FOLLOW ME


Wednesday 25 April 2012

"MAHASILAT" BERHIMPUN DATO' SERI NAJIB BERGELAR LAKSAMANA NEGARA!!!


YAB PM Ibarat Hang Tuah bersama 4 Sahabatnya.
 Semalam 25/04/2012 Satu Majlis Perhimpunan Pesilat-pesilat dan pendekar-pendekar tanahair dibawah PESAKA dan Pertubuhan Badan Berdiri telah diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras. Di Majlis Perhimpunan ini juga PESAKA buat julung kalinya memberikan penganugerahan PESAKA telah disempurnakan.  Anugerah yang pertama diberikan oleh PESAKA ini  iaitu Anugerah Tertinggi dalam alam persilatan yang membawa gelaran Laksamana Negara telah dianugerahkan kepada Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Bermakna beliau menjadi khalifah kepada semua pesilat-pesilat di tanahair. Sudah pasti sebagai khalifah apa arahan dan tuntutan beliau kepada pesilat akan dipatuhi dan akur kepada arahan khalifah dunia persilatan tanahair ini.


YAB PM di anugerahkan Anugerah Laksamana Negara oleh PESAKA.

Dalam ucapan perasmian, beliau telah pun mengeluarkan satu arahan pertama beliau selaku Laksamana Negara kepada semua pesilat dan pendekar tanahair iaitu kerana kuasa kita berdasarkan prinsip Demokrasi Berparlimen maka kekuatan yang ditunjukkan ini dihadapan saya ini ribuan pendekar dan pesilat negara berkumpul tidak akan memberi makna apa apa sekiranya ia tidak diterjemaah kepada kita dalam mengekalkan kuasa penuh kerajaan ditangan kita didalam PRU13 nanti. Maka kita haruslah menterjemaahkan kekuatan pesilat dan pendekar ini kepada kertas undi dan kita mengundi Barisan Nasional iaitu Kerajaan yang ada sekarang ini. Boleh atau tidak??? Bergema satu stadium sorakan padu ribuan persilat dan pendekar negara dengan begitu semangat dan kuat sekali...... BOLEH!!!!


Mereka bukan saja melaungkan perkataan "Boleh" dan memberi jaminan kepada Laksamana Negara malam tadi tetapi didalam Perhimpunan ini juga satu lafaz sumpah ikrar pendekar telah dilafazkan oleh kesemua pesilat-pesilat dan pendekar-pendekar yang hadir dimana lafaz sumpah ikrar itu telah diketuai oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Pemuda-pemuda UMNO Gombak pasti merasa bangga dengan penghormatan ini dan sudah pasti tauladan yang baik ini akan dicontohi oleh Pemuda UMNO Gombak. Semangat ini juga akan ditanam dan disemai dalam mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di Gombak khususnya oleh Pemuda UMNO Gombak.


Note MNK: Mahasewel ingat ini baru pendekar dan pesilat tanahair, kalau digabungkan dengan Pemuda UMNO pulak berdemo kat dataran merdeka tu...hmmm . Lu fikir lah sendiri...bak kata Nabil



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!