salah satu mercu tanda utama pembangunan Shah Alam, ibu negeri Selangor. Dibuka pada 27 julai 2001 bersamaan 6 Jamadilawal. Reka bentuk KBKNS pada keseluruhannya adalah berpandukan kepada alat-alat muzik tradisional MELAYU!!

 


Mungkin ada pihak yang tidak tahu bahawa di Kompleks Belia tersebut juga terletakkanya pejabat Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Majlis Kebudayaan ini menerima nasib yang sama dengan Majlis Belia Selangor yang dikehendaki membayar kenaikkan sewa mencecah 300%. Bermula pada Januari 2012 Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dipaksa membayar sebanyak RM 4,520 bersamaa dengan RM1 untuk setiap kaki persegi. Itu belum dikira deposit yang perlu dibayar kepada pengurusan MSNS Holding Sdn Bhd. Sewa sebegini kebiasaaanya diberikan kepada pihak yang menjalankan aktiviti ataupun perniagaan yang mendatangkan keuntungan dan bukannya kepada pihak yang mengharapkan belas kasihan kerajaan. MSNS Holding Sdn Bhd ini syarikat Menteri Besar Selangor ler kalau ada yang tak tahu. Baca selanjutnya

Disinilah kita dapat lihat peranan DAP dalam menghancurkan adat resam budaya melayu dan yang lebih malang tindakan ini direstui pula oleh Parti Adat dan Sukan (PAS). Apa lagi peranan PAS di dalam kerajaan Selangor. Sepatutnya PAS mempertahankan kebajikan dan juga keperluan dalam memastikan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor ini terus terbela memandangkan Exco mereka dilantik untuk menjaga keperluan dalam memastikan adat-adat Melayu terus terbela. Adakah jawatan Exco Adat dan Sukan itu hanyalah satu simbolik untuk melembutkan hati juak-juak politik PAS yang semakin hanyut dari hala tuju mereka? Walhal natijahnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa dalam membuat keputusan di dalam kerajaan negeri.Takziah daripada KGC kepada semua penyokong tegar PAS yang masih belum sedar permainan pemimpin tertinggi mereka.

Kisah ini adalah sebahagian daripada contoh kekejaman firaun-firaun kecil kerajaan negeri yang semakin rancak memenuhkan kantung sendiri sebelum disampahkan oleh rakyat Selangor. Masih banyak lagi cerita kekejaman kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor akan di dedahkan. Tunggu dan lihat. Mereka lupa bahawa belia-belia di Selangor ini lah yang paling ramai mengundi mereka dan menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Rata-rata Barisan Nasional kalah di saluran 4-5 iaitu pengundi muda jadi mereka ini lepas ini harap sedar dan insaf lah siapa sebenarnya memperjuangkan nasib Belia di Selangor ini? Akhirnya siapa yang sebenarnya membela Belia di Malaysia ini dan khususnya di Selangor ini? Kerajaan Barisan Nasional lah satu-satunya membela nasib rakyat baik yang belianya, yang tuanya, yang UMNO yang PAS semua dibela oleh kerajaan Barisan Nasional. Ayoh kita tekadkan hati dan satukan semangat, kali ini mereka halau kita dari bangunan belia kita, takpa mereka tunggu nanti kita pula halau mereka dari Selangor sewaktu PRU 13 nanti.



Gombak!!! Gempur!!!
Tq kitagempur.com

WAJIB BACA!!!