FOLLOW ME


Sunday, 22 April 2012

AZMIN ALI GAGAL SEKAT GELOMBANG BIRU DI GOMBAK...


Semenjak kebelakangan ini kita terdengar hampir setiap hari di seluruh Selangor ada operasi yang dijalankan oleh PBT-PBT menurunkan bendera Barisan Nasional. Tidak kurang jugak hebatnya usaha-usaha ini dijalankan oleh  di Parlimen Gombak khususnya di DUN Gombak Setia. Tindakan ini dilihat sengaja dilakukan untuk menyekat Gelombang Biru yang jelas dilihat menengelamkan Pakatan Rakyat. Maka habis semua bendera BN yang dinaikkan keesokkannya telah diturunkan oleh PBT-PBT yang mana sudah pasti bertindak atas arahan boss atau Ahli Majlis yang kesemuanya terdiri dari ahli Pakatan Rakyat.


Namun mereka ingat kalau mereka bertindak demikian ianya akan mematahkan semangat Pemuda UMNO Gombak yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan Gelombang Biru di Gombak ini tetapi anggapan mereka itu meleset sama sekali. Pemuda UMNO Gombak bertambah semangat apabila mereka melihat Barisan Nasional dan UMNO diperlakukan sebegitu. Mereka marah bila melihat bendera BN dan UMNO yang menjadi kebanggaan mereka tidak dibenarkan berkibar, diturunkan seperti BN dan UMNO ini menumpang ehsan di Gombak ini. BN dan UMNO seperti anjing jalanan yang tidak diingini dan tidak ada maruah di Gombak ini. Ada segelintir Pemuda UMNO Gombak yang pada awalnya ingin berhadapan dengan petugas-petugas PBT , ada kisah yang mana berseorangan salah seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan di Gombak ini telah menghalang lori PBT yang sedang menurunkan bendera-bendera BN dan UMNO di Seri Gombak dan hampir tercetus perkara yang tidak di ingini. Kita faham dan sedar, petugas-petugas PBT ini hanya menjalankan tugas yang diarahkan dan mereka pun bersimpati dan ada yang begitu berat sekali untuk menurunkan bendera BN dan UMNO namun dek kerana tugasan mereka dan atas arahan, mereka terpaksa patuh dan akur. 


Takpa petugas-petugas PBT, Pemuda UMNO Gombak faham. Akibat tindakan kempen menurunkan bendera BN dan UMNO oleh Azmin Ali dan kuncu-kuncunya di Gombak ini. Tindakan menyekat Gelombang Biru dengan penyalah gunaan kuasa oleh Azmin Ali dan kuncu-kuncunya ini, Pemuda UMNO Gombak bertambah semangat dan lebih kuat berkerja dalam menjayakan Gelombang Biru. Satu gerakan menyemarakkan Gelombang Biru di Gombak Setia khususnya di Rantau Gombak Setia telah dirancang yang mana kami telah memastikan bendera di pasang di tempat di mana PBT-PBT tidak ada kuasa untuk menurunkannya atau diluar bidang kuasa PBT. Bukan hanya memasang dan memacak bendera sahaja, malah replika-replika di reka dan dihiasi dengan bendera BN dan UMNO bagi memeriahkan lagi Gelombang Biru di Gombak ini.  Pemuda UMNO Gombak bersatu dan berpadu tenaga dalam usaha menjayakan Gelombang Biru di Gombak Setia. Makin kami ditekan dan ditindas makin kami bangkit dan kuat berkerja dan berusaha dalam memastikan pada PRU 13 nanti Barisan Nasional dan UMNO akan merampas kembali kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Gombak ini ibarat kata pepatah Inggeris " When the going gets tough, the tough gets going"



Ada yang pasang bendera yang dicatumkan dan dijahit agar ianya lebih besar di atas pokok. Ada yang buat replica Kapal Layar dan dibaluti bendera BN, buat replica Menara KL dan tidak kurang pula yang memacak di sepanjang jalan. Apa pun replika dibina atau memacak bendera yang penting apa pun yang penting ialah semangat yang ditunjukkan dan dedikasi dan kerja keras pemuda UMNO Gombak yang ingin MNK tekankan dimana walau mereka ditindas dan ditekan apabila habis kesemua bendera yang di pasang diturunkan begitu sahaja keesokan harinya namun ini tidak mematahkan semangat mereka dan mereka bangkit dan membuktikan walau apa sekalipun tekanan dan penindasan Pakatan Rakyat terhadap mereka, Pemuda UMNO Gombak akan bangkit dan lawan habis-habisan. Semangat ini bukan hanya di tunjukkan oleh Pemuda UMNO Gombak di Gombak Setia sahaja malah di kesemua DUN dalam Parlimen Gombak ini misalnya di Hulu Kelang seperti gambar dibawah.


Malas cakap banyak laa Anda lihat sendiri Pemuda UMNO Sungai Chinchin dari jam 9 am hingga ke petang jam 5 pm mereka telah masuk hutan cari buluh, pikul bawa ke tempat projek dan bersama-sama membina replika bernama "Tower UMNO".

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!