FOLLOW ME


Thursday 26 April 2012

MAHASISWA DI DATARAN DI BERI AMARAN OLEH "MAHASILAT"???


Semalam satu lagi demonstrasi yang telah mewarnai sejarah tanahair. Satu lagi demonstrasi diadakan oleh anak-anak muda. Demonstrasi ini bukan demonstrasi haram yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa di Dataran Merdeka bagi memansuhkan pinjaman PTPTN itu. Apa anak muda kita di Malaysia ini tiada benda lain ker asyik nak berdemo jer. Tetapi Demo yang ini MNK sokong dan MNK pasti pembaca semua sokong dan tentu suka malah patut merasa bangga ada anak muda kita yang berdemo sebegini.

Demo kali ini ialah Demo yang dilakukan bukan oleh kumpulan mahasiswa-mahasiswa tetapi oleh "mahasilat-mahasilat". Anak-anak muda yang berpegang teguh kepada adat susila dan peradaban melayu dan kesopanan budi bahasa orang Melayu. Mereka ini adalah anak-anak silat, pendekar-pendekar dan pahlawan muda dari seluruh negeri berhimpun semalam bagi menyatakan taat setia dan sokongan tidak berbelah bagi kepada pimpinan negara Dato' Seri Najib Tun Razak yang mana telah turut hadir ke perhimpunan ini. Bersesuaian dengan pengiktirafan oleh YAB Dato Seri Najib kepada pendekar dan pesilat-pesilat tanahair selaku benteng pertahanan ketiga negara, maka ribuan persilat telah berhimpun dan beikrar akan taat dan setia kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.


Pada peringkat awalnya mereka akan mengempur Dataran Merdeka bagi tujuan berhimpun ini tetapi Datuk Bandar tidak  membenarkan perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka kerana jumlah yang dijangka hadir begitu ramai yang mewakili kesemua persatuan dan pertubuhan silat dalam negara yang bernaung dibawah PESAKA dan juga beberapa Pertubuhan dan Persatuan yang berdiri sendiri. Jumlah di anggarkan hingga 18-20 ribu orang persilat dan turut hadir juga beberapa  Badan Ngo memenuhi Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras ini. 

Dalam ucapan Presiden Pesaka Datuk Seri Ali Rustam beliau menyatakan bahawa kita pada awalnya hendak mengadakan himpunan ini di Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan oleh Datuk Bandar. Kalau saya yang Ketua Menteri ini pun boleh akur dan patuh kepada arahan DBKL dan berpindah lokasi ke Stadium ini mengapa pihak sana tidak boleh laksanakan perkara yang sama?


Bayangkan kalau mereka ini berdegil dan turut berhimpun di Dataran Merdeka sebelah-sebelah Mahasewel itu? Konon atas alasan demokrasi "mahasilat-mahasilat" ini juga hendak hak mereka untuk berdemo di Dataran Merdeka dilayani. Pasti selesai masalah mahasewel-mahasewel yang tak nak balik-balik ke rumah masing-masing. Kenapa mahasewel boleh buat di Dataran Merdeka tetapi mahasilat tak boleh? Namun "mahasilat" akur kerana mereka ini berpegang kepada rukun negara Kesopanan dan Kesusilaan serta patuh pada undang-undang perlembagaan negara.


Mereka ini patuh dan taat pada pemimpin negara dalam mendukung perlembagaan negara. Jati diri yang tinggi membuat mereka ini berdisiplin dan beradab serta pekerti mulia. Menjaga tatasusila anak muda melayu. Ingat salah satu tanda anda orang melayu didalam perlembagaan ialah mengamalkan budaya Melayu. Jadi mahasewel itu semua bukan orang melayu agaknya kerana bukan budaya melayu tinggal berdua-duaan atau bersekedudukan bukan muhrim didalam rumah atau khemah seperti suami isteri. Bukan budaya melayu tidur berdua-duaan dikhalayak ramai tanpa rasa segan silu. Bukan budaya melayu berlaku biadab kepada pemimpin negara. Jadi kalau mereka ini tidak lagi mengamalkan budaya Melayu seperti dalam perlembagaan maka mereka ini bukan lah Melayu cuma beragama Islam. Tapi tengok perangai pun dah tak macam orang Islam juga. Jadi siapa mereka ini? Jawapannya mereka lah mahasiswa alaf baru bernama mahasewel......



Nak tengok video Klik sini


Jadi mana yang lebih baik anak muda bersama Barisan Nasional seperti mahasilat ini atau anak muda bersama Pakatan Rakyat seperti mahasewel ini???  Budaya yang mana ingin kita wariskan kepada anak cucu kita? Budaya jati diri melayu dan Islam seperti perhimpunan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ini oleh pesilat atau budaya LGBT Seks Bebas dan Seksuality Merdeka seperti perhimpunan di Dataran Merdeka ini oleh mahasiswa yang bersama Pakatan Rakyat ini? Anda menilai dan jangan sekali salah membuat keputusan pada PRU 13 nanti. Nasib anak bangsa di tangan anda. Anda bandingkan lah kedua video dan gambar diatas dan keputusan di tangan anda....


Gombak!!! Gempur!!!

TQ Sel-13 & AAJK

WAJIB BACA!!!