Pada 08/04/2012 yang lalu buat pertama kali dalam sejarah setelah lebih kurang 4 tahun Azmin Ali dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Gombak selepas PRU 12 berkunjung dan melawat Kampung Sg. Chinchin di Batu 8 Gombak. Beliau menghadiri untuk Majlis Penutupan Malam Kesenian dan Karnival Masjid. Untuk makluman pembaca Kg. Sungai Chinchin ini ialah Cawangan UMNO MNK sendiri, jadi cerita ini cerita first hand lah kalau nak tahu. Pada peringkat awal perancangan untuk melaksanakan program ini mereka terpaksa bersandiwara dan menggunakan nama Masjid tanpa meletakkan nama parti walaupun peruntukkan datang sama ada dari Kerajaan Negeri atau dari Parti pembangkang kerana itu desakan anak-anak muda Sungai Chinchin sekiranya mereka mahu penglibatan anak-anak muda kampung dalam menjayakan program tersebut. Disamping itu sehelai bendera parti pun tidak dibenarkan di pasang di sekitar kampung sewaktu program tersebut berlangsung dan mana-mana banner yang dinaikkan tidak dibenarkan ada logo parti pembangkang. Dek kerana takut tidak akan mendapat sambutan anak muda kampung maka JKKK akur dan menurut kesemua kehendak anak-anak muda Kampung Sungai Chinchin.
MNK ada menjenguk pada pagi hari Ahad itu dimana pertandingan bolasepak 7 sebelah diadakan dan memang benar tiada satu pun bendera parti pembangkang dinaikkan disekitar kampung. Terdapat rungutan anak muda kampung dimana penganjur menggunakan belia NGO dari luar kampung selaku urusetia dan tidak menggunakan khidmat anak-anak tempatan juga menjadi isu besar dikalangan anak-anak muda kampung. Selain itu anak-anak muda kampung berasa marah apabila belia NGO luar itu tadi ditatang ibarat menatang minyak yang penuh apabila mereka ini dibekalkan dengan T-shirt Tshirt program tetapi sebaliknya pemimpin-pemimpin belia dan anak-anak muda tempatan Kampung Sungai Chinchi sendiri tidak dibekalkan dengan T-shirt.
Namun itu semua perkara kecil bagi penganjur, tetapi yang menjadi perbualan hangat ialah sewaktu kehadiran Azmin Ali pada majlis penutup pada malam harinya. Sudah lah mereka terpaksa membuat penyerahan hadiah pada malam hari kerana inginkan agar nanti pada waktu malam dan kehadiran Azmin Ali di sambut dengan kerusi-kerusi kosong sahaja tetapi terdapat dua insiden berlaku. Sebelum kehadiran Azmin Ali dan sewaktu ucapan aluan dan pengerusi Majlis tiada apa-apa berlaku dan bekalan elektrik berada dalam keadaan baik. Tetapi apabila Azmin Ali berucap, sebanyak dua kali bekalan elektrik terputus sebaik sehaja Azmin Ali mengucapkan Salam kepada hadirin.
Kepada yang tidak mengetahui sejarah Kampung Sg. Chinchin mungkin menganggap perkara ini tiada apa-apa, tetapi bagi penduduk kampung dan mereka yang tahu sejarah Sg. Chinchin ini, ianya seperti suatu petanda awal kepada Azmin Ali tidak diingin di Sungai Chinchin dan Gombak amnya. Untuk pengetahuan pembaca, Kampung Sg. Chinchin ini di buka oleh seorang Wali Allah dan makam Arwah masih ada di sebelah Masjid Sg. Chinchin. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nur Al-Khalidi. (lagi kisah sejarah Wali dan Kg. Sungai Chinchin baca selanjutnya). MNK ada baca dan dengar ceramah mengatakan apabila kita beri salam kepada ahlul kubur, maka Allah akan perintahkan Roh Ahlul kubur itu untuk pulang ke jasad masing-masing dan tidak akan kembali ke Alam Barzakh selagi tidak menjawab salam. Apa mungkin ketika Azmin Ali memberi salam perkara ini berlaku? Dan apa mungkin kerana karomah Wali Allah di Sungai Chinchin ini menolak pemimpin yang dayus dan berpura-pura serta tidak amanah yang akan menjahanamkan Islam di tanahair kita ini khususnya di Selangor? Apa mungkin itu tanda bahawa Azmin Ali akan merudum pada PRU 13 di Gombak ini? Apa pun gangguan yang berlaku sewaktu program itu tadi bukan gangguan yang disengajakan atau sebotaj tetapi berlaku dengan sendirinya dan mungkin ada hikmah dan petanda atau mungkin tidak. Tetapi MNK percaya jangan sebarangan masuk kampung yang mana terdapat makam Wali atau orang-orang Soleh dikampung tersebut kerana MNK percaya barakah dan karamah mereka masih ada.... Wallahuwallam...
Gombak!!! Gempur!!!