FOLLOW ME


Thursday 19 April 2012

KHALID GAGAP ENGKAR ARAHAN ANWAR, AZMIN ALI GELABAH?


Jelas pada pandangan penganalisis politik Sg. Chinchin ada berlaku perebutan kuasa di Selangor ini didalam Pakatan Rakyat memandangkan PRU13 dah dekat. Masing-masing memasang cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Maka telah wujud Team A dan Team B dalam Pakatan Rakyat Selangor. Mana tidaknya masing-masing bercita-cita tinggi dan gila kuasa. Kalau Anwar Ibrahim tergila-gila nak jadi Perdana Menteri Malaysia maka pengikut dan anak buah dia pulak tergila-gila nak jadi Menteri Besar dan Menteri pusat. Namun apa yang jelas kerusi Menteri Besar Selangor akan pasti menjadi rebutan kerana di Selangor lah paling banyak kekayaan yang boleh mereka samun. Siapa dapat jadi Menteri Besar Selangor maka akan lebih besar hasil samunan mereka berbanding jawatan-jawatan lain. Maka sudah pasti Azmin Ali yang tak jauh beza character dia dari sifu dia pasti mengidam nak jadi Menteri Besar Selangor.  Siapa lah paling layak di mata beliau kalau bukan dirinya sendiri kerana beliau juga merupakan orang no.2 dalam parti. Beliau Timbalan Presiden Parti Keadilan dan silap-silap pada pemilihan akan datang beliau akan menjadi Presiden Pakatan Rakyat tidak pun nanti bila Anwar dah kembali ke alam barzakh, beliau lah yang akan memegang tampuk pemerintahan Parti Keadilan itu nanti.

Jadi negeri terkaya di dalam Malaysia ini iaitu Selangor selayaknya di berikan kepada beliau untuk mengetuai gerombolon penyamun Pakatan Rakyat ini. Namun...oppps nanti dulu lupa pulak kita kepada Menteri Besar Selangor yang ada sekarang ini Tan Sri Khalid Ibrahim atau lebih mesra dikenali dengan Khalid Gagap. Mana nak campak orang tua ini. Khalid Gagap ini pun bukan kecik anak. Beliau pun bijak berpolitik ala-ala "Corporate Politics". Beliau pun dah laksanakan dan pasang strategi beliau sendiri. Yang mana salah satu strategi beliau ialah dengan menjalin hubungan mesra dan akrab dengan pemimpin-pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Harapan beliau ialah DAP Selangor nanti akan backing beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar pasti akan serba salah sebab Khalid di backing oleh Ronnie Liu dan Teresa Kok. Sebab itu kita lihat apa sahaja yang Ronnie Liu dan Teresa Kok buat kat Selangor ini Khalid Gagap ini akan menyokong tanpa soal. Sebab dia sedar cara beliau nak sekat kebangkitan Azmin Ali dari merampas takhta beliau ialah dengan mendapat sokongan padu dari pemimpin parti DAP Selangor ini. Dan siapa yang control DAP Selangor kalau bukan Ronnie Liu dan Teresa Kok? 

Maka sebab masing-masing gila nak jadi Menteri Besar Selangor maka ini juga selaku penganalisis politik Sg. Chinchin MNK merasakan sebab kenapa Khalid Gagap engkar arahan Anwar untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serentak dengan Pembubaran Kerajaan Pusat. Baca Selanjutnya.

Persoalannya kenapa Khalid Gagap Engkar Arahan Anwar? Nanti Penganalisis Sungai Chinchin jawap yaa...tunggu!!

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!