FOLLOW ME


Friday, 20 April 2012

KENAPA KHALID GAGAP ENGKAR ARAHAN ANWAR DAN MENGAPA AZMIN ALI GELABAH?


Seperti yang MNK janjikan sambungan kepada persoalan KHALID GAGAP ENGKAR ARAHAN ANWAR, AZMIN ALI GELABAH? (Baca Selanjutnya) yang dihuraikan oleh penganalisis politik terkenal iaitu Penganalisis Sg. Chinchin terdapat beberapa faktor yang dirasakan menjadi punca dan penyebab kenapa Khalid Gagap engkar menurut perintah Anwar untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor serentak bersama dengan Pembubaran yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Pertama kerana sekiranya pembubaran serentak dilakukan maka sudah pasti semua negeri yang dimenangi oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat akan melalui tempoh dan proses yang sama dalam menghadapi pilihanraya umum. Memandangkan Azmin Ali merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat maka sudah pasti tenaga dan kehebatan beliau di perlukan untuk menjelajah satu Malaysia dalam siri kempen pilihanraya untuk calon-calon PKR yang bertanding dikawasan yang agak sukar atau tidak confirm menang dalam percaturan pakar-pakar PKR termasuk Anwar sendiri. Jadi sekiranya Selangor turut dibubarkan maka agak sukar Azmin nak menumpukan sepenuh masa kat Selangor dalam siri kempen pilihanraya tersebut. Ini juga salah satu punca kenapa Azmin Ali dilihat akan mengelabah kerana kalau kurang beri tumpuan kat Selangor macam mana beliau nak jadi Menteri Besar Selangor nanti. Apa sumbangan beliau setakat ini kepada Selangor kalau nak dibandingkan dengan Khalid Gagap. Hingga ke hari ini pun tidak dilihat apa-apa sumbangan hebat dari Azmin untuk negeri Selangor dan beliau lebih dilihat memainkan peranan di peringkat pembangkang pusat dan negeri-negeri lain. Selaku Ahli Parlimen Gombak pun tiada apa sumbangan yang dilihat diberikan baik dari segi khidmat, infa, pembangunan dan sebagainya di Gombak ini. Sekurang-kurangnya walaupun sedikit tapi ada juga lah sumbangan Hassan Ali sewaktu mejadi Exco PAS di Selangor dulu dari Azmin Ali. Jadi ini amat lah pada pandangan penganalisis Sg. Chinchin ini menjadi salah satu fakto kenapa Azmin Ali akan mengelabah.

Khalid pula engkar kerana beliau tahu sekiranya beliau bubarkan serentak DUN Selangor dengan Pusat maka perkara diatas akan berlaku dan beliau akan mendapat laluan mudah untuk mengekalkan jawatan selaku Menteri Besar Selangor kerana tiada saingan langsung dari Azmin Ali utnuk merebut jawatan tersebut. Maka kalau Khalid Engkar maka Khalid dah leading 1-0.

Kedua, kerana Anwar tahu bahawa Azmin Ali ini memang tak buat kerja untuk rakyat khususnya di Gombak ini maka beliau sedar untuk beliau memastikan Azmin Ali akan menjadi Menteri Besar Selangor maka Azmin Ali terlebih dahulu harus memenangi kerusi DUN sewaktu pilihanraya umum nanti. Jadi kerena tidak buat kerja punya pasal Azmin Ali memerlukan masa yang lebih lagi untuk mula turun padang dan main wayang kepada rakyat di DUN Gombak ini misal contoh terbaru ini beliau mula turun ke padang di Kg. Sungai Chinchin buat pertama kali dalam sejarah beliau jadi Ahli Parlimen Gombak sudah hampir 4 tahun baru sekali tu jer turun.(Baca Selanjutnya) Itu pun setakat sampai hadiah jer kat majlis orang. Tiada pun gugur peruntukkan dari kerajaan negeri untuk pembangunan Kampung Sungai Chinchin tu. Beliau lupa kalau 4 tahun baru nak lawat satu kampung di Rantau Gombak ini, hentikan lah nak jadi calon DUN kat Gombak ini kerana Rantau Gombak sahaja ada lebih kurang 16 perkampungan termasuklah perkampungan orang Asli Bt. 12. Ada Azmin turun padang lawat dan ambik tahu masalah kampung-kampung lain? Takde.
Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dalam siri Program Turun Ke Padang di Kampung Orang Asli Bt. 12 Gombak
Jauh perbezaan ibarat langit dan bumi kalau dibandingkan Ahli Parlimen PKR ni punya khidmat dengan Penyelaras Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin punya khidmat yang juga merupakan  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Ambik contoh mudah Kg. Sungai Chinchin jugak hampir 4 tahun ini MNK rasa tak kurang dari 20 kali Penyelaras Parlimen Gombak ini hadir turun ke padang di Kg. Sungai Chinchin.  (Baca Selanjutnya) Itu tak termasuk pulak program turun ke padang oleh Penyelaras DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang mana lebih banyak lagi kerana tumpuan Penyelaras Parlimen adalah satu Gombak termasuk Hulu Kelang dan Batu Caves manakala Penyelaras DUN Gombak Setia hanya di Gombak Setia sahaja. Jadi atas sebab itu Anwar menggunakan kuasa vetonya untuk memastikan Azmin Ali menang atau ada peluang untuk menang lah lebih tepat lagi adalah dengan memanjangkan sepanjang mungkin tempoh sebelum bubar DUN negeri Selangor agar lebih masa diberikan kepada Azmin Ali untuk main wayang kat rakyat Gombak.

Penyelaras DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad dalam siri Program Turun Ke Padang di Kampung Kerdas Gombak
Khalid Gagap bukan bodoh dia pun bijak. Buat apa aku bagi masa tambahan atau dalam perlawanan bolasepak masa kecederaan kepada Azmin Ali atau Anwar yang mana natijah darinya ialah aku akan disepak dari persada politik Selangor ini kalau Azmin Ali menang nanti. Aku tidak akan lagi menjadi Menteri Besar Selangor dan aku tidak berpeluang lagi nak menyamun di Selangor ini. (Baca Selanjutnya)  Jadi pada pendapat penganalisis Sungai Chinchin, ini adalah faktor kedua mengapa Khalid Gagap Engkar kepada arahan Anwar itu tadi.

Rasanya jelas dan cukup lah dua faktor tu untuk pertimbangan semua jelas kedua-dua faktor tersebut merupakan mengapa dan kenapa Khalid Gagap Engkar Arahan Anwar dan Mengapa Azmin Ali mengelabah. Kesimpulannya dua-dua berebut nak jadi Menteri Besar Selangor dan itu lah matlamat mereka berdua seperti matlamat tokey mereka iaitu semata-mata hendak menjadi PM. Jadi kedua-dua pemimpin PKR di Selangor ini pun sama, menghalalkan semua cara asalkan dapat menjadi MB Selangor. MNK pun dah beri 2 faktor cuma ada faktor ketiga.....Nak cerita atau sambung???? faktor ini mengatasi dua-dua faktor diatas dan bukan Azmin Ali sahaja mengelabah? Anwar pun mengelabah?? Apakah perancangan Azmin Ali ? Ingat sejarah Anwar melawan sifunya Tun M??....Nantikan.....

WAJIB BACA!!!