FOLLOW ME


Sunday 1 April 2012

GELOMBANG BIRU DI RANTAU GOMBAK

Pada tanggal 31/03/2012 Pemuda UMNO Cawangan Sungain Chinchin iaitu cawangan MNK sendiri telah menganjurkan satu program Santai bersama Ahli Pemuda-pemuda UMNO Sungai Chinchin. Didalam program santai ini sebanyak 40 helai T-shirt Barisan Nasional dan 70 topi Barisan Nasional telah diagih-agihkan kepada ahli-ahlinya. Turut hadir iailah Ketua-ketua Pemuda PDM dan wakil-wakil Ketua Pemuda PDM yang terdiri dari Ketua-ketua Pemuda Cawangan dari 3 PDM iaitu PDM Simpang 3, PDM Batu 8 Gombak dan PDM Batu 9 Gombak.  Tujuan dan matlamat Program ini dianjurkan ialah untuk mengeratkan dan merapatkan perpaduan dikalangan pemuda bagi menghadapi PRU13 nanti. Suntikan semangat dan penjelasan kepada pemuda turut diberikan berhubung dengan isu-isu semasa dan mengapa pemuda semua khususnya pemuda UMNO Sg. Chinchin harus berusaha keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti di Gombak ini.
 

Suatu Pertandingan yang telah dipersetujui antara ketiga-tiga Ketua PDM Pemuda yang disebut diatas turut dilancarkan iaitu Pertandingan Gelombang Biru. Pertandingan ini ialah suatu pertandingan dimana Cawangan-cawangan yang terlibat tadi dibekalkan sebanyak 25 helai bendera BN dan mereka bersama ahli pemuda cawangan masing-masing akan menggunakan 25 helai bendera ini tadi untuk di hias dengan apa cara sekali pun dan mereka ini akan diadili dalam masa 2 minggu dari tarikh penyerahan bendera itu tadi. Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga pemenang hiasan tercantik. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mewujudkan satu saingan sihat dikalangan pemuda-pemuda cawangan dalam mengimarahkan cawangan masing-masing dengan bendera Barisan Nasional. Disamping itu pertandingan ini akan mewujudkan satu aktiviti dikalangan pemuda-pemuda cawangan terbabit dalam mengeratkan kerjasama dan perpaduan sewaktu melakukan aktiviti menghias bendera Barisan Nasional itu tadi.

Sewaktu jamuan ringan program ini, MNK terdengar ada yang bercadang nak buat, Pintu Gerbang Barisan Nasional, Kereta berhias, Tower, Rakit dan macam-macam lagi. Minggu depan ada yang sudah mula merancang hutan mana yang hendak dimasuki untuk mencari buluh dan kayu untuk digunakan dalam menghias bendera Barisan Nasional ini. Rata-rata mereka teruja dan bersemangat untuk menzahirkan kreativiti mereka dalam menghias bendera Barisan Nasional ini. Kalau kita hanya bagi bendera kepada meraka dan minta ahli kita pacakan ditepi jalan sahaja mereka mungkin kurang teruja tetapi kali ini mereka menyertai pertandingan yang mana mereka boleh mengeluarkan idea dan kreativiti serta kepakaran masing-masing dalam mencipta reka bentuk dan cara bagaimana mereka hendak menghiasi Cawangan mereka dengan bendera Barisan Nasional.


 Buat pemulaan mungkin iainya merangkumi 3 PDM sahaja dan mungkin selepas ini boleh dianjurkan Pertandingan yang sama di PDM-PDM lain di DUN Gombak Setia ini dan seterusnya di peringkat Parlimen. Tahniah MNK ucapkan kepada ketua-ketua PDM Pemuda yang terlibat dalam merangka dan menjayakan Program Gelombang Biru ini tadi kerana ini merupakan suatu perubahan yang amat baik. Teruskan usaha anda dan kerja keras ikhlas anda dalam menyumbang kepada usaha menawan kembali Dun Gombak Setia ini dari Pakatan Pembangkang dan seterusnya Parlimen Gombak dan Selangor.


Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!