FOLLOW ME


Monday 23 April 2012

PKR DAN PAS CUBA KABURI MATA RAKYAT GOMBAK


Mungkin ramai kita tidak sedar atau mungkin kita merasakan ianya perkara remeh tetapi ini adalah hakikatnya yang mana PKR dan PAS cuba mengaburi dan mengelirukan rakyat di mana majoriti penduduknya adalah melayu. Sebagai contoh MNK ambil kampung MNK sendiri iaitu Kampung Sungai Chinchin, di mana Kg. Sungai Chinchin ini adalah salah satu kampung tradisi di Rantau Gombak ini. Majoriti Rantau Gombak ini yang mana terdiri dari Kampung-kampung tradisi sudah pasti adalah bangsa Melayu. Macam kampung Sungai Chinchin ini 100% pengundi dan penduduknya adalah Melayu. Begitu juga scenario kampung-kampung tradisi yang lain di Rantau Gombak ini. Maka apakah yang MNK katakan yang mereka cuba mengaburi rakyat dan orang Melayu di Gombak ini? Cuba anda perhatikan betul-betul yang mana di kawasan Majoriti Melayu atau semua pengundi adalah Melayu pihak Pakatan Rakyat yang menaikkan bendera di sepanjang jalan untuk menyaingi Gelombang Biru tidak dinaikkan bersama Bendera DAP. Kenapa dan Mengapa?

Jawapannya mudah. Mereka tahu yang orang melayu khususnya di kampung-kampung masih ingat apa yang telah DAP lakukan, mereka marah pada DAP dan mereka tolak DAP. Jadi sebab itu Pakatan Rakyat tidak menaikkan bendera DAP bersama bendera PKR dan PAS di kawasan majoriti Melayu. Yang ada cuma bendera PAS dan PKR sahaja. Mereka takut kalau mereka menaikkan bersama bendera DAP di kawasan majoriti Melayu itu nanti maka rakyat akan sedar bahawa menyokong PKR dan PAS adalah bermakna anda menyokong DAP. Jadi sebab itu mereka tidak menaikkan bendera DAP dikawasan tersebut.


Rakyat Gombak sedar bahawa akibat kuasa sebenar Negeri Selangor adalah di bawah DAP dan MB Khalid hanya boneka kepada DAP lah perlbagai dasar dan tindakan yang diambil kerajaan negeri di Selangor ini lebih kepada penindasan kepada orang Melayu dan menguntungkan kepada DAP sahaja. Hatta ramai penyokong PAS di Gombak ini yang mana pengikut dan pengundi Hassan Ali turut marah kerana PAS dan PKR tunduk kepada DAP lebih-lebih lagi dalam hal-hal seperti mempertahankan kesucian agama Islam yang telah mengakibatkan Hassan Ali dipecat dan dibuang dari PAS. Dalam erti kata lain PAS sanggup menghalau ibarat anjing insan yang seagama dan sebangsa dengan mereka dan yang telah banyak berjasa kepada mereka dan berpegang teguh kepada agama Islam dan memperjuangkan kesucian agama Islam semata-mata untuk mengembirakan kafir harbi DAP. PAS pilih DAP dari Hassan Ali. Maka kerana ingin meredakan dan tidak mahu lagi membuat mereka yang masa setia bersama PAS di Gombak ini turut menjadi marah dan tukar parti seperti rakan-rakan mereka yang setia bersama Hassan Ali maka PAS di Gombak tidak berani menaikkan bendera DAP bersebelahan bendera mereka. Walhal mereka bertiga adalah satu dalam membentuk Pakatan Rakyat.


MNK cabar pemimpin PKR dan PAS di Gombak ini jangan hanya menaikkan bendera PKR dan PAS sahaja di Gombak ini kerana Pakatan Rakyat terdiri dari 3 parti iaitu PKR, PAS dan DAP maka naikkan sekali lah bendera DAP bersama bendera PKR dan PAS di mana-mana sahaja mereka memasang bendera. Jangan lah nak tipu rakyat konon macam DAP tidak bersama PKR dan PAS. Jangan lah hanya naikkan bendera PKR dan PAS sahaja di kawasan orang Melayu. Kenapa Takut?

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!