FOLLOW ME


Sunday, 15 April 2012

RAKYAT TENTANG KEZALIMAN AZMIN ALI DI GOMBAK?


Sebentar tadi di sekitar Pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak di Dataran Prima Seri Gombak telah berlaku lagi kezaliman oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dikepalai oleh Khalid Gagap dan konco-konconya. Melalui MPS mereka telah menurunkan semua bendera-bendera yang mempunyai logo Barisan Nasional yang telah dipasang oleh jentera-jentera parti yang tetap bersemangat. Kalau sebelum ini kejadian yang sama berlaku di sekitar Hulu Kelang yang mana bendera-bendera Barisan Nasional telah diturunkan oleh MPAJ kini sejak kebelakangan ini Bendera-bendera BN yang dipasang disekitar DUN Gombak Setia pula menjadi sasaran kezaliman Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor ini.


Dikatakan ini kerana Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali tidak senang hati dan sakit mata melihat kebangkitan Barinsan Nasional yang beraspirasikan Gelombang Biru berlaku dengan hebat di seluruh Parlimen Gombak. Jentera-jentera Pemuda UMNO Gombak begitu semangat menaikkan bendera dan memasang bendera tanpa perlu diarah dan diberitahu, beri sahaja kami bendera tengok cam mana kami pasang. Kalau dia turunkan esok kami pasang lagi banyak. Yang penting bekalan bendera janji ada tahu lah kami nak buat cam mana.

Ada berani nak turunkan ker pergi lah panjat...Keberanian jentera Pemuda UMNO Gombak. Tindak balas di Hulu Kelang apabila Bendera BN diturunkan.
Azmin Ali yang jelas tidak turun padang melaksanakan tanggung-jawabnya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 3 tahun ini mula tidak senang duduk apabila melihat rakyat sudah mula kembali kepada Barisan Nasional akan melakukan apa sahaja dan menggunakan segala kuasa yang ada termasuk PBT-PBT didalam Parlimen beliau untuk menyekat kebangkitan rakyat dan Barisan Nasional di Gombak ini. Tapi beliau harus menyalahkan diri sendiri kerana siapa suruh beliau mengkianati kepercayaan rakyat Gombak, selama 3 tahun langsung tiada kerja, khidmat dan sumbangan yang beliau berikan kepada rakyat Gombak dan apabila rakyat Gombak berpaling kepada Barisan Nasional yang mana melalui Penyelaras Parlimen BN Gombak dan ketiga Penyelaras DUN BN Gombak iaitu Datuk Megat Zulkarnain, Datuk Said Anuar Said Ahmad, Jayakumar dan Rahim Kamaruddin menjalankan kerja dengan baik dan rajin turun ke padang maka mana mungkin rakyat tidak kembali bersama BN.

Jadi hentikan lah arahan-arahan dan penyalah gunaan kuasa terhadap PBT-PBT dengan mengarahkan mereka untuk menurun semua Bendera BN di Gombak ini kerana bukan dek Bendera BN banyak dinaikkan di Gombak ini yang jadi penilaian rakyat Gombak tetapi siapa yang benar-benar bekerja dan berkhidmat untuk rakyat, siapa yang membela nasib mereka dan siapa yang turun kepadang menjadi penilaian mereka. Kalau BN tidak dihati rakyat dan kianat rakyat, tak perlu arah PBT, rakyat sendiri akan menurunkan bendera BN itu kerana marah kat Barisan Nasional tetapi tidak sebaliknya berlaku.

Ini kisah benar pagi tadi sewaktu petugas-petugas MPS melaksanakan kerja-kerja menurunkan bendera Barisan Nasional ini terdapat sekolompok rakyat India yang telah bersorak dan menyindir petugas-petugas tersebut dengan kata sebegini;-

"HALO KAWAN, KASI TURUN ITU MB PUNYA POSTER LA...KITAORANG PUN SAKIT LA MATA...."

Rata-rata yang rakyat yang melihat semua bendera Barisan Nasional diturunkan dan di rampas tadi marah dan simpati kepada Barisan Nasional kerana jelas mereka hanya menurunkan bendera-bendera Barisan Nasional sahaja walhal ada bendera PKR dan bendera PAS yang dipasang berhampiran termasuk banner MB Khalid Gagap tidak disentuh. Rakyat sedih melihat Barisan Nasional yang parti yang bertanggung-jawab memerdekakan tanahair in, parti yang bertanggung-jawab memajukan negara, parti yang bertanggung-jawab mengurus tadbir negara secara aman dan jayanya selama lebih 50 tahun ini dilayan sebegitu rupa. MNK harap simpati rakyat ini tadi akan diterjemaahkan kepada undi sewaktu PRU 13 nanti.  Kepada rakan-rakan MNK yang bertanggung-jawab memasang bendera BN itu tadi, kepada jentera-jentera parti khususnya Jentera Pemuda UMNO Gombak yang tidak pernah patah semangat dan tetap terus tekun dan bekerja keras melaksanakan tugaas menaikkan bendera BN walaupun tahu akan diturunkan MNK ingin mengucapkan Syabas dan kita sudah menang satu langkah iaitu menimbulkan ketakutan kepada Pakatan Rakyat dan meraih simpati dari Rakyat kepada Barisan Nasional. Syabas dan Tahniah kepada Jentera Pemuda UMNO Gombak.....


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!